Satu fakta nyata, Najib tidak akan dapat ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan Dr Mahathir yang waras dan berani menentangnya.
Sejauh ini yang sering menyebut Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai ‘tua’ dan tidak layak lagi memimpin ialah pemimpin UMNO dan PAS.
Mereka berdua seperti berpakat dalam menggelarkan sedemikian, Rasanya rasanya gelaran
‘tua’ itu bukan sangat dalam konteks umur.
Sebaliknya ia lebih menyerlahkan kebimbangan pemimpin UMNO dan
PAS terhadap kemampuan kepimpinan dan pengaruh politik Dr Mahathir di alam dan luar negara.
Dengan kata lain pemimpin dua parti itu bimbang rakyat
menyokong Dr Mahathir untuk membawa ‘cahaya dan harapan baru’ bagi membawa
Malaysia ke suatu era yang berbeza dengan keadaan sekarang.
Walaupun ‘tua’ Dr Mahathir tetap diyakini mampu membawa
banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan negara ini.
Malah mereka berharap Dr Mahathir memang pada pilihan
raya akan datang dan menjadi Perdana Menteri, walau sementara.
Persoalannya, apakah Dr Mahathir tidak sedar beliau sudah
hampir mencecah usia 100 tahun atau satu abad?
Pasti jawapannya ‘ya’. Namun kenapa beliau masih
bersemangat berjuang dan mahu menundukkan kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO?
Persoalannya juga ialah, apakah rakyat dan parti yang
menyokong beliau melalui kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, DAP,
AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN?UMNO kali
tidak menyedari faktor umur Dr Mahathir itu?
Dr Mahathir sendiri sedar beliau sudah tua.
Tapi kenapa tidak dicalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu atau pemimpin senior lain tetapi lebih muda daripada Dr Mahathir untuk
mengepalai ‘perang dengan BN/UMNO’ dan kemudian menjadi Perdana Menteri?
Malah sebelum ini beliau beberapa kali menolak cadangan
memimpin PH dan menjadi calon Perdana Menteri jika PH menang pilihan raya umum
le-14 (PRU14).
Namun, yang nyata, yang lebih muda daripada beliau dalam
PH pun memang ramai yang turut layak untuk dicalonkan. Namun kesemua mereka mereka
tidak disokong ke calon Perdana Menteri, walaupun ada cadangan.
Kenapa PH tidak memilih Datuk Seri Azmin Ali, Sallehuddin
Ayob, Nurul Izzah Anwar, Mukhriz Mahathir, Husam Musa atau mungkin Rafizi Ramli
sebagai calon Perdana Menteri?
Anehnya, musuh politik lamanya yang sudah memaafkan
beliau – Datuk Seri Anwar Ibrahim – turut menonjolkan Dr Mahathir untuk
bertarung dfi barisan paling hadapan dengan Najib serta BN/UMNO.
Sebaliknya hampir
semuanya dan boleh dianggap sebagai sebulat
suara menyokong dan mencadangakan beliau msebagai calon Perdana Menteri.
Dr Mahathir dilihat sebagai faktor penyatu semua parti
dan pemimpin melalui PH, selain mampu mempengaruhi orang Melayu khususnya di
luar bandar dan kawasan FELDA supaya mengundi parti tajaan PH.
Memanglah hasil atau bukti penentu sokongan rakyat kepada
pencalonan ini akan diterjemahkan pada PRU14. Namun untuk ketika ini, yang bernai
dan sanggup menjadi ‘panglima perang yang memimpin bala tentera PH’ ialah
seorang yang berusia 93 tahun.
Persoalannya kenapa mereka begitu yakin kepadanya
walaupun sudah memasuki usia 93 tahun?
Selain rekod pencapaiannya dalam kepimpinan dan
pentadbirannya sebelum ini sangat memuaskan, beliau dilihat mampu untuk
mengemudi bahtera PH ke suatu era lebih gemilang berbanding kepimpinan Najib
Razak.
Jangan lupa beliau terlibat dalam setiap pilihan raya
sejak menjadi Perdana Menteri hingga pilihan raya 1990 dan 1999 yang begitu
kritikal.
Melihat kepada kemampuan dan sokongan begitu padu, Najib
terpaksa bermain psikologi dan ‘taktik kotor’ melalui kenyataannya terhadap Dr
Mahathir sebagai ‘Umur 93 tahun dan melalut’.
Demi mempromosi dan pertahankan dirinya untuk dilantik
semula sebagai Perdana Menteri, Najib Razak (Datuk Seri) terpaksa mengatakan Dr
Mahathir sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya dan “tidak mahu bersara”.
Katanya: “Jangan pula jadi macam seorang tu. Umur dah 93
tahun, tidak mahu bersara. Dia dah melalutlah tu,” pada satu majlis bersama
polis di ibukota semalam.
Walaupun tidak menyebut nama bekas mentornya itu, rakyat
tahu siapa Najib maksudkan.
Najib seperti tidak mahu menerima reality bahawa Dr
Mahathir hanya akan menjadi Perdana Menteri sebelum Anwar dan ‘waras’ dalam
setiap kenyataannya mengkritik Najib.
Najib terpaksa merujuk kepada faktor umur dan mengatakan
DR Mahathir seolah-olah ‘nyanyuk’ hanya demi memperlekehkan Dr Mahathir.
Hakikatnya Dr Mahathir tetap waras dan ‘tidak hilang
ingatan’ dan berani menentangnya.
Satu fakta nyata, Najib tidak akan dapat ‘duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi’ berbanding Dr Mahathir.
Berbeza dengan Dr Mahathir yang disanjungi rakyat dan
dihormati sumbangannya kepada negara, Najib terpaksa membuat rayuan yang
berbunyi: “Saudara-saudara sekalian, kita perlu sumbang kepada masa depan negara
dengan cara kita sendiri.
Jadi pulanglah ke kampung dan sokonglah kerajaan,” untuk
membolehkan beliau terus mendapat sokongan sebagai Perdana Menteri.
Di sebalik kenyataan itu, sepatutnya Najib malu dan
janggal untuk menentang bekas bosnya yang tahu semua perkara, termasuk
kelemahan mengenai dirinya.
Tidak mungkin Dr Mahathir tidak tahu mengenai peribadi
Najib kerana Perdana Menteri itu sudah berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri
itu sejak selepas pilihan raya umum 1982.
Namun Dr Mahathir hanya menyasarkan serangannya terhadap
Najib terhadap kelemahan dan kesilapannya yang begitu besar dalam mentadbir
negara.
Satu perkara lagi yang menyebabkan rakyat begitu tertarik
dengan Dr Mahathir ialah beliau sanggup memimpin PH walaupun tahu jika menang
PH terpaksa mewarisi masalah kerajaan sekarang sekiranya menang pilihan raya.
Mewarisinya bermakna perlu mengambil tanggungjawab untuk
menyelesaikan semua masalah yang disebabkan oleh Najib serta BN/UMNO.
Ini juga suatu pengorbanan.
Ini bermakna Dr Mahathir adalah panglima perang
menghadapi PRU14 dan selepasnya sebagai Perdana Menteri yang akan menyelesaikan
semua kemelut akibar perbuatan Najib dan
BN/UMNO.
Tidakkah kesediaan Dr Mahathir itu membuktikan beliau
sentiasa remaja dalam perjuangannya dan tidak melalut dalam pendekatannya
sebagai pemimpin PH demi membela rakyat?