"Di
kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin UMNO kanan,
anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen BN yang cuba melepaskan
diri daripada ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas di
hadapan mereka."
Mana ada, tak dengar pun...karut-marut dan tidak masuk akal.
Benarkah wujud gerakan untuk menyingkirkan Najib sedang
berlaku dalam UMNO?
Siapa yang akan lakukan lakukan? Berani mereka berbuat
demikian dan apakah sanggup mereka berkorban pangkat, kedudukan dan
keistimewaan?
Tidak mungkin akan ada gerakan singkir Najib dari dalam UMNO sendiri. Dari luar perkara biasa, malah dari luar negara pun!
Lagipun amat meragukan jika ada pihak akan melakukan
sedemikian dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) langsung tidak
menjejaskan UMNO.
Jangan percaya dengan laporan media asing. Percayakan
dengan cakap pemimpin UMNO dan kerajaan agar tidak terpengaruh, termasuk dalam
isu membabitkan 1MDB.
Pemimpin UMNO lebih tahu. Yang dari luar itu ‘putar-belit’
dan sengaja mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.
Ada pihak meramalkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman
(DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa
disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dikatakan juga, di kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin dan ahli UMNO kanan, anggota-anggota Kabinet dan pemimpin
parti komponen Barisan Nasional.
Mereka cuba melepaskan diri daripada kemelut kepimpinan
dan parti akibat ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas
di harapan mereka.
Ini berikutan pengumuman bekas Perdana Menteri mengumumkan
penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan
menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli veteran Umno
akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu di mana penubuhan parti
itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang
sedia ada.
Kelmarin (23 Julai 2016), akhbar South China Morning Post (SCMP)
mengatakan beberapa menteri Kabinet serta mereka yang berada pada kepimpinan
tinggi sedang melakukan gerakan menyingkir Najib.
Mereka dikatakan akan bersama pembangkang selepas
pendedahan DOJ Amerika Syarikat Rabu lalu untuk merampas harta yang dikaitkan
dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.
“Saya tidak kata semuanya, tetapi Majlis Tertinggi UMNO
akan tetap menyokong Najib, kata sumber dalaman UMNO.
Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah dipetik oleh akhbar itu
menyebut, Umno dalam keadaan gundah-gulana. “Beberapa pemimpin kanan parti itu
telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan
yang sama.
Laporan memetik Firdaus sebagai berkata, para
pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan Dr Mahathir.
Malaysia Dateline, portal rasmi AMANAH yang turut memetik
SCMP, bagaimanapun tidak membuat sebarang ulasan.
Pada Khamis lalu,Najib berkata kerajaan memberitahu ia akan
bekerjasama dengan AS dalam siasatan, tetapi menegaskan bahawa agensi kawal
selia tempatan telah menjelaskan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang
salah laku dalam kes 1MDB.
Pada Rabu, DOJ memfailkan saman sivil untuk mengambil tindakan
undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion)
berkaitan 1MDB.
Seorang individu yang dinamakan dalam aduan rasmi oleh pendakwa raya AS adalah Riza Aziz yang juga anak tiri Najib. Nama-nama lain dikaitkan dalam saman itu termasuk ahli perniagaan terkemuka negara, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai 'Jho Low'.
Seorang individu yang dinamakan dalam aduan rasmi oleh pendakwa raya AS adalah Riza Aziz yang juga anak tiri Najib. Nama-nama lain dikaitkan dalam saman itu termasuk ahli perniagaan terkemuka negara, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai 'Jho Low'.
SCMP turut memetik kenyataan bekas menteri
persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi
ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.
“(Ahli UMNO) jenis malu-malu (timid). Ia akan berlaku tetapi
perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan
kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee (gambar atas) hari ini menganggap laporan kononnya pemimpin kanan Umno dan menteri
kabinet akan berpaling tadah berikutan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ)
Amerika ke atas aset berkaitan 1MDB sebagai karut dan tidak masuk akal.
“Ini berita karut, provokasi
dan propaganda pihak tertentu untuk mengabui mata rakyat khususnya ahli-ahli
UMNO di peringkat akar umbi,” tulisnya dalam blog hari ini.
Beliau juga menyifatkan
dakwaan ada kalangan pemimpin UMNO ‘telah berbincang’ dengan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai amat meragukan dan menafikan bahawa
skandal 1MDB telah melemahkan UMNO.
Syed Ali menggesa ahli-ahli parti tidak terpedaya dengan
laporan South China Morning Post mengenai perkara itu dan menaruh keyakinan
bersama pemimpin mereka.
Satu himpunan yang
dijadual berlangsung pada 30 Julai ini, yang dilihat desakan untuk menyuruh
Najib turun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata,
undang-undang negara ini membenarkan rakyat berhimpun secara aman tetapi ia
perlu mematuhi peraturan selagi jika ia tidak melanggar undang-undang.
Katanya pada Jumaat, polis akan membantu mempermudahkan perhimpunan bantahan
terhadap perdana menteri oleh rakyat tetapi katanya, negara ini ada undang-undang, “PDRM melaksanakan
undang-undang, kalau undang-undang memberi hak untuk berkumpul secara aman
dengan memenuhi syarat-syarat ditetapkan, kita PDRM tiada masalah. Kalau ikut
peraturan, kita akan bantu (memudahkan perhimpunan), tetapi jangan pula dia
(pembangkang) kata tidak mahu ikut peraturan,” katanya.
Pakatan Harapan mahu mengadakan protes pada akhir bulan
ini jika Perdana Menteri gagal memenuhi tiga tuntutan mereka, susulan saman DOJ
itu.
Tuntutan pertama ialah Najib perlu mengambil cuti sebagai
perdana menteri dengan segera kerana wujud persepsi beliau mempunyai kuasa dan
pengaruh ke atas agensi utama kerajaan, termasuk Pejabat Peguam Negara, polis
dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tuntutan kedua ialah Kabinet perlu menasihatkan Yang
di-Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terdiri daripada
individu tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terbabit dalam isu itu.
Tuntutan terakhir ialah sidang tergempar Parlimen perlu
diadakan segera supaya Najib boleh memberi penjelasan terperinci mengenai isu
itu kepada wakil rakyat.
Sementara itu akhbar TheStraits Times Singapura pula melaporkan yang berbeza dengan mengatakan kedudukan
politik Najib tidak tergugat walaupun saman sivil Doj itu.
Ia berkata, DOJ mendakwa mengaitkan dana 1MDB,
bagaimanapun, tidak akan melemahkan pentadbiran di bawah pemerintahan Najib,
kerana beliau mempunyai kedudukan yang teguh dalam Umno dan kawalan ke atas
institusi Malaysia yang utama seperti agensi keselamatan.
Laporan The Straits Times semalam itu memetik pandangan firma penyelidikan
sebagai berkata bagaimana pembangkang di negara ini telah berpecah-belah.
"Keselamatan Najib adalah kerana penentang di
kalangan Pembangkang dan Umno tidak dapat bersama-sama untuk menyampaikan mesej
yang koheren dan alternatif boleh dipercayai," kata Pengarah Pusat
Merdeka, Ibrahim Suffian.
Dalam tempoh terdekat, tumpuan Najib adalah untuk
mengukuhkan lagi kepimpinannya di negara ini, menurut laporan itu sambil
menambah bahawa beliau dijangka meneruskan strategi 'stubborn ignorance'
berhubung kejatuhan akibat kegagalan 1MDB.
"Ia merupakan strategi sejak awal dan ia berjalan
dengan baik. Tiada sebab untuk berubah," kata seorang penyelidik kanan
daripada sebuah badan yang menyediakan khidmat nasihat dan pandangan.
Najib memulakan 1MDB sejurus selepas menjadi perdana
menteri pada April 2009 untuk melaksanakan pelaburan strategik di luar negara.
Bagaimanapun, menurut DOJ, seorang pegawai kanan kerajaan
dan ahli perniagaan yang rapat dengan Perdana Menteri menggunakan dana tersebut
sejak awal, menurut laporan itu.
Najib menafikan sebarang salah laku. Beliau menolak
liputan media antarabangsa mengenai salah urus tadbir dan dakwaan penggubahan
wang haram melalui dana 1MDB.