Friday, October 5, 2012

PAS TUNDUK KEPADA DAP YANG MAHU PERGUNAKAN GEREJA...


Elok sangatlah pakatan pembangkang ni…institusi agama digunakan untuk menegakkan ‘keadilan’ bagi tujuan politik mereka.

Kita tidak pasti sejauh mana kesannya dalam hubungan antara kaum dan agama jika institusi agama seperti gereja akan digunkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Jika PAS peralatakan Islam untuk politik, kini DAP akan pergunakan gereja untuk suara politik mereka.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam mahukan gereja menyuarakan ‘keadilan untuk semua’ – iaitu -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat.

Guan Eng kini mahu penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua".

Menurut beliau, "gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

Jika sebelum ini PAS menggunakan masjid untuk membantah dan menyebarkan fahaman politik mereka, DAP nampaknya bersedia menggunakan gereja untuk menyatakan ‘ketidakadilan’ yang bermaksud kerajaan yang ada perlu ditentang melalui institusi agama. Apakah PAS merelakan DAP berbuat demikian?

Apakah kehadiran Abdul Malik Abdul Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna. Menggambarkan bahawa pemimpin Islam di Pulau Pinang merestui hasrat DAP itu?

Juga apakah pemimpin PAS di Pulau Pinang sudah sanggup bersekongkol dengan gereja untuk membantah mengenai ‘ketidakadilan’ di negera ini?