Tuesday, April 20, 2010

HENTIKAN FITNAH MEMFITNAH!


Fitnah lebih kejam daripada membunuh!

Kini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut dikaitkan dengan minum arak pada satu majlis.

Sudah ada di blog proPAS gambar seperti di atas.
Bebaskanlah Datuk Zaid Ibrahim daripada tuduhan beliau ‘kaki botol’ tegar. Kempen seperti ini tidak akan ke mana-mana dan akan merugikan Barisan Nasional (BN), percayalah.
Walaupun saya antara yang terawal mempersoalkan apakah Zaid masih ‘pewain tegar’ – itupun kerana ada laman web proPAS yang mengatakan mereka tidak mahu turun padang kerana faktor diri Zaid – saya tidak perlu menerusakannya lagi.
Ini kerana ‘pembunuhan watak’ akan merugikan BN sendiri. Dan apabila Zaid mengatakan beliau sudah insaf, cukuplah!
Percayalah, banyak isu lain yang boleh ‘memenangkan BN’ tetapi bukan melalui taktik gambar superimpose dan sebagainya.

Jangan terikut-ikut dengan kempen jahat pembangkang. Sedarkan bahawa kempen cara sedemikian, walaupun menang tidak akan diredhai Allah, lebih-lebih lagi jika memburukkan sesame manusia.

Saya masih ingat bagaimana kempen buruk pembangkang – pembunuhan watak - terhadap Datuk Wan Farid pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Februari 2009 yang kononnya beliau kaki karaoke dan berkaraoke dengan seorang wanita muda.

Menyiarkan gambar beliau kononnya berkaraoke itu adalah perbuatan yang memang jahat dan tidak beretika.

Apakah UMNO dan BN mahu teruskan kempen memburuk-burukkan Zaid sedemikian?

Kesannya nanti terpercik ke muka sendiri dan fitnah akan dibalas dengan fitnah.
Kini memburukkan keadaan apabila disiarkan pula gambar-gambar yang mengaitkan arak dan beer dengan pemimpin UMNO.

Malah ada yang sanggup menyiarkan gambar kononnya isteri kepada menteri turut minum arak. Apa akan jadi selepas ini?

Menurut Malaysiakini, dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.

Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malam dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Malaysiakini melaporkan perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter. "Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.

Gara-gara serang menyerang, mereka yang ada di dalam gambar terpaksa pula menjawab dan menangkis serangan berkenaan. Bukankah kerja seperti ini membuang masa?

Selain itu dedah-mendedahini akan membawa kesan buruk kepada semua pemimpin kita sama ada kerajaan atau pembangkang akhirnya?

ANWAR & PKR – ADA APA DENGANMU?

Bahagian Pertama

Saya masih hairan dan tertanya-tanya apakah punca orang yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meninggalkan beliau?

Apakah mereka ini tinggalkan Anwar kerana duit dan pangkat? Apakah itu sebenar punca seperti didakwa sesetengah pihak?

Apakah dengan meninggalkan PKR, mereka mendapat kedudukan tinggi, wang ringgit dan terbela?

Atau apakah Anwar sudah tidak mampu ‘membela’ mereka?

Semalam, Dr Halili Rahmat - pakar bedah saraf dan rapat dengan Anwar kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu - mengisytiharkan dirinya keluar PKR.

Dr Halili yang juga bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Hulu Selangor sebelum ini disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Anwar sebaliknya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Seperti biasa, Dr Halili diserang habis-habisan. Soal peribadi ditelanjangkan dan usaha menafikan ‘kebenaran’ beliau keluar PKR ditonjolkan begitu tersusun seolah-olah menggambarkan beliau kecewa kerana Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim.
Hakikatnya, yang memaling muka kepada Anwar bukan seorang atau dua orang. Jumlahnya ramai. Mereka terdiri daripada orang kuat, setiausaha sulit, pembantu, penyanjung, sahabat, penasihat, peguam, pejuang dan doktor.

Untuk menegakkan benang basah, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dengan angkuh menyifatkan semua itu sebagai proses penambahbaikan kepada parti tersebut.

Katanya PKR bukan sahaja tidak goyang malah bertambah kukuh dengan keputusan yang dibuat golongan tersebut yang disifatkannya sebagai 'bermasalah'.

Tindakan nama besar dalam barisan kepimpinan yang meninggalkan PKR atau menyisihkan diri diri secara senyap merupakan mereka yang terlibat ketika awal penubuhan parti tersebut lagi.

Antaranya bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar, Naib Presiden, Marina Yusuff, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), peguam Zainur Zakaria serta rakan bertahun-tahun Anwar, Datuk S. Nallakarupan.

Antara yang awal bertindak meninggalkan perjuangan PKR ialah Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Turut sama meninggalkan PKR pada tahun 2004 ialah bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.

Selain itu Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir juga bekas Bendahari Agung PKR yang pernah mencatatkan kejutan apabila menawarkan diri bertanding Presiden PKR, Abdul Rahman Osman turut bertindak meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS.

Tentunya yang paling mendapat perhatian ialah ialah tindakan bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, yang keluar daripada PKR pada tahun 2007. Beliau diketahui antara yang paling rapat dengan Anwar.

Beliau kemudian memohon memasuki UMNO bersama beberapa pimpinan PKR di peringkat negeri termasuk bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Yang lain ialah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada Februari tahun lalu. Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral.

Terbaru di kalangan ADUN PKR meninggalkan PKR ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Pada April 2009, ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meninggalkan PKR.

Orang harapan Anwar di Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew turut keluar PKR.

Melihat kepada perkembangan itu, ada apa sebenarnya dengan Anwar atau parti yang beliau nasihati – Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Kenapakah mereka yang rapat dengan Anwar ini berani mengambil keputusan besar kerana jika terus berada dalam PKR, mereka akan terus disanjung.

Orang seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari parti itu pada 12 Februari 2010, diikuti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pada 1 Mac dan kemudiannya Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri pada 3 Mac tidak mengendahkan itu semua.

Walaupun dituduh mereka mementingkan diri, mereka sebenarnya tidak hairan dengan itu semua.

Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang pernah membela Anwar pun dipecat daripada parti itu pada 6 Mac lalu?

Apakah benar puncanya kerana Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian?

Kini persoalannya ialah dengan barisan besar meninggalkan PKR yang kini menjadi ‘sampah besar’ dengan keluarnya orang seperti Ezam, Dr Chandra, Nalakarupan, Zahrain, Zulkifli dan ramai lagi – benarkah ia proses pembersihan dalam PKR?

Berapa ramai lagikah yang mahu menyertai kumpulan sampah dalam PKR dan bakal dibuang atau akan ramaikah kalangan mereka yang akan membuang diri mereka daripada PKR?

Kepada yang membuangkan diri mereka daripada PKR, betulkah mereka sampah atau PKR itu sebenarnya sampah?

Bahagian Kedua – Apa kata mereka mengenai Anwar & PKR

NAJIB TELAN KENTOT & AIR LIUR OBAMA?


Dalam tempoh 40 minit sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak Najib dikatakan bersedia menelan kentot dan air liur Barrack Obama. Malah Najib dikatakan sudah ‘dijerat ke lubang biawak’.

Betulkah demikian? Bukan seorang tetapi rangkaian blog PAS kini sedang menyebarkan ulasan seperti ini.

Pemergian Najib ke Washington baru-baru ini mengundang beberapa persoalan yang kini dimainkan dengan ligatnya untuk memburukkan Malaysia dan Najib sendiri.

Usaha diplomasi Malaysia diperkecil dan Najib pula digambarkan sebagai pemimpin Islam yang sanggup tunduk kepada kemahuan Washington.

Persoalan itu termasuklah:

1. Najib sebagai pemimpin sebuah negara yang merdeka, seorang pemimpin negara umat Islam terpaksa menelan kentut Obama apabila dicucuk hidung oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kerana tunduk dengan tekanan Obama terhadap Najib dalam isu nuklear Iran;

2. Guna khidmat Yahudi Apco Worldwide yang berbayar sebanyak RM77juta untuk mengadap Obama;

3. Najib ikut nasihat Obama supaya berpihak kepada puak-puak Yahudi yang melampau di Palestine selain beramal dengan wirid-wirid US-Zionis;

4. Kerajaan Malaysia yang dilihat bacul dalam menentukan pendirian terhadap program nuklear kerajaan Iran apabila Duta Malaysia ke Qatar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah dilantik sebagai Gabenor baru ke Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Fabruari lalu setelah memecat Datuk Mohd Arshad M. Hussain yang telah berkhidmat sebagai duta selama 30 tahun:

5. Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, Najib secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu. Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC sepatutnya menjadi pembela diatas sikap rakus dan berat sebelah kuasa barat yang didalangi Amerika Syarikat;

6. Mengarahkan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.

Amat jelas bahawa sekembalinya Najib ke tanah air, beliau perlu pula menjawab kepada rakyat apa dilakukannya di Washington dan kenapa beliau bertindak sedemikian.

Baca entri berikut daripada sebuah blog proPAS:

Mulut Najib dah berbau Kentut Obama

Oleh Ustaz Saiful Bahari

Media pengampu dan propaganda UMNO-BN dah beberapa hari berkokok tetang betapa hebat dah gahnya Najib sebagai PM Malaysia yang bertemu mata dengan Obama, Presiden US. Berita Harian melapurkan (Jumaat 16April) “Malaysia dan Amerika Syarikat akan melakukan kerjasama untuk memulihkan imej Islam”.

Star (13 April) melapurkan “ Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat maju setapak lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pertama kali mengadakan pertemuan dua hala di sini semalam.” Rais Yatim menyebut sebagai ianya pembuka vista baru.

Utusan Malaysia, macam biasalah. Rapat kelangit mengampunya : “Presiden Barack Obama difahamkan akan meminta nasihat Kuala Lumpur dalam usaha memperbaiki hubungan AS dengan negara-negara Islam seperti mana sikap keterbukaan terhadap dunia Islam yang dinyatakannya ketika berada di Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis membayangkan “ pertemuan atas jemputan Obama itu sebagai Perubahan agak mendadak... cara AS melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju dan contoh kepada negara Islam lain. Semestinya kerajaan menimbang 'mengkaji' hubungan dengan AS. Perkembangan tersebut amat jelas apabila Malaysia, yang bukan pun negara nuklear, di undang menyertai sidang kemuncak berkenaan. Sebanyak 44 pemimpin dunia dijemput mengikuti sidang kemuncak itu. Malah, jelas beliau, Najib merupakan satu-satunya pemimpin dari ASEAN dan salah seorang daripada dua pemimpin Asia yang akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama.

Perbincangan 40 minit minit sebelum bermulanya sidang kemuncak itu di Walter E. Washington Convention Center bermula dengan suasana mesra dan ikhlas dan perbincangan berkisar kepada perkara-perkara ringan sebelum kedua-dua pemimpin itu menyentuh beberapa isu besar melibatkan perdagangan dan isu nuklear, kata pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Bernama.

Kalau dok dengar lapuran media UMNO-BN memang tersengihlah kita bangga dengan PM 1 Malaysia ni.

Sedangkan hakikat sebenarnya, Malaysia dah dicucuk hidung. Macam lembu nak dijual untuk disembelih. Bukannya nak mengharapkan nasihat Malaysia tetapi sebenarnya Malaysia di arah mengadap. Meskipun bukan negara nuklear tetapi kerana untuk memenuhi kepentingan tertentu Negara Polis Amerika tersebut, Malaysia terpaksa mengadap sembah. Itupun terpaksa guna khidmat Yahudi Apco Worldwide yang berbayar sebanyak RM77juta. Nak pergi bai’ah pun kena bayar. Berbangga sakan dapat mengadap Obama. Ingatkan nak nasihat Obama supaya bertindak terhadap puak-puak Yahudi yang melampau di Palestine tetapi rupanya di arah supaya beramal dengan wirid-wirid Us-Zionis pulak. Ini dah kira telan air liur Obama lah ni.

Hari ini tembelang Najib makin terdedah. Tekanan Obama terhadap Najib agar memberi tekanan kepada Iran dalam isu nuclear. Amat memalukan apabila Najib sebagai pemimpin sebuah negera yang merdeka, seorang pemimpin negara umat Islam terpaksa menelan kentut Obama. Sebenarnya ia adalah rentetan peristiwa ketegasan dan kecekalan wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna selaku Ahli Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mewakili Malaysia, Datuk Mohd Arshad M.Hussain yang menentang resolusi terhadap Iran oleh Amerika Syarikat dan sekutunya berhubung program nuklear negaranya.

Tindakan Kerajaan Malaysia yang memanggil pulang Wakil Tetap Malaysia ke PBB untuk memberi penjelasan terhadap sokongan beliau yang membantah resolusi terhadap Iran pada 27 November yang lalu oleh Kerajaan Malaysia yang dilihat bacul dalam menentukan pendirian terhadap program nuclear kerajaan Iran yang dilihat takut kepada telunjuk Amerika Syarikat yang jelas bersikap ‘double standard’ terhadap Negara umat Islam seperti Iran, Pakistan dan Syria dalam isu pembangunan nuclear.

Untuk menunjukkan taat setia Najib kepada murabbinya itu, Duta Malaysia ke Qatar Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah dilantik sebagai Gabenor baru ke Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 feb setelah memecat Datuk Mohd Arshad M. Hussain yang telah berkhidmat sebagai duta selama 30 tahun.

Bukan setakat itu sahaja, sebaik selesai pertemuan dengan Obama, najib telah membuat kenyataan Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC sepatutnya menjadi pembela diatas sikap rakus dan berat sebelah kuasa barat yang didalangi Amerika Syarikat terhadap penindasan dan kerahan sumber kepada Negara umat Islam seluruh dunia.Iran telah beberapa kali membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas. Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini.

Beliau juga telah mengarahkan syarikat Petroliam Nasional Bhd agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.

Isu Kedua yang sentiasa dihadhamkan oleh Obama apabila melibatkan negara-negara Islam adalah isu keganasan. Label Islam dan keganasan ini diglobalisasikan dan memaksa negara didunia untuk turut sama meneruskan dasar capurtangan luar Amerika terhadap negara-negara yang dituding jarinya sebagai pengganas. Dasar meneruskan penjajahan terhadap negara-negara umat islam seperti Afghanistan, Iraq dan Palestine. Dengan segera Najib menjadi Yes men. Perdana Menteri dalam ucapannya juga berkata bahawa Malaysia akan meneruskan kerjasama Amerika Syarikat dengan negara-negara Asia Tenggara untuk membanteras keganasan termasuk oleh rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiah yang dikaitkan dengan Al Qaeda."Malahan kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dalam soal ini semakin meningkat. Saya amat berharap kerjasama ini akan berterusan," katanya.

Isu Ketiga yang semakin membusuk adalah isu FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) yang mendapat tentangan dizaman Abdullah badawi kini cuba dihidupkan kembali dizaman Najib.
Malaysia merupakan antara rakan niaga utama A.S dengan nilai perdagangan dua hala yang mencecah 50 billion dollar. Dengan jumlah pelaburan bernilai 10 billion dollar, Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dalam jumlah keseluruhan pelaburan asing di negara ini. Justeru ia bukanlah suatu perkara yang janggal sekiranya Obama akan cuba memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menjayakan hasrat A.S untuk menandatangi (FTA) yang masih di dalam proses perundingan.Menilai dari kenyataan yang pernah dilakukan oleh James R. Keith selaku duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang memmainkan peranan yang sangat besardalam usaha melakukan cengkaman ekonomi US terhadap negara ini.

Hanya dengan 40 minit para yahudi dan Nasrani ini akan menjerat Malaysia ke lubang biawaknya. Sekali terjunam kedalam lembahnya, nescaya amat sukar untuk melepaskan diri. Tetapi apa yang boleh dikata apabila wala’ pimpinan negara kepada murabbinya terlalu tinggi. Zikir-zikir yang disebut itu merupakan apa yang dihafal dari lidah Obama. Kalau dah kentut Obama dirasakan wangi oleh Najib, sedangkan kita dah loya nak termuntah… apalah upaya kita?