"Bolehkah digunakan SD Augustin ini bagi 'membersihkan nama Perdana Menteri' selain menutup persoalan mengenai wang 1MDB yang hilang, hutang 1MDB yang terpaksa dibayar dan juga mungkin berkaitan dana RM2.6 bilion itu?"
Selepas membaca beberapa siri penulisan Raja Petra
Kamarudin yang mendedahkan kononnya ‘skandal Tan Sri Muhyiddin dengan isteri
peguam’, semakin jelas hala tuju sebenar penulisnya.
Apa pun kita perhatikan dahulu asas faktanya:
1. Kononnya skandal ini bermula ketika Muhyiddin
menjadi Menteri Besar Johor.
2. Skandal berterusan tetapi tidak jelas apakah
sehingga sekarang?
3. Kenapa isu yang sudah lapuk itu baru sekarang nak ‘dibomkan’?. Wanita itu kini pun dah bergelar ‘nyonya’.
4. Jika ada masalah rumah tangga antara peguam dan
isterinya, apakah selepas begitu lama, faktor Muhyiddin masih punca utamanya?
5. Apa tujuan terus menerus mengaitkan kononnya
isteri Muhyiddin tahu...untuk goncangkan rumah tangganya? Meruntuhkan sebuah masjid?
6. Kalaupun ada ‘kesalahan’, ia sudah lama berlalu.
Pasti Muhyiddin sudah insaf. Jika dia sudah bertaubat dan taubatnya diterima,
apa hukumnya terhadap mereka yang terus memfitnah dan menyebabkan ‘aibnya’?
7. Apakah ini modal terbaik mempertahankan Perdana
Menteri daripada diserang dalam isu 1MDB? Tidakkah ini akan menarik simpati
terhadap Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad;
8. Baik sangatkan pemimpin negara dan UMNO lain?
Tidak ada skandal seks atau dengan isteri orang waktu muda-muda dulu? Tidak
perlu dedah, rakyat tahu siapa baik dan siapa sebenarnya ‘kaki betina’! Orang
Melayu khususnya tidak mudah lupa dengan kes-kes perkahwinan melalui ‘tebus
talak’ dan sewaktu dengannya.
Raja Petra semalam menyiarkan dokumen akaun bersumpah
(SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Malaysiakini, kata lelaki dikenali sebagai
Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan
dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi Menteri Besar Johor.
1. Muhyiddin menjadi
Menteri Besar Johor yang ke 13 antara 12 Ogos 1986 dan 13 Mei 1995.
Ini kes kira-kira 20 tahun dahulu dan jika ia berterusan
sehingga Muhyiddin jadi Menteri Pertanian (seperti didakwa Raja Petra sebelum
ini), Muhyiddin menjadi Menteri Belia dan Sukan (Mei 1995 – 10 November 1999),
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (6Disember 1999 – 31 Oktober
2003) dan Menteri Pertanian (31 Mac 2004 – 17 Mac 2008), bukan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang tahu tetapi Tun Abdullah Ahmad
Badawi mungkin tahu.
Persoalannya kenapa sisuami TIDAK BERTINDAK dalam tempoh
12 tahun itu? Apakah dengan membiarkan ‘skandal’ itu berterusan dan tahu Nika
dikata dibayar RM20,000 sebulan, si suami tidak menyanyangi isterinya?
Atau ada rahsia dan kepentingan lain di sebaliknya?
Juga kenapa si suami berdiam diri apabila Nika yang dikatakan
bertindak sebagai ejen sebuah syarikat berjaya mendapatkan tender untuk membina
Kompleks Sukan Kampung Pandan daripada Muhyiddin (yang didakwa diketahui oleh
Dr Mahathir)? Tumpang sekaki?
2. Persoalan juga
apakah skandal berkenaan berterusan hingga sekarang?
Bagi yang ‘celik mata dan celik hati’ bacalah SD tu
baik-baik. Sebenarnya si suami membiarkan seolah-olah bersetuju dengan perangai
dan tingkah laku isterinya.
Persoalannya juga SD Augustin itu bertarikh 7 Disember
2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung. Dah
hampir 20 tahun hubungan sulit dilakukan oleh isterinya, bukan dengan Muhyiddin
seorang tetapi juga dengan orang lain. Kenapa SD baru dibuat dan kini dibawa ke
mahkamah?
Sehingga ini Augustin menolak daripada memberikan sebarang
komen seperti yang diminta oleh Malaysiakini.
SD berkenaan sudah berusia enam bulan. Kenapa
diperkatakan sekarang? Untuk tujuan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala
Kangsar?
Hubungan dengan lelaki lain
pun ada, bukan dengan Muhyiddin seorang sahaja. Cuma kebetulan Muhyiddin orang
penting dan kerana itulah si wanita bijak ini rapat dengan Muhyiddin. Soal
hubungan lain, wallahuaklam. Kalau serah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, beliau mahukan saksi-saksi bukan sekadar tuduhan.
Malah dalam SD itu, tuduhan
ialah hubungan berterusan hingga kini. Muhyiddin sudah tidak menjawab telefon
dan wanita itu mendesak berbagai. Akhirnya untuk ‘tidak pening’, Muhyiddin
dikatakan bayar RM5 juta dan wang itu disimpan di Singapura.
Satu perkara lagi yang jelas,
si suami turut meminta ‘favour’ isterinya supaya memujuk Muhyiddin membantu
melantiknya sebagai ‘Hakim Mahkamah Tinggi’. Perguna isteri, tidak malu ker?
Muhyiddin tidak layan dan
apabila si isteri mendapat ‘Dato’ dia semakin marah, apalagi isterinya kini
dilantik pula sebagai Ahli Lembaga Penyegahan Rasuah.
Ternyata dalam SD berkenaan,
si suami pun cuba menggunakan isterinya untuk mendapatkan kedudukan dan
patutlah seperti dalam SD, perkahwinan mereka hanya bersifat ‘non-exclusive
relationship’.
3. Raja Petra terus menerus mengaitkan nama
isteri Muhyiddin seolah-olah mahu terus mengasak dan mendesak Puan Sri
melakukan sesuatu.
Kenapa mahu diganggu gugat
rumah tangga dan perkahwinan orang lain yang bahagia hanya kerana sendiri mahu ‘habuan’?
Perbuatan apakah ini?
Mulia dan sucikah mereka yang
mengupah atau membayar Raja Petra untuk melakukan perbuatan seperti ini? Apakah
Raja Petra dan yang bersubahat dengannya gembira melihat jika sesuatu berlaku
kepada rumahtangga Muhyiddin?
Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya mendakwa
isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit
bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Ini membuktikan bahawa Puan Sri berusaha mempertahankan
hubungan dengan suaminya (Muhyiddin) dan ia langkah murni yang sewajarnya
dipuji bukannya digalakkan supaya porak peranda.
Lautan mana yang tidak bergelora? Manusia mana yang
terlepas daripada membuat kesilapan? Namun dengan berkat doa dan usaha sebarang
masalah boleh diperbetulkan.
Kerana itu saya katakan di atas, kalaupun benar ada ‘kesalahan’, ia sudah lama
berlalu. Pasti Muhyiddin sudah insaf. Jika dia sudah bertaubat dan taubatnya
diterima, apa hukumnya terhadap mereka yang terus memfitnah dan menyebabkan ‘aibnya’?
Bersandarkan SD berkenaan Raja Petra berkata disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan
dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang
dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu
untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.
"Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat
berdasarkan pengakuan wanita terbabit. Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan
hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan
isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.
"Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan
namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain," kata
Raja Petra.
Tidak perlu menjawab melalui SD. Tak payah layan. Baik biarkan saja, itu pendapat mereka yang rapat dengan Muhyiddin
Tidak perlu menjawab melalui SD. Tak payah layan. Baik biarkan saja, itu pendapat mereka yang rapat dengan Muhyiddin
4. Raja Petra berusaha agar Muhyiddin menyatakan hubungan
itu ‘ya’ atau ‘tidak’? Ok, kalau ya, apakah dosa (kalau benar) lalu Muhyiddin itu boleh
dijadikan asas untuk ‘mencedera’ kan beliau sambil merosakkan gerakan Deklarasi Rakyat dan Kempen
Anti-Najib (ANC) ketika ini?
Bolehkan kesalahan lalu itu akan turut mencemarkan nama
Dr Mahathir yang memperjuangkan isu rakyat?
Baca apa yang ditulis oleh Raja Petra melalui MUHYIDDIN MUST SUE TO PROVE HIS INNOCENCE ini yang terang-terang mengaitkan kes Muhyiddin dengan
ANC dan PRK berkenaan.
“But whatever it may be, Muhyiddin must sue. He cannot not sue. If Muhyiddin does not sue then
the allegation is true and he has not been slandered. The ball is now in
Muhyiddin’s court. Sue or be damned forever as not just a philanderer but a
liar to boot.
And this is the man Tun Dr Mahathir Mohamad and the ANC wants
as the proxy Prime Minister once they manage to oust Najib? Let us see tomorrow
whether the voters in Kuala Kangsar and Sungai Besar are going to agree,
especially when the purpose for appointing Muhyiddin the proxy Prime Minister
is so that Mukhriz can become the Deputy Prime Minister.”
Persoalan besar ialah, apakah ini modal terbaik
mempertahankan Perdana Menteri daripada diserang dalam isu 1MDB dan memenangkan
Barisan Nasional? Tidakkah ini akan menarik simpati terhadap Muhyiddin dan Tun
Dr Mahathir Mohamad?
Seterus, melalui tajuk MUHYIDDIN MUST SUE TO PROVE HISINNOCENCE, Raja Petra berkata : “Since Najib has to prove he did not steal RM42 billion and
probably even more than RM50 billion of the taxpayers’ money, Muhyiddin must
also prove he did not have an affair with another man’s wife.
Same rules, same standards!
Probably we can start with Muhyiddin showing us a copy of the
Statutory Declaration. Muhyiddin, show us a copy of that SD and prove that your
name is not mentioned in that SD. The SD that I saw clearly stated your name.
If you have a copy of that SD then show it to us and prove that your name is
not mentioned in it.
Why so difficult? Why just deny? If Najib denies you will not
believe. If Arul Kanda denies you will not believe. If 1MDB denies you will not
believe. So stop denying and just show us a copy of that SD and prove that your
name is not mentioned in that SD.”
Seperti disebut di atas, nama Muhyiddin disebut dalam SD
dan perlukah dilayan dengan SD juga? Bukanlah jawapan kepada persoalan yang
ditanya oleh Raja Petra sebahagianya dijawab melalui SD si suami yang tahu dan benarkan
isterinya bermesra dengan lelaki lain?
Ketawalah sepuas-puasnya dahlu takut-takut nanti anda tidak mendapat ketawa yang terakhir.... |
Yang penting, bolehkah kita gunakan SD ini bagi 'membersihkan nama Perdana Menteri' selain menutup persoalan
mengenai wang 1MDB yang hilang, hutang 1MDB yang terpaksa dibayar dan juga
mungkin berkaitan dana RM2.6 bilion itu?
5. Persoalannya, baik sangatkan pemimpin negara dan UMNO
lain yang cuba dibela oleh Raja Petra itu?
Tidak adakah skandal seks atau seks dengan isteri orang
waktu muda-muda dulu di kalangan pemimpin UMNO?
Kalau mahu sebut isu Tan Sri Rahim Thamby Chik, keputusan
mahkamah sudah diketahui. Tan Sri Muhammad Mohd Taib tidak skandal, dia
berkahwin. Suci, noktah. Yang lain?
Jangan main terjah, nanti terbuka pekong lebih besar malu
sendiri. Ramai masih ingat kes di Port Dickson membabitkan orang politik. Ingat orang UMNO tak tahu?
Orang Malaysia baik-baik kerana agama Islam melarang mendedahkan aib orang dan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini pun baik-baik dan bijak. Tak apalah, usah diungkitkan apabila mereka menyorokkan sampah di bawah permaidi. Yang di atasnya tetap nampak berseri.
Orang Malaysia baik-baik kerana agama Islam melarang mendedahkan aib orang dan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini pun baik-baik dan bijak. Tak apalah, usah diungkitkan apabila mereka menyorokkan sampah di bawah permaidi. Yang di atasnya tetap nampak berseri.
Dengan kata lain, tidak perlu dedah.
Rakyat dan ahli UMNO, termasuk pemimpin UMNO tahu siapa
baik dan siapa sebenarnya ‘kaki betina’!
Juga siapa perasuah dan siapaya yang pernah dihukum
kerana rasuah boleh menjadi pemimpin besar dalam kerajaan.
Orang Melayu khususnya dalam kalangan UMNO juga tidak
mudah lupa dengan kes-kes perkahwinan melalui ‘tebus talak’ dan sewaktu
dengannya.
Raja Petra jangan berlebih-lebih. Bimbang tepuk air di
dulang, terpercik pula ke muka tuan Raja Petra yang duduk di sebelahnya.
Untuk pemimpin baru UMNO, belajarlah daripada kes Muhyiddin
ini.
Kepada Muhyiddin, kita
hanya sekelumit insan yang terlalu kecil. Reda dan terus beristifar.