Kerajaan mungkin boleh bersabar dengan Mat Sabu tetapi tidak bagi rakyat dan keluarga yang terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong.
“Apa pula nak berlaku selepas ini....”, macam ayat Ahmad Nisfu dalam Tiga Abdul filem P Ramlee.
Terbukti sudah Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak menjejaskan keselamatan negera! Tidak, Tidak dan Tidak sama sekali!
Mana Ada? Kenapa nak tangkap Mat Sabu? Dia tidak boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalan Negeri.
Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana menyatakan pendirian kerajaan mengenai perkara ini.
Precedent dah ada. Lepas ini kalau nak kata apa pun kepada mereka yang berjasa kepada negara, katalah. Ia tidak akan menggugat keselamatan negara.
Samakan perjuangan komunis yang laknat itu dengan perjuangan jihad mempertahankan negara pun tidak mengapa.
Semalam Hishamuddin berkata permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak boleh dipertimbangkan.
Menurut Hishamuddin, akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara. Ini bermakna akta itu bukan pencegahan tetapi tindakan.
Malah Hishamuddin melepaskan kepada pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.
Ini mungkin memalui tindakan saman di mahkamah atau sebaliknya.
Bijak Mat Sabu mempermainkan isu ini dan memerangkapkan kerajaan. Kini rakyat semakin benci dengan kerajaan yang dilihat lemah dalam tindakan.
Bukan sekali beberapa individu memperlekehkan pihak-pihak tertentu yang sewajarnya dikenakan tindakan tetapi kerajaan yang lemah hari ini tidak mampu melakukan apa-apa dan mengharapkan siasatan polis semata-mata.
Tidak terkejut selepas ini polis mengatakan pihaknya tidak dapat melakukan apa-apa!
Sedangkan tokoh sejarah sudah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.
“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Mat Sabu dalam ceramah tersebut dilaporkan berkata, seorang lelaki Melayu, Mohamad Indera yang bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Yang nyata menurut laporan Utusan Malaysia, sehingga kini, kira-kira 554 laporan polis dibuat pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.
Laporan yang dibuat bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, tetapi terdapat bekas anggota keselamatan yang tersinggung dengan tindakan ahli politik itu.
Terdapat juga laporan polis menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai beracun dan mampu merosakkan keamanan negara yang dipelihara sejak 54 tahun lalu.
Pengadu mahu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu sebelum ada ahli politik lain yang memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka dengan mengagungkan komunis, pada ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.