"Juga tidak diketahui sama ada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pasukan komunikasi kerajaan kini benar-benar bergerak sebagai satu pasukan atau oleh individu tertentu sahaja."
Sebelum
piihan raya umum ke-14. Pakatan Harapan sudah pastinya dapat mengagak apa
kemusnahan yang diakibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Selain
isu 1Malaysia Development Berhad, berbagai projek mega termasuk Kereta Api Berkelajuan
Tinggi (HSR), Projek Laluan Rel Pantai
Timur (ECRL), MRT3 dan
sebagainya, isu paling penting untuk diatasi ialah rasuah dan hutang negara.
Sementara
isu-isu membabitkan rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, bantuan-bantuan
berskala dan lain-lain disamping isu PTPTN dan tuntutan golongan muda walaupun
nampak mudah, juga memerlukan peruntukan besar.
Jika
tidak tahu atau mencongak mengenai kemusnahan itu, pastinya PH tidak berani
membuat berbagai janji untuk mengemukakan banyak perkara dalam manifestonya
10:100.
Namun
kini?
Selepas
menang, PH mempunyai tanggungjawab besar untuk melayan dan memenuhi tuntutan
rakyat.
Politik boleh juga ditafsirkan sebagai usaha mengurus dan memenangi hati rakyat melalui perjuangan sesebuah kumpulan atau parti.
Rakyat
menyokong di atas kepercayaan kerajaan PH akan mampu membaiki kerosakan, apa
lagi kerajaan PH sebelum ini berjanji
kepada rakyat mereka akan mempunyai kehidupan lebih baik berbanding sebelum
ini.
Rakyat
tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka tidak ambil peduli mengenai
penubuhan Pusat Governans,
Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) semalam bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti
berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah di negara ini.
Yang penting bari mereka ialah kemudahan dan faedah yang rapat dengan diri dan kehidupan seharian mereka disempurnakan oleh kerajaan yang memerintah. Pastinya ketika ini ialah PH.
Namun
kini, seakan tergambar bahawa walaupun PH berikrar untuk memenuhi 10 janji itu
dalam 100 hari, malangnya ia tidak begitu mudah untuk disempurnakan.
Mungkin
bagi rakyat yang sabar boleh menunggu janji-janji dilaksanakan. Namun,
bagaimana dengan rakyat yang menyokong
PH dan tidak sabar?
Api
kritikan dan kemarahan yang membara itu disimbah pula dengan ‘petrol’ oleh
Barisan Nasional/UMNO yang kini sedang memantau dan membangkang.
Ditambah
dengan cybertrooper BN/UMNO yang sememangnya menunggu masa dan peluang untuk
mengkritik balik PH dan kedudukan menjadi semakin mencabar.
Di
kalangan menteri dan pemimpin baru yang dilantik pula, ramai yang belum
berpengalaman untuk membantu Perdana Menteri mengurus dan mengatasi serangan ini.
Yang
berpengalaman sejauh ini ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin, namun beliau dilihat terhad
kepada kementeriannya semata-mata.
Persoalan
sekarang, selain tangkapan dan siasatan, bagaimana pula mengenai Reformasi Institusi
Kerajaan yang belum jelas arah tujunya?
Dalam soal ini selain tekanan terhadap isu melibatkan rakyat, kita
tidak mahu ada masalah pelantikan jawatan penting kerajaan, apalagi jika ia memerlukan sokongan Istana
Negara untuk melaksanakannya.
Dalam semua perkara ini peranan pasukan komunikasi kerajaan juga perlu berfungsi dengan
baik.
Sama
ada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pasukan komunikasi kerajaan sudah
bersedia untuk ‘ bertahan’ atau ‘menyerang’
tidak diketahui.
Juga
tidak diketahui sama ada pasukan komunikasi kerajaan ketika ini benar-benar
bergerak sebagai satu pasukan atau oleh
individu tertentu sahaja?
Pada
era membangkang, pasukan komunikasi PH biarpun tidak berpasukan, ia tidak menampakkan
‘kekurangan’ apa-apa. Tetapi kini, era sudah berubah dan apabila menjadi
pemerintah, peranan mereka berlainan sama sekali.
Yang
nyata, media juga kini bebas menyiarkan
berita kritikan terhadap kerajaan – sama ada di akhbar atau tv dan media
sosial.
Jadi
jika berlaku kekurangan dalam mengawal selia isu ini dengan baik, tiada siapa
boleh dipersalahkan. Ia kelemahan PH sendiri.
PH
mahukan kebebasan semua perkara. Jadi tanggunglah sendiri jika kritikan
berpasukan dan bertali-arus daripada pembangkang boleh berbuat apa sahaja kini.
Memanglah
PH sedang berusaha untuk tunaikan janji-janjinya dalam tempoh 100 hari tetapi
tidakkah semua ini terus menekan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?
Sewajarnya
di usia sebegini, beliau dapat mentadbir negara tanpa tekanan dan desakan.
Namun apakah daya, pasukannya jelas tidak semua yang ‘bijak dan mampu’
membantunya.
Mungkin
kerana tertekan dan sukar mencari jalan keluar daripada tekanan sedemikian,
Dr
Mahathir terpaksa mengakui bahawa kerajaan mungkin mengambil lebih 100 hari
bagi memenuhi 10 janji manifesto pilihan raya PH.
Kini
Pengerusi Pakatan Harapan itu terpaksa mengakui janji-janji itu dibuat
berdasarkan pengetahuan yang sedikit tentang keadaan sebenar negara.
Dengan
kenyataan itu menunjukkan bahawa gabungan itu tidak tahu tahap kerosakan
sebenar yang sudah berlaku.
Yang
diharapkan ialah penyokong dan rakyat amnya boleh memahami betapa sukarnya
untuk mentadbir negara yang sudah rosak.
Malah,
pengumuman oleh Menteri Kewangan Lim
Guan Eng bahawa kerajaan akan menangguh
5 daripada 10 janji dalam manifesto PH membuka ruang untuk kritikan yang
semakin melebar.
Lima janji yang
ditangguh itu adalah, subsidi petrol untuk kereta dan motosikal bersasaran,
sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk suri rumah, gaji minimum lebih
tinggi, penangguhan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi
Nasional, dan pengembangan skim kesihatan kerajaan Selangor ke peringkat
nasional.
Kita hanya mampu berdoa
agar semuanya diselesaikan dengan baik dan segera.
Namun yang pasti
ketidakpuasan hati rakyat semakin melebar jika semuanya ditangguhkan.
Dengan adanya kritikan pedas
dan perbuatan ‘menangguk di air keruh’ oleh pembangkang dan pasukan
cyberteoopernya, keadaan mungkin akan menjadi lebih tidak menentu!