Wednesday, May 30, 2012

SPRM PATUT BUKA SEMULA KES AZMIN ALI PADA 1995...

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali pasti tidak boleh tahan dengan PENDEDAHAN TERBARU Raja Petra Kamaruddin.

Pun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pegawai Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ada ke patut penulis blog Malaysia Today Raja Petra mendakwa kononnya beliau memiliki 'fail rahsia' mengenai Azmin ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Maknanya ketika itu Azmin bekerja dengan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menterilah ketika itu.

Raja Petra mendakwa fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit dimiliki Azmin. Sepatutnya Azmin DITAHAN UNTUK SIASATAN!

Namun beliau terlepas kerana arahan daripada SPRM sendiri. Siapa mengarahanya? Raja Petra ada menyebutnya!

Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM Dedah Identiti Diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.


Jika demkian kenapa Azmin tidak didakwa?

Apakah Raja Petra mahu menyatakan bahawa Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes 'salah laku' pegawainya?

Jika demikian, tidak bolehkan SPRM membuka semula kes ini?

Jika benar dakwaan Raja Petra, bukan Azmin sahaja patut disiasat tetapi juga Anwar.

Malah, dakwaan Raja Petra juga membabitkan pegawai SPRM dan mungkin bos SPRM ketika itu. Mereka semuanya perlu disiasat! 

Jadi, benarlah (tidak salah) kalau Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan berkata Anwar terbabit dengan perbuatan salah laku, rasuah dan sebagainya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang menjadi antara sebab Anwar dipecat dari kerajaan.

Sewajarnya pendedahan Raja Petra ini disambut dengan siasatan mendalam oleh SPRM kerana ia membabitkan penjawat awam dan hubungannya dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri pada pertengahan 1995.

AMY (SEARCH) ANGGAP SERTAI UMNO SEBAGAI KEPUTUSAN TEPAT, TERBAIK

 

Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu...Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” - Amy Search
 
Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada semalam (29 Mei 2012).

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.


Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu.

“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai Umno. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa. “Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara.

Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Selain Amy, dua lagi penyanyi yang mendaftarkan diri sebagai ahli adalah vokalis kumpulan rock May iaitu Mus (dua, kanan) dan penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim (paling kiri).

Ketiga-tiga artis ini dipelawa oleh Jamal Abdillah yang sudah setahun menyertai parti itu. Mus pula berkata hatinya tergerak untuk menyertai parti itu kerana kredibiliti Umno yang sudah terbukti dalam mentadbir dan memajukan negara berbanding janji-janji kosong pembangkang.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik lain. Kalau ada pun, saya hanya terlibat dalam program dan acara anjuran Barisan Nasional dan Umno sebagai penghibur.

“Saya berasa yakin dengan kepimpinan parti ini. Bagi saya Malaysia semakin maju kerana usaha Umno. Tiada jaminan bersama parti-parti lain kerana tiada bukti pun pembangkang dapat melakukan perubahan dan membawa kemajuan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyangkal dakwaan kononnya penyertaan golongan artis secara beramai-ramai ke dalam Umno adalah agenda parti untuk mengambil kesempatan bagi mempengaruhi masyarakat.

“Bukan dasar kita untuk mengambil kesempatan ke atas golongan artis. Kita tidak menggunakan artis tetapi penyertaan mereka adalah atas kesedaran masing-masing

 “Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.

Sehingga Selasa, penyertaan ketiga-tiga penyanyi itu menjadikan jumlah artis yang mendaftarkan sebagai ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang sebanyak 43 orang.

Antara artis yang terlebih dahulu menyertai termasuklah Tan Sri Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Radhi (OAG).

mStar