Tuesday, September 28, 2010

‘BUSUNG & NANAH BUSUK’ DALAM PEMILIHAN LANGSUNG PKR

Kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap kecil oleh beberapa pemimpin parti itu yang bersikap defensif dan mahu menutup kelemahan diri.

Namun yang nyata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengakui bahawa mesyuarat agung bagi tujuh cabang PKR terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku perbuatan vandalisme serta masalah teknikal.

Biarpun pakatan pembangkang cuba ‘bersendiwara’ dan seboleh-bolehnya menutup kejadian sedemikian dengan menganggap kekecohan pada pemilihan cabang PKR Ahad lepas sebagai perkara kecil, persepsi orang ramai terhadap perkara itu jangan dilihat perkara kecil.

Yang nyata ia tidak baik kepada imej parti yang selama ini pemimpin PKR menuding jari kononnya pemilihan UMNO tidak bersih dan sering berdepan masalah.

Juga, kepercayaan dan harapan yang ada pada rakyat mengenai PKR telah tercalar.

Saifuddin boleh mengatakan antara sebab kekecohan dan penangguhan kerana faktor teknikal dan keghairahan luar biasa di kalangan anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti.

Benar sistem pemilihan langsung diperkenalkan tahun ini berbanding pada 2004 dan 2007 tetapi dengan cakap-cakap meningggi dan angkuh bahawa PKR parti yang perjuangkan ‘keadilan’ dan penuh demokrasi tetapi sebaliknya yang berlaku membawa igauan buruk kepada kenyataan sedemikian.

Dengan mendakwa terdapat perbuatan provokasi oleh kalangan tertentu dari bukan anggota parti yang mahu menimbulkan kekacauan dan memburukkan imej parti bagaikan mahu ‘menutup pekong di dada’ sedangkan busung dan nanah busuk sudah mula mengalir dan dapat dilihat dengan jelas.

Baca apa pendapat pemerhati mengenai perkara ini.


PKR: Apa Tersirat Disebalik Kekecohan?

(Bernama, 27 Sept 2020)

Kekecohan yang tercetus pada pemilihan beberapa cabang PKR pada Ahad lepas merupakan satu daripada contoh atau petanda perebutan kuasa dan jawatan dalam parti di antara kumpulan perintis "reformasi" dan mereka yang menyertai parti selepas pilihan raya umum 2008, menurut penganalisis politik.

Mereka berpendapat konflik di antara dua kumpulan itu semakin ketara akhir-akhir ini, khususnya apabila mereka yang menyertai parti selepas pilihan raya umum Mac 2008, mula mensasarkan jawatan dalam parti.

"Kecuali pucuk pimpinan dapat membendungnya, tampaknya mereka bersaing untuk merebut jawatan dengan personaliti tertentu terlibat. Walaupun parti mempunyai 400,000 anggota, kalangan atas pagar mengikuti perkembangan ini dengan dekat," kata Dr Sivamurugan Pandian,penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia.

Katanya pengundi atas pagar mengikuti perkembangan itu untuk menilai tahap kematangan pemimpin parti dan mereka mungkin akan membuat penilaian dari situ sebelum mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat memantau perkembangan ini secara dekat kerana mahu tahu apa yang mereka ini rebutkan? (Adakah) untuk rakyat (amnya) atau untuk memperkukuhkan kuasa orang tertentu dalam parti," katanya.

Dr Sivamurugan berkata kedudukan dalam parti amat penting bagi sesetengah pemimpin untuk jaminan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Masalah itu sebenarnya lebih parah. Hampir separuh daripada pemilihan cabang membabitkan pertandingan antara dua kumpulan. Ini baru pemilihan peringkat pertama iaitu memilih Ketua Cabang. Apa akan berlaku apabila mereka membuat pemilihan kepimpinan peringkat kebangsaan bulan depan," katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof James Chin dari Monash University berpendapat pertandingan sengit dalam pemilihan cabang PKR disebabkan hakikat mereka mahu memegang jawatan bagi menjamin pencalonan pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun, ini bukan satu masalah kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Ini merupakan kali pertama mereka melakukannya (pemilihan parti secara langsung)," katanya.

Tetapi bagi penganalisis politik dan bekas ahli politik James Wong, apa yang berlaku semasa pemilihan cabang PKR itu akan memberikan gambaran kurang baik kepada pengundi yang bersikap berkecuali.

"Semasa tempoh berkempen, sudah terdapat petanda yang pemimpinnya terlalu terlibat dalam polemik peribadi. Ramai orang mengharapkan PKR bersikap baik, Pertandingan adalah pertandingan dan bukannya peribadi," katanya.

Wong menjelaskan sebelum pilihan raya umum lepas, wujud jangkaan tinggi bahawa pembangkang mempunyai "moral alternatif" untuk menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) dan atas sebab itu pakatan PKR-DAP-PAS atau Pakatan Rakyat (PR) berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

"PKR selama ini memberikan tanggapan kepada rakyat yang mereka adalah "moral alternatif". Kini anda (PKR) menjadi sepertimana MIC dan MCA sebelum ini, membaling kerusi dan sebagainya," katanya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hari ini berkata mesyuarat agung bagi tujuh cabang PKR terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku perbuatan vandalisme serta masalah teknikal.

Beliau berkata laporan awal mendapati penangguhan itu disebabkan faktor teknikal dan keghairahan luar biasa di kalangan anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti yang memperkenalkan sistem pemilihan langsung tahun ini berbanding pada 2004 dan 2007. Mereka turut mendakwa bahawa terdapat perbuatan provokasi oleh kalangan tertentu dari bukan anggota parti yang mahu menimbulkan kekacauan dan memburukkan imej parti.

Lagipun, katanya daripada 166 cabang, 159 atau 96 peratus telah selesai mengadakan mesyuarat agung dan 39 lagi cabang akan selesai bermesyuarat menjelang hujung minggu ini.

Wong berkata, walaupun pakatan pembangkang mungkin menganggap kekecohan yang berlaku pada pemilihan cabang PKR Ahad lepas sebagai perkara kecil, tetapi mereka masih perlu mengambil kira persepsi orang ramai terhadap perkara itu.

"Walaupun perkara itu kecil, ia masih tidak baik. Harapan yang ada pada rakyat kini telah tercalar. Jika mereka memandang mudah perkara itu, BN akan mendapat faedah daripadanya pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Saturday, September 25, 2010

DR M RASIS, JEJAS KESTABILAN NEGARA?

"Saya sependapat dengan Dr Mahathir bahawa sebagai penduduk majoriti di negara ini orang Melayu harus beranggapan bahawa kuasa itu tidak seharusnya hilang dari tangan mereka. Jadi, kalau anggapan itu sudah tidak lagi dipakai, maka orang Melayu sendiri akan menerima padahnya dan mereka harus menerima di masa akan datang mungkin jawatan Perdana Menteri bukan lagi milik orang Melayu." - Dr Rais Yatim

Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga terkenal kerana bukunya The Malay Dilemma - seorang yang rasis dan tidak bertanggungjawab?

Hakikatnya, itulah yang disebut mengenai bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan mempunyai otak perkauman dan wajar jika diajak berdebat.

Yang mengatakan Dr Mahathir perkauman ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin yang terus meroyan mahu menjadi Menteri Besar dan yang ajak berdebat ialah pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpangkat ‘cucu’ dibandingkan dengan Dr Mahathir.

Saya mengatakan cucu kerana bukan sahaja dalam konteks usia tetapi pada suatu ketika (antara 1980an dan 1990an) Anwar Ibrahim dan keluarga cukup rapat dengan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sudah pasti ‘cucu’ berkenaan - ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar (anak Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga menjadi kenalan rapat Dr Mahathir dan keluargapada suatu ketika.

Namun kini kerana masa sudah berubah, kepentingan dan perjuangan juga berubah - Nurul Izzah sanggup mengajak Dr Mahathir berdebat dan baginya, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan adalah sebahagian daripada usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

“Selain penggunaan isu perkauman, UMNO juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa.

Sementara Nizar yang disingkirkan, mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman dan kenyataannya bersifat rasis dan hasutan.

Bagaimanapun, kita boleh merujuk apa pula kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai perkara ini.

Kata Rais semalam, ingatan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara adalah benar.

Ia berasaskan fakta politik, rekod pemerintahan dan Perlembagaan, kata Dr Rais.

Katanya, politik ialah bilangan iaitu siapa yang mempunyai majoriti akan diharap untuk menerajui pimpinan dan kerajaan manakala realiti yang tidak boleh dinafikan ialah sesebuah negara itu diperintah mengikut rekod serta tuntutan Perlembagaan.

"Apa yang dizahirkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya pihak-pihak pembangkang yang berselera tajam sekarang memerintah orang Melayu akan hilang kuasa adalah satu kebenaran.

"Kenyataan itu saya nilaikan sebagai satu ingatan yang sangat tajam dan setiap orang yang bernama orang Melayu harus berfikir dan sekiranya tidak (berfikir) janganlah nanti disalahkan orang lain," katanya mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir itu pada sidang media di Wisma Angkasapuri semalam.

Dr Rais berkata, atas faktor tersebut beliau sependapat dengan Dr Mahathir bahawa sebagai penduduk majoriti di negara ini orang Melayu harus beranggapan bahawa kuasa itu tidak seharusnya hilang dari tangan mereka.

"Jadi, kalau anggapan itu sudah tidak lagi dipakai, maka orang Melayu sendiri akan menerima padahnya dan mereka harus menerima di masa akan datang mungkin jawatan Perdana Menteri bukan lagi milik orang Melayu.

"Mungkin apa yang dirasai oleh Raja-Raja Melayu dan diterima oleh orang-orang Melayu juga tidak lagi berada di tahap yang ada sekarang," katanya.

Berhubung tindakan pembangkang yang merasakan semua kenyataan kerajaan yang berkaitan dengan hak-hak orang Melayu sebagai berlawanan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan, Dr Rais berkata, ia merupakan satu pandangan yang sempit dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

Beliau berkata, pandangan pembangkang berkenaan Perlembagaan biasanya sempit dan hanya berkaitan dengan hak dan orang Melayu sahaja.

"Landasan Perlembagaan ialah Perkara 153 wujud di situ sebagai keistimewaan orang Melayu dan juga "the legitimate interest of the others communities" (kepentingan kaum-kaum lain mengikut undang-undang)...tapi orang tak ingat perkataan itu di bawah Perlembagaan, mereka ingat tentang orang Melayu sahaja.

"Sebenarnya perkataan atau ungkapan and the legitimate interest of the other communities adalah sebahagian daripada Perkara 153. Jadi, dengan perkataan itu bermakna hak majoriti orang Melayu di bawah 153 sudah ada dan kita tidak mengubahnya (Perlembagaan)," katanya.

Dr Rais berkata, gagasan 1Malaysia bukan mengubah perlembagaan sebaliknya hanya mengubah sikap masyarakat supaya menerima Perlembagaan negara seterusnya menerima 1Malaysia berasaskan perlembagaan tersebut.

Katanya, perkara mengenai kontrak sosial iaitu kuasa-kuasa raja, bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa, hak-hak komuniti yang lain dan juga perkara berkaitan dengan agama, pilihan agama dan hak berpendidikan telah diterima umum sejak sekian lama.

"Jadi, kita jangan silap, perlembagaan itu harus dilihat semula, bukannya berdasarkan apa yang ditokok tambah.

Kalau ada pihak-pihak yang masih memutar belitkan kenyataan itu terserah kepada mereka dan saya tidak gentar untuk menyatakan bahawa hak kita di bawah Perlembagaan jangan diusik dan kita perlu terus bina Malaysia atas realiti yang ada," katanya.

Friday, September 24, 2010

AWAS, MELAYU AKAN KEHILANGAN KUASA

Baca dan ambillah berkesempatan untuk membaca. Ini pandangan yang perlu kita renung dan fikir semasak-masaknya.

Ini bukan kritikan terhadap Datuk Seri Nazri Aziz atau menyokong PERKASA. Ini mengenai nasib bangsa Melayu jika berada di bawah pemerintahan ‘orang lain’.

Nasihat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini untuk orang Melayu. Bukan ditunjukan kepada bangsa lain.

Tidak ada siapa pun yang berani berkata benar mengenai Melayu ketika ini selain Dr Mahathir. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terpaksa ‘mengambil hati’ banyak pihak. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mungkin ‘semakin lena dibuai mimpi’ sementara Pergerakan Pemuda UMNO bukan lagi bersuara untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Jangan tuduh Dr Mahathir rasis kepada menyuarakan seperti ini. Yang rasis adalah mereka yang mahu mengambil hak orang lain sedangkan hak mereka dipertahankan habis-habisan. Orang Melayu tidak berperangai begitu. Walaupun haknya kini sedang dicabar mereka tidakpun menuntut hak orang lain.

Persoalannya apakah 1Malaysia mempertahankan Hak Melayu?


Baca pandangan Dr Mahathir berikut:

Melayu hilang kuasa
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR (Utusan Malaysia)
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selePAS pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada PAS.

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili PAS ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu meramPAS tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Wednesday, September 22, 2010

RM4b BUAT PAS, HUSAM TIDUR NYENYAK...

Datuk Husam Musa boleh tidur nyenyak. Tidak payah fikir-fikir lagi mana nak cari duit untuk tabung tawan Putrajaya.

Pada 20 Julai lalu, Pakatan Rakyat dikatakan mahu melancarkan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, pelancaran tabung berkenaan akan dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM20 juta.

"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam yang dipetik oleh Harakahdaily.

Husam yang dilantik Pengerusi TIRAM, berkata pada tarikh itu berkata pelancaran tabung dibuat pada 7 Ogos di Stadium Melawati Shah Alam dengan dihadiri pemimpin kanan Pakatan.

Namun sehingga kini tidak diketahui berapa jumlah yang berjaya dikumpul dan sejauh mana majlis makan malam itu mendapat sambutan.

Husam yang juga Exco kerajaan Kelantan,membuat kenyataan itu sebagai reaksi dan penjelasan bahawa PAS mahupun kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas perdana menteri Datuk Deri Abdullah Ahmad Badawi (kini bergelar Tun).

Katanya, PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Jadi janganlah terkejut kerana kantong PAS kini sudah buncit dan mungkin hampir meletup.

Apa tidaknya, kerana tabung PAS kini menerima RM4 bilion. Wow....banyak perkata boleh buat dengan wang sebanyak itu.

Orang Melayu ‘terkaya’ di dunia yang memiliki syarikat perniagaan dan pelaburan sudah mengumumkan pada satu majlis makan malam di Kota Bharu menganugerahkan PAS RM4 bilion (RM4,000 juta) atau RM4,000,000,000.

Alasan individu dan syarikat berkenaan menderma kepada PAS adalah untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar kiri), kelmarin mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Diulang, bukan, bukan dan bukan balas ganjaran. Bukan sama sekali. Mana boleh ‘orang Islam’ balas budi macam itu. Berdosa besar.

Dengan kata lain sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion.

Kata Abdul Rahim , anak Kelantan yang kini menetap di luar negara., ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.

Sesiapa juga termasuk rakan-rakan blogger, jangan nak buat hal dengan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Baik suruh pihak-pihak yang berwajib menyiasat secara telus dari mana syarikat berkenaan begitu banyak duit, yang mengalahkan ramai Melayu lain yang kaya seperti Syed Mokhtar Albukhary (harta bernilai RM1,100 Juta), Azman Hashim ( RM470 juta), Mokhzani Mahathir ( RM215 juta) atau juga Kamarudin Meranun (RM205 juta) dan jangan lupa Daim Zainuddin!

Walaupun Husam tidak terima duit ini namun dengan PAS berada pada kedudukan amat selesa sekarang, pada pilihan raya umum ke 13 nanti, wang akan bertaburan dan boleh digunakan oleh Husam dan pakatan pembangkang. Barisan Nasional (BN) pastinya sukar untuk menandingi jentera PAS.

Pengumuman untuk tabung PAS yang dibuat sejurus selepas penyampaian surat pelantikan kepada 100 kontraktor itu mengejutkan apabila pada majlis makan malam anjuran syarikat itu, pengacara majlis membuat pengumuman sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan dengan mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion itu tetapi adik NIk Aziz menerima replika bantuan berkenaan. Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, dua hari lepas.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka kepada Utusan Malaysia.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.

Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

Anehnya, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga. Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Jika sebelum ini Husam menganggap RM4 juta untuk menjatuhkan Pak Lah sebagai fitnah, RM4 bilion untuk PAS ini janganlah anggap fitnah kerana replika cek sudah diterima dan ia adalah sumbangan ikhlas daripada orang Kelantan sendiri.

Selamat maju jaya kepada usaha merampas Putrajaya dengan wang RM4 bilion ini.

PR PDRM PERLU DIPERTINGKAT...

Wartawan meja jenayah Kosmo!, Nuraishah Amin dibantu Lans Koperal Faizyal Jamaludin menggunakan komputer riba di Pusat Media PDRM selepas majlis pelancaran oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Kuala Lumpur. 21 Sept. –Gambar Utusan


Akhirnya apa yang selama ini ditunggu datang juga.

Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melancarkan pusat medianya bertujuan mengatasi masalah dan salah faham berkaitan laporan berita dan kes-kes jenayah di seluruh negara.

Soal sekarang ialah apakah hebahan dan penjelasan PDRM mengenai sesuatu isu berkesan?

Dalam satu-satu kes jenayah atau kritikan pihak tertentu terhadap polis khusysnya oleh pembangkang, selalunya jawapan berbagai dibuat oleh PDRM yang menggambarkan tiada ‘penyelarasan’ antara jabatan dalam PDRM.

Kadangkalanya kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri atau timbalannya ada unsur-unsur ‘kelainan’ dan sesetengahnya bertentangan antara satu sama lain.

Cara perhubungan awam (PR) PDRM perlu diselaras, bukan sekadar menubuhkan pusat media.

Penjelasan cepat dan strategik oleh polis terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan memerlukan pasukan PR PDRM yang professional dan bijak menangkis serangan terhadap imej pasukan itu.

Kita lihat bagaimana PDRM dihentam dan diperlecehkan begitu teruk dalam kes-kes seperti pembunuhan Altantuya, kematian Kugan serta juga kes kematian Teoh Beng Hock.

Malah, seaorang pegawai polis berpangkat tinggi mengakui PR PDRM di Bukit Aman ‘sedikit teruk’.

Menurutnya berbanding dengan PR yang dilakukan polis Singapura, kita jauh ketinggalan. Cara mereka menjelaskan isu amat professional bagi membuktikan perkhidmatan kepolisan berintegriti dan perlu dihormati.

Apakah selama ini PDRM tidak melihat kepada pentingnya maklumat dan penjelasan kepada kritikan-kritikan terehadap mereka yang menyebabkan suatu ketika polis dilihat sebagai pasukan yang tidak boleh diharap dan dipercayai.

Belajarlah PR polis dengan negara-negara yang lebih berjaya walaupun hakikatnya cara polis menggendalikan kes di negara kita antara yang top di dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata semalam, dengan pelancaran pusat media itu semalam , pengamal media dapat bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan berita-berita yang tepat, sahih, benar dan cepat kepada masyarakat.

Melalui pusat media ini, saya percaya pihak media dan PDRM boleh menjalinkan kerjasama bagi menyampaikan hasrat agar berita dapat disalurkan dengan telus dan tidak dibelenggu dengan apa-apa masalah antara media dan PDRM," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Media PDRM yang dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Memang media sejak kesekian lama berganding bahu dengan PDRM tetapi banyak ketika apabila memerlukan maklumat yang berupa PR untuk polis mereka menghadapi masalah kepada siapa mahu dirujuk.

Memanglah media boleh mendapatkan hebahan lain selain berita dan kes jenayah melalui pusat ini tetapi kadangkalanya media memerlukan maklumat yan g lebih daripada itu dalam kes-kes istimewa.

Kita mengalu-alukan pusat media ini kerana masyarakat juga boleh mengetahui aktiviti 'community policing' yang diadakan di kawasan kediaman mereka menerusi portal Facebook PDRM yang julung kali diperkenalkan itu.

Seperti kata Ketua Polis Negara, "Facebook sebagai medium baru untuk mendekati masyarakat, di mana sudah tiba masa polis melaksanakan strategi ofensif daripada defensif dalam hubungan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM."

Beliau berkata pendekatan 'Facebook' juga dilihat mampu memecah dinding halangan dan persepsi negatif yang terbentuk di kalangan segelintir masyarakat terhadap polis.

Dengan dikendalikan oleh pegawai-pegawai terpilih dari cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman yang mempunyai kemahiran dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam , pusat media ini perlu dipertingkatkan fungsi dan kemudahan mengikut aliran dan kedudukan semasa.

Apapun, penubuhan pusat media itu ternyata mencerminkan bahawa PDRM fokus dan komited dalam menyampaikan maklumat yang perlu diketahui rakyat dan kelemahan sudah pasti boleh diperbaiki dari masa ke masa.

Tuesday, September 21, 2010

KELUARGA ANWAR BERANTAKAN GARA-GARA AZMIN?


Sah sudah. Gara-gara perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini, wujud pertentangan pendapat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak sehingga ‘konflik keluarga’ pertentangan ini jelas menggambarkan betapa cakap-cakap bahawa keluarga Anwar sedang ‘berpecah’ akibat sokongan Anwar kepada Azmin Ali memang tepat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam mengakui wujud perbezaan pendapat dalam keluarganya terutama berhubung perebutan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun beliau menyifatkan perbezaan berkenaan tidak boleh digambarkan sebagai 'konflik keluarga' seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Memang wujud perbezaan pendapat dalam keluraga saya, tapi tidaklah sampai ke tahap yang boleh digambarkan sebagai konflik.

"Umpamanya berbeza pandangan dari segi soal dasar, ia adalah perkara biasa dan perkara berkenaan selaras dengan hak kebebasan bersuara," katanya kepada mStar Online di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim seolah-oleh mengesahkan wujud konflik antara keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali.

Saidatul Badru dilaporkan berkata sokongan Nurul Izzah itu merungkai segala persoalan berhubung hubungan ahli keluarganya yang didakwa tidak baik dengan Azmin.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, sehingga kini menyaksikan empat pemimpin layak bertanding iaitu Naib Presiden, Mohamed Azmin mendapat 36 pencalonan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zaid (19); Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10) dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (2).

Mohamed Azmin dikatakan menjadi pilihan Anwar yang juga Penasihat PKR untuk memenangi jawatan berkenaan.

Malah baru-baru ini kumpulan terdiri daripada 20 Ahli Parlimen PKR turut mengumumkan sokongan penuh mereka terhadap Mohamed Azmin.

Namun Nurul Izzah tidak termasuk dalam kumpulan berkenaan. (Baca selanjutnya di sini)

Monday, September 20, 2010

PKR - PARTI KRONI, MUNGKIR JANJI KEPADA RAKYAT

Lama saya memikirkan sama ada mahu mengulas atau mendiamkan diri sahaja apa yang ditulis oleh ‘rakan politik’ saya – Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam entrinya bertajuk Politik Yang Zalim, Zalim Dalam Politik.

Tajuknya tidak lain mengenai Datuk Zaid Ibrahim. Sebelum ini saya sudah menulis sedikit mengenai kekecewaan Zaid terhadap pihak tertentu dalam PKR.

Tidak tahulah, mungkin saya kenal Zaid lama sikit daripada MSO. Saya pernah berbincang banyak perkara beberapa kali ke pejabatnya ketika firmanya masih di Jalan Sultan Ismail dan beberapa kali juga di firma guamannya di Pusat Bandar Damansara.

Ketika itu, selain bertemu Zaid, saya juga bertemu Azalina Othman Said (bekas Menteri kini Datuk Seri) yang ketika itu Ketua Puteri UMNO dan bekerja di firma Zaid.

Saya juga pernah menyertai Zaid ketika masih Ahli Parlimen Kota Bahru berbuka puasa di sebuah surau dan bagaimana akrabnya beliau dengan penduduk sekitar. Namun harapannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu berkecai apabila beliau berhadapan dengan masalah dalam Bahagian Kota Bharu.

MSO nampak berminat dengan Zaid apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berura-ura menyertai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan selepas bertemu Zaid beberapa kali, beliau mendapat direct acess dengan pemimpin PKR itu.

Di pihak saya pula, selepas Zaid menyertai pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan saya dengan Zaid renggang dan kini bagaikan ‘terputus’ dan tidak tahu bila akan bertaut kembali.

Apa yang mahu saya katakan di sini bukan soal hubungan saya dengan Zaid tetapi mengenai nasihat MSO kepada Zaid yang berbunyi:

Saya juga ingin nasihat Zaid sekali lagi. Kalau beliau juga tidak sedia menghadapi kerenah persis dalam Umno yang kini wujud dalam PKR, keluar sajalah. Beliau atau sesiapa saja tidak akan memperolehi keadilan mutlak, demorkasi tulen serta keihlasan dari sesiapa dalam sebuah badan bernama politik. Saya sudah katakan politik berpaksikan kepada 4C.... 4C. Kalau kamu tidak sedia menerima paksi ini, jadilah seperti saya, penulis, pemerhati dan perakam sejarah politik saja.

Zaid hendaknya jangan peduli apa yang dituduh kepadanya. Beliau juga harus menghadapi pertarungan itu dengan keyakinan dan wibawa yang belau sendiri miliki. Berada dalam politik tak ubah berada atas perahu di samudra luas dan bergelombang. Orang bukan saja setakat sanggup memfitnah membunuh pun boleh dilakukan
.”

Ternyata bukan Zaid sahaja kecewa dengan PKR seperti pada entri saya sebelum ini tetapi jelas MSO yang begitu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim turut kecewa bersama-sama Zaid.

Kata MSO: “Selama ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah'

Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR mengangkat dirinya sebagai sebuah parti yang profesional, penuh demokrtatik. Sebuah parti yang turun dari dewa dan mengharapkan para ahlinya dari kalangan orang-orang kudus
.”

OK cukup, full stop. Nak baca entri MSO seterusnya baca di SINI.

Amat jelas kini apa yang mahu diperjuangkan oleh Zaid atau juga MSO sudah lesap dalam PKR. Parti itu sebenarnya dalam kedudukan parah dan tikam-menikam antara pemimpinnya!

Demokrasi dalam PKR sudah mati. PKR juga mementingkan kroni selain parti anak beranak.

Saya tidak mahu berkata apa-apa lagi. Saya nak penjenguk baca sendiri apa kata MSO mengenai PKR:

1. PKR jadi tidak nampak diri dan lupa kepada yang mereka ucapkan sendiri. Mereka sudah mungkir janji mereka kepada rakyat selama ini. Mereka mahu jadikan PKR parti alternatif untuk rakyat. Yang adil dan terbuka. Yang membawa semangat dan roh politik baru. Namun melihat kepada beberapa tindak tanduk dan permainan menjelang pemilihan ini sudah tidak mencerminkan apa yang dihasatkan itu. Sudah ada permainan kotor dan jijik. Sudah ada tuduh menuduh antara satu sama lain. Sudah ada elemen dengki dan khianat.

2. Kehadiran Zaid Ibrahim untuk bertanding timbalan presiden sudah diacah dengan berbagai kerenah yang memabukkan. Macam-macam tuduhan dan sindiran ditujukkan kepada Zaid. Kenapa? Ini sepatutnya tidak berlaku. Biarlah kalau Zaid nak bertanding, biarkan dia bertanding. Suburkanlah demokrasi dalam PKR.

3. Sesiapa saja dalam PKR tidak perlu takut kepada Zaid. Beliau menyertai parti itu kerana tidak yakin kepada Umno. Beliau mahu lari dari tindakan non demokratik dalam Umno. Dia mahu melihat sejauh manakah demokrasi dalam PKR. Kalau keadaan dalam Umno sama juga dalam PKR tidak ada guna beliau bersusah payah menyertai PKR. Beliau boleh merayu dan kekal menjadi ahli Umno ataupun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

4. Mereka yang cuba menghalang Zaid seharusnya sedar dan malu diri sendiri. Zaid masuk PKR hanya beberapa hari saja. Dakwat yang digunakan untuk menanda tangani borang pun masih belum kering lagi. Tidak mungkin dalam tempoh terdekat Zaid mengatasi mereka. Orang yang takut kepada Zaid mereka yang tidak yakin diri. Mereka yang bukan berjiwa besar dan bersemangat demokrasi tulen.

5. Orang yang sanggup menodai demokrasi untuk kepentingan diri awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Parti Keadilan Rakyat.

Jadi kenapa nak susah-susah mentafsir PKR itu dan ini. Jawapan yang diberikan MSO amat jelas dan ‘terang lagi bersuluh’.

Jika demikian, nasihat saya pula kepada Zaid ialah beliau tidak mempunyai pilihan. ‘Langgar’ dan tegakkan prinsip demokrasi seperti beliau mahukan dan jika kalah pun bermaruah atau gugur seperti Tun Ghafar Baba yang diaibkan oleh Anwar Ibrahim pada awal 1990-an.

Pilihan kini di tangan anda, Zaid!

Sunday, September 19, 2010

BOLEHKAH DIBUKTIKAN INI SEMUA?

Bahagian Kedua: Siapa Individu Penting Dalam Kes ini?

Suspek utama (paling kiri) dan dua suspek lain yang dilanjutkan tahanan reman sehingga 25 September (Sabtu depan). Suspek utama dan adiknya juga seorang peguam ditahan polis pada 9 September lalu di Banting, manakala enam lagi suspek ditahan keesokkan hari iaitu 10 September. Tempoh reman ke atas lima lagi suspek disambung hingga Khamis depan.

Dalam Bahagian Pertama entri mengenai tajuk ini yang memperkatakan “Inspektir Sab vs Datuk Peguam Kaya Raya’ saya ada menimbulkan isu apakah Peguam Bergelar Datuk itu memakai gelaran palsu atau yang dibeli.

Ternyata laporan media dan polis mengesahkan suspek utama - peguam K. Patmanaban - tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (gambar kanan) berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu. "Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

Amat jelas Peguam Bergelar Datuk ini amat licik dan pasukan polis akan berdepan dengan pelbagai rintangan untuk menjamin beliau ‘dibawa ke tali gantung’.

Kerana itu pandangan seorang pembaca yang menyatakan pendiriannya melalui The Star bertajuk “Build a solid case to ensure justice prevails” jangan dipandang mudah.

Perkembangan terbaru menunjukkan kertas siasatan mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain, sedang disediakan dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara, berkemungkinan minggu depan. Polis mengatakan pihaknya mempunyai bukti kukuh.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas penahanan suspek utama yang juga seorang peguam berusia 41 tahun pada 11 September lalu diikuti beberapa tangkapan membabitkan tujuh individu lain. Semua suspek dipercayai pekerja suspek utama.

Dua pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini.

Bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. Sementara bagi menyiasat at individu hilang ia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Sejauh ini jelas polis mengatakan pihaknya mempunyai ‘bukti kukuh’ seperti berikut - penemuan tulang, beberapa senjata, barangan peribadi dan pengakuan suspek untuk mengheret suspek utama – Peguam Bergelar Datuk – serta tujuh yang lain ke mahkamah bagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bukti-bukti itu di dapati dari beberapa tempat tetapi kawasan yang menjadi fokus ialah Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting. Polis kini sudah menghentikan operasi mencari bahan walaupun anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

Semua pihak perlu menunggu tiga atau empat hari lagi bagi mengenai ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa.

Amat jelas Peguam Bergelar Datuk ini menjadi individu tumpuan khusus dalam konteks mereka yang terbabit dengan kes ini.

Selain peguam ini ada tujuh atau lapan lagi terpalit dan akan didakwa.

Siapa mereka? Laporan polis menyebut, tangkapan pertama pada 9 September lalu melibatkan seorang lelaki dipercayai Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.

Amat jelas di pihak suspek, ia membabitkan individu berikut:

1. Peguam Bergelar Datuk;

2. Adik peguam berkenaan yang juga peguam di Banting;

3. Seorang lelaki lain yang rapat dengan peguam berkenaan;

4. Lelaki berusia 19 tahun yang dikatakan ang melakukan pembunuhan kejam serta; dan

5. Lima atau lebih suspek lain yang akan turut didakwa.


Bagaimanapun, dengan penahanan seorang lagi lelaki tempatan di Kampung Laksamana, Batu Caves tengah malam semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India di Banting, Selangor tahun ini, jumlah yang akan didakwa mungkin bertambah.

Malah tangkapan itu adalah susulan kepada penahanan seorang lelaki berusia 34 tahun di Taman Wilayah, Selayang petang kelmarin bagi kes yang sama. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebooknya berkata lelaki berusia 21 tahun tersebut ditahan kira-kira 12.15 tengah malam.

Sementara di pihak yang menjadi mangsa dikatakan ada lapan atau sembilan orang termasuk Sosilawati dan tiga rakannya. Sementara tiga atau empat lagi individu yang hilang sebelum ini disyaki ‘boleh dikaitkan’ dengan suspek utama.

Polis sudah mengesahkan lebih ramai individu yang mati di tangan pembunuh Sosilawati ketika polis sedang berusaha membongkarkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.

Sekurang-kurangnya seramai sembilan orang dipercayai telah dibunuh secara kejam dan dihapuskan mayat dengan cara yang sama seperti dilakukan terhadap Sosilawati bersama tiga individu lain.

Semua individu terbabit dilaporkan hilang dan mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam yang disyaki sebagai dalang kepada pembunuhan Sosilawati.

Menarik ialah Polis Pulau Pinang turut membuka semula beberapa kes yang belum selesai membabitkan pembunuhan beberapa individu.

Mangsa pembunuhan sejauh ini ialah:

1. Datuk Sosilawati Lawiya , 47,

2. Pemandu peribadi Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44,

3.
Pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38 dan,

4. Peguam peribadi sosilawati , Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Siapa lagi? Daripada sembilan yang dipercayai turut dibunuh oleh Peguam Bergelar Datuk itu termasuklah:

1. Jutawan India yang dikenali sebagai Allal Kathan Muthuraja, 34 (gambar kiri) dilaporkan hilang sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Januari lalu. Dia dikatakan berjumpa dengan seorang peguam yang juga rakannya di Banting. Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini. (Isteri jutawan, S Usharani, 24, dikatakan boleh membantu siasatan);

2. Seorang wanita bernama T Selvi (gambar kanan) dan mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, dan

3. Beberapa individu lain yang hilang.

Di pihak polis, selain Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah serta Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah akan terus menjadi tumpuan.

Namun bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ada beberapa kakitangan polis akan turut menjadi tumpuan selapas ini khususnya ketika pendakwaan di mahkamah.

Juga dalam kes berprofil tinggi seperti pasukan pendakwaan dan pembelaan juga menarik untuk diketahui.

Seperti saya katakan sebelum ini, kes ini bukan seperti pembunuhan Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fendi yang tidak begitu sulit untuk polis mencari bahan bukti. Lagipun Mona Fendi bukan individu yang kaya, berpengaruh dan peguam seperti suspek utama pembunuhan Sosilawati ini.

Beliau mempunyai rakan dan sahabat yang berpengaruh di kalangan orang politik, peguam, ahli perniagaan dan berbagai lagi bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga India.

Jadi dengan perkataan lain, ‘don’t play play’ dengan kumpulan peguambela Peguam Bergelar Datuk ini.

Biarpun polis mengatakan pihaknya mempunyai bukti kukuh namun kita sedia maklum apa itu mahkamah dan apa itu peguam.

Dengan pasukan pembelaan yang saya jangka amat kuat, tugas polis tidak mudah dan bergantunglah kepada Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Ismail Omar untuk menjamin imej dan integriti polis dihormati dan dipercayai.

Apapun saya amat yakin polis berupaya serta nekad membuktikan pasukannya juga kuat, dan wajar menerima penghormatan tinggi menyelesaikan kes Sosilawati ini selain kes-kesn berkaitan untuk mempastikan mereka yang menjadi mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan yang melakukan jenayah kejam ini menerima hukuman setimpal dengan kejahatan mereka!

Friday, September 17, 2010

POLIS LAMBAT BERTINDAK KES SALAH LAKU PEGUAM?

Polis juga yang menjadi sasaran.

Walaupun Majlis Peguam memecat kira-kira 30 hingga 40 peguam setiap tahun kerana pelbagai kesalahan namun tiada sebarang tindakan lanjut oleh polis walaupun laporan telah dibuat.

Itu ditegaskan oleh Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath semalam.

Sehubungan itu beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam yang menyalahi undang-undang seperti terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng," katanya selepas melancarkan Fasa Keenam: Badan Kehakiman dan sambutan Festival Jalanan Hari Malaysia semalam.

Dengan kata lain, Majlis Peguam tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang sebaliknya hanya boleh menghalang mereka daripada mengamalkan profesion undang-undang dengan menyenaraihitamkan mereka.

Majlis Peguam juga tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan peribadi setiap ahlinya termasuk mengenal pasti harta atau aset yang dimiliki mereka.

"Kita tidak ada kuasa untuk memenjarakan peguam yang bersalah kecuali memastikan mereka tidak lagi mengamalkan profesion mereka lagi," katanya.

Ragunath diminta mengulas mengenai gesaan beberapa pihak terhadap Majlis Peguam supaya bertindak terhadap ahlinya yang terlibat dengan jenayah ekoran pembabitan seorang peguam sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu baru-baru ini.

Katanya, sebarang laporan mengenai peguam yang melakukan jenayah perlu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan bukan hanya ke balai polis biasa seperti yang dilaksanakan sekarang.

"Dengan ini tindakan terhadap peguam-peguam terbabit akan dilaksanakan secara tegas," katanya.

Menurutnya, Majlis Peguam juga sedia bekerjasama dengan polis dalam memastikan peguam yang terlibat dalam jenayah seperti pecah amanah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membincangkan mengenai kes-kes jenayah melibatkan peguam di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menyarankan supaya Majlis Peguam mengaudit anggotanya bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kelmarin. Ketua Menteri Melaka itu berkata, sebagai badan tertinggi pengamal undang-undang di negara ini, majlis tersebut perlu membersihkan imej institusi itu yang kini tercemar ekoran pembabitan ahlinya sebagai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

"Kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lelaki lain melibatkan seorang suspek utama yang merupakan peguam bergelar Datuk sangat hina. Amat malang bagi negara kita jika seorang peguam boleh melibatkan diri dalam kes jenayah apatah lagi secara berterusan," katanya.

Tambah Mohd. Ali, melalui cara mengaudit dan menyemak kegiatan semua ahlinya, Majlis Peguam secara tidak langsung akan membantu pihak polis menggagalkan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan jenayah daripada mengulanginya.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pula mencadangkan agar pengurusan Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara atau diselia oleh suruhanjaya tertentu ekoran sikap selektif majlis tersebut dalam memperjuangkan sesuatu isu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap selektif Majlis Peguam terserlah apabila tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung pembunuhan Sosilawati melibatkan suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk.

"Saya hairan dan tertanya-tanya kenapa tiada sebarang reaksi daripada Majlis Peguam sedangkan suspek ialah seorang peguam. Jika ini sikap Majlis Peguam, sudah tiba masanya, majlis itu diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara atau sebuah suruhanjaya," katanya.

Menurut Ibrahim, sikap berdiam diri Majlis Peguam itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana selama ini, jika terdapat kes pembunuhan berprofil tinggi seumpama itu, badan tersebutlah yang menjadi hero dengan membuat pelbagai desakan dan tuntutan kepada kerajaan.

Katanya, Majlis Peguam sepatutnya bersuara mengenai pembunuhan kejam yang menimpa Sosilawati dan tiga rakannya, apatah lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan di ambang Hari Raya Aidilfitri.

Ragunath pula menggesa pihak media dan rakyat di negara ini agar memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan dan menyelesaikan isu berkenaan, tanpa melemparkan sebarang tuduhan sehingga mereka yang ditahan berhubung kes itu didapati bersalah.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah isu serta dakwaan yang disiarkan pihak media mengenai kes ini mungkin boleh menyebabkan keadaan menjadi bahaya dan prejudis.

"Jika anda inginkan sabitan (dalam kes pembunuhan ini), anda mesti memberikan polis sedikit ruang bagi mereka melengkapkan siasatan. Jika terdapat sebarang kekaburan (dalam kes ini), kita tidak mahu berlaku situasi di mana seseorang itu telah didakwa di mahkamah dan kemudian terpaksa dibebaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Jadi tolonglah, saya mohon kepada pihak media dan orang ramai agar memberikan polis sedikit ruang, mereka telah melakukan tugas yang cemerlang apabila mampu menyelesaikan kes berkenaan, namun, mereka yang ditahan adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Siasatan kemudiannya mendedahkan keempat-empat mereka dibunuh di sebuah ladang ayam di Sungai Gadong dekat Tanjung Sepat, Selangor sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai di kawasan berhampiran ladang milik peguam bergelar Datuk itu.

Thursday, September 16, 2010

BOLEHKAH DIBUKTIKAN INI SEMUA?

Bahagian Pertama: Inspektor Sab vs Datuk Peguam Kaya Raya

Anggota polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dalam sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat. - Foto Berita Harian

Polis mengatakan pihaknya hampir selesai membuat siasatan. Banyak sudah ‘penemuan’ dibuat bagi mendakwa suspek yang berusia 41 tahun serta adik dan mereka yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan itu.

Meneliti kes ini, ia semacam yang terdapat dalam filem Tamil dan Hindi iaitu orang kaya melakukan pembunuhan tetapi menggunakan orang suruhannya untuk membunuh. Sudah pasti ‘Inspektor Sab’ sukar membuktikannya.

Ini adalah cabaran kepada polis khususnya Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan pasukannya selain Pejabat Peguam Negara juga perlu menyediakan kertas pendakwaan yang lengkap agar peguambela atau pasukan mereka sukar untuk ‘menyelamatkan’ peguam bergelar Datuk ini.

Laporan ada menyebut bahawa peguam bergelar Datuk disyaki sebagai dalang yang mengarahkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Difahamkan, peguam terbabit mengarahkan sekurang-kurangnya tiga lelaki dipercayai pekerjanya, membunuh keempat-empat mangsa di sebuah rumah tinggal dalam ladang kelapa sawit di Sungai Gadung yang dipercayai miliknya.

Jenayah keji itu dilakukan selepas Sosilawati bersama tiga rakannya itu berdepan sendiri dengan peguam berkenaan berkaitan urusan penukaran hak milik pembelian tanah bernilai RM25 juta.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Isnin lalu, polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat.

Ini bermakna dalam kes ini, ‘Inspektor Sab’ akan melawan orang kaya, berpengaruh dan latar belakangnya seorang peguam. Dia bukan macam Mona Fendi – bomoh dan penyanyi!.

Semua pihak akan wujudkan keadilan akhirnya dan jika berjaya pun dalam kes ini, mungkin hanya di akhir cerita selepas 'Inspektor Sab' bernyanyi keliling bukit dan menukar pelbagai jenis baju. ‘Inspektor Sab’ akan menghadapi pelbagai dugaan, cemuhan dan penyiksaan sebelum berjaya membuktikan orang kaya itu ada kaitan dengan pembunuhan.

Dalam konteks pembunuhan jutawan kosmetik Sosilalawati dan tiga lagi rakannya, siapakah ‘Inspektor Sab’ di pihak polis dan pendakwa kerajaan?

Amaran awal kepada pendakwa jika menurut laporan Berita Harian ialah, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

“Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” kata sumber yang pernah bekerja dengan suspek.

Daripada kumpulan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek itu, ada seorang yang dikatakan pembunuh ‘hati kering’. Persoalannya, apakah yang seorang ini akan menjadi ‘kambing hitam’ kepada lima lagi suspek yang lain?

Atau dengan kata lain, individu ini akan menjadi ‘pesalah pertama’ dan diikuti dengan ‘pesalah lain’ atau akhirnya dia seorang sahaja akan dipersalahkan?

Laporan terbaru menyebut, polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar.

Sumber berkata, suspek itu juga dikatakan terbabit dalam pembunuhan seorang wanita bernama T Selvi, 44, yang juga isteri kepada pemilik bengkel di hadapan rumahnya, tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata semalam, pihaknya setakat ini percaya pekerja-pekerja kepada seorang lelaki bergelar Datuk terlibat secara langsung dalam pembunuhan empat mangsa itu.

"Kita percaya mereka (pembunuh) adalah pekerja seorang lelaki bergelar Datuk yang ditahan," kata beliau kepada Kosmo! semalam.

Keempat-empat individu tersebut dipercayai telah dibunuh di dalam stor milik peguam berkenaan yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Persoalan pertama ialah, apakah peguam ini akan ‘terlepas’ kerana awal-awal lagi jelas ‘dia tidak membunuh’ tetapi mungkin ‘mengarahkan’ atau hanya ‘terbabit’ tetapi hakikatnya orang lain yang melakukannya?

Kita kini tertanya-tanya siapakah peguam atau pasukan peguam manakah yang akan menggendalikan kes ini bagi pihak Datuk berkenaan. Ini memang menarik kerana sudah tentu Datuk yang kaya raya ini akan ‘membelanjakan’ apa sahaja untuk membela dirinya.

Ada spekulasi bahawa kumpulan peguam diketuai Karpal Singh akan mengambil kes ini bagi pihak peguam bergelar Datuk itu. Sejauh mana kebenaran belum dapat dipastikan.

Yang pasti jika benar peguam bergelar Datuk berkenaan berani melakukan ‘pembunuhan’, pastinya dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya demi ‘maruah, harta dan empayarnya’.

Apabila disebut harta, Datuk ini memang kaya. Ada pihak-pihak yang sedang mencari kesahihan bagaimana peguam ini mendapat gelaran Datuk. Dari negeri manakah dia mendapat gelaran Datuk. Sejauh ini Kelantan sudah menafikan pemberian gelaran berkenaan.

Persoalannya apakah ia Datuk anugerah atau Datuk yang ‘dibeli’ atau peguam ini sendiri-sendiri memakai gelaran Datuk.

Apakah dalam isu gelaran ini juga berlaku penipuan dan ‘pembelian’?. Jika pembelian, berapa pula gelaran itu dibeli?

Laporan hari ini menyebut, peguam bergelar 'Datuk' itu dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.

Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk. Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.

Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.

Ternyata, seorang lagi yang menjadi buruan polis ini tidak akan boleh tidur malam!

Bersambung di Bahagian Kedua

Tuesday, September 14, 2010

PEMBUNUHAN SOSILAWATI - JANGAN SAMPAI JADI PERKAUMAN...

Inikah kawasan Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar?

Betul apa yang saya jangka semalam. Ramai yang naik angin dengan kes pembunuhan jutawan Sosilawati dan tiga rakannya.

Sebenarnya saya terkejut dengan sambutan penjenguk blog saya semalam iaitu seramai kira-kira 1,300 untuk dalam tempoh 24 jam. Tidak pernah berlaku di blog saya yang bukan blog elit, sebegini ramai penjenguknya dalam tempoh berkenaan.

Saya tidak fikir entri mengenai PERKASA yang bertajuk “PERKASA BUKAN ‘HANTU JEMBALANG’ begitu mendapat perhatian. Rasanya entri bertajuk ‘KES SOSILAWATI – RAMAI YANG AKAN NAIK ANGIN' yang menjadi tarikan penjenguk.

Ramai yang marah kerana mayat Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dilumurkan tahi lembu dan dibakar. Blog buaya-merah mengatakan cara pembakaran kaedah tradisional ini adalah cara paling berkesan untuk menjadi abu dalam tempoh 30 minit sehingga sejam.

Hakikatnya cara ini amat kejam – bukan sekadar memukul sampai mati kemudian membakar mayat dengan dilumurkan tahi lembu dan kemudian di hanyutkan abu di sungai.Walaupun kesemua mayat tersebut adalah orang ISLAM tetapi dibuat pengebumian seperti mayat orang HINDU, kata blog berkenaan.

Tidak hairanlah jika isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru yang turut dibunuh, Suzana Radim Pangat, mengatakan pembunuh sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ini kerana menurutnya, beliau boleh terima kalau mereka setakat bunuhnya, “...Jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.”

Namun di sebalik kekejaman itu, yang tersirat dan dibimbangi ialah isu pembunuhan ini menjadi perkauman. Ada mengatakan "Melayu kena bunuh oleh ............" (tidak sanggup saya meletakkan perkataan). Blog dr1221 menganggap pembunuhan itu mengguris perasaan Melayu.

Komen-komen yang saya terima dan dihantar ke blog ini membimbangkan. Ada yang terlalu marah dan kutuk mengutuk antara satu dengan lain. Perkataan kotor dan keji mengeji digunakan.

Kerana itu, perlu ada kenyataan tegas polis atau pihak berkuasa menasihat atau meletakkan garis panduan tertentu dalam memperkatakan kes ini kerana saya melihat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya oleh seseorang atau kumpulan kini menjadi isu hangat yang perlu dikawal segera.

Kita tidak ingin ia menjadi sesuatu yang panas dan menimbulkan prasangka kaum. Sudah ada blog yang menyatakan kebimbangan dan silap hari bulan boleh mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Tambahan pula ramai yang tukang mengapi-apikan keadaan, menyimbah minyak ke dalam api, lagilah menyala. “Wow! Bahaya... amat bahaya!!!” kata blog mesintaipburuk.

Sebuah blog, penaminang mengatakan ia benar-benar MARAH dengan tindakan KUMPULAN PEMBUNUH berkenaan yang sanggup membunuh 4 ORANG ISLAM di dalam minggu terakhir di bulan Ramadhan.”

Katanya: “Namun bukan itu yang penulis hendak bangkitkan dalam penulisan hari ini, sebaliknya penulis ingin membangkitkan persoalan MENGAPA BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ (DAP, PAS, PKR) membisu dengan isu pembunuhan yang penuh tragik ini? Sedangkan kita semua tahu (SELURUH RAKYAT MALAYSIA) mengetahui bahawa kumpulan inilah (BAR COUNCIL & PAKATAN KHAWARIJ) menjadi juara ketika isu kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminul Rashid. Pakatan Khawarij dan BAR COUNCIL secara keseluruhannya mentalahkan Kerajaan Malaysia dengan kes kematian 2 Ekor kafir dan seorang kanak-kanak Muslim ini.

Namun tatkala 4 orang MELAYU MATI DITANGAN PENJENAYAH BERBANGSA INDIA INI, BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ mendiamkan diri. Adakah kerana Salah seorang atau kesemua mereka yang terlibat dalam kes ini merupakan seorang HINDU / KAFIR, atau kerana salah seorang daripada mereka adalah ahli dalam BAR COUNCIL atau PAKATAN KHAWARIJ.

Inilah sikap SEBENAR BAR COUNCIL dan PAKATAN KHAWARIJ. Hanya BISING APABILA NYAWA ORANG KAFIR terbunuh TETAPI mendiamkan diri apabila MELIHAT ORANG MELAYU DIBUNUH.

SEBAGAI SEORANG ISLAM BERBANGSA MELAYU, PENULIS INGIN MENYERU SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA MARILAH KITA BERSATU DIBAWAH SATU AQIDAH. MEREKA (ORANG KAFIR) SUDAH TIDAK TAKUT KEPADA KITA KERANA KITA SEMAKIN LEMAH. LIHATLAH, 4 NYAWA ORANG ISLAM YANG TIDAK BERSALAH TELAH DIBUNUH OLEH KUMPULAN ORANG KAFIR. MARILAH KITA RAPATKAN SAF KITA. INGATLAH!!!!HANYA APABILA KITA BERSATU. MAKA KITA AKAN DIGERUNI OLEH ORANG KAFIR!!!”


Ada beberapa lagi blog lain mempunyai pandangan yang serupa termasuk blogger wanita, lydiausm72 yang menulis:

"Dah kecoh pun satu Malaya, rupa rupanya yang bunuh Datuk Sosilawati ialah seorang lawyer berbangsa India…. BUAT MALU LAWYER..!!!!!

Tiba tiba teringat pulak dulu ade kes budak India namanya Kugan yang mati tapi jadi hero…, dia nie kena tahan polis sebab kes curi kereta tapi dia diarak macam pejuang negara sampai jalan pun jadi terribly massive jammed…., the best part was ade pulak Yb melayu PKR, macamlah perempuan melayu terakhir sama sama berarak “menghormati” jenazah tu…!! Siapa lagi kalau bukan Exco wanita Selangor, Roziah Ismail (gambar kanan)…(baca selanjutnya di sini).


Sekarang nie dah ade jutawan melayu mati dibunuh. Sosilawati bukan orang politik…., her successful life was due to her hard work..! No political connection…!

Allahyarhamah bukan orang kuat UMNO dan bukan ahli PKR atau PAS. Dia hanya concentrate on her business to build up her empayar….

Mana suara Wan Azizah..? Apa desakan boleh kita dengar dari Nurul Izzah…? Why Teresa Kok not saying anything…?? Dulu masa kes Teoh Beng Hock, sebelum polis buat statement, semua Pakatan leaders dah kata macam macam…, semuanya salah polis, salah SPRM.

Just because yang mati kena bunuh sekarang nie orang melayu, so its not that spicy to sensationalize this issue for the Pakatan leaders..??? (baca selanjutnya di sini).

Isu kenapa Majlis Peguam, pemimpin pemimpin pakatan pembangkang, NGO India dan sebagainya sunyi sepi turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya anak merdeka dan anakbukitgantang.
Selalunya jika ada pembunuhan yang ‘dikaitkan’ dengan pembangkang akan adalah laungan tubuhkan suruhanjaya dan sebagainya. Tetapi kenapa kali ini sunyi sepi?

Mereka mempunyai sebab untuk menimbulkan pertanyaan itu kerana menurut anak merdeka:

“DAP, PKR serta Majlis Peguam janganlah lagi cuba untuk menyembunyikan belang masing-masing, jangan cuba untuk menyorok muka tebal disebalik langsir-langsir yang murah !!!

Keluarlah!!! ..nyatakan pendirian anda semua selaku rakyat Malaysia, selaku pemimpin parti politik yang kononnya berjuang ke arah keadilan, ketelusan, kesaksamarataan dan suarakan semuanya tentang tragedi yang telah menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi beliau, Pegawai Bank serta Pemandu peribadinya agar rakyat lebih jelas dengan perjuangan anda semua !!!


Apakah akan ada desakan daripada pihak DAP, PKR, PAS serta Majlis Peguam supaya ditubuhkan Suruhjaya DiRaja untuk menyiasat kes ini ??? ...kita tunggu dan lihat !!!”

Sementara anakbukit gantang mengemukakan pandangan berikut: “All the while Bar Council has kept mum over the issue....thus a good question should be thrown to Bar Council, a body that fights for "freedom of speech, democratic government and fair treatment to ALL citizens" and quick to condemn "trangressional acts" in the past - What is the Council's true stand in this case?"

Cuma yang menggelikan hati dan komen 'bodoh' datangnya daripada ‘Profesor PAS’ - Mahfuz Omar.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, “sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu. Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Sempat beliau menasihati LPN tu. Malah lebih jauh Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

Katanya: "Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang semalam.

Kita berdoa pihak polis akan mendedahkan dengan berani dan telus hasil siasatan ini kerana yang nyata suspek adalah peguam yang terkenal di kawasanya selain pernah menjadi peguam kepada HINDRAF dan juga ahli ahli DAP seumur hidup.

Soal peguam itu turut membunuh atau merancang hanya polis dan mahkamah akan membuktikan.

Cumanya saya masih ingat dengan jelas dalam kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993 oleh Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail.

Walaupun sukar membuktikanMona membunuh Mazlan tetapi sebagai perancang, beliau turut dijatuhi hukuman. Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.

Apakah kedudukan peguam yang ditahan itu sama dengan Mona Fendi sebagai perancang?