Jelas sudah, kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.
Sebaliknya polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur
dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.
Penemuan ini diharaapkan menghapuskan pelbagai spekulasi
yang turut menghangatkan lagi isu 1MDB oleh pihak tertentu.
Tujuan mereka ialah mengaitkan kononnya ada ‘tangan ghaib’
yang cuba menutup sesuatu dalam isu 1MDB.
Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas
keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira
jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis
Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah
dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai
Samak, Hutan Melintang, Perak.
Menurutt polis, motif ini adalah berdasarkan tangkapan
seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang
menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah
dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya.
Pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di
Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC)
Bukit Aman sejak awal pagi semalam.
Penahanan individu yang juga suspek utama itu, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi
sebelum ini termasuk mengaitkan dengan 1 MDB dan pembunuhan pengasas kumpulan
perbankan Ambank.
Setakat ini polis sudah tangkap tujuh individu yang ada
kaitan dengan kes bunuh ini iaitu suspek berusia antara 22 dan 52 tahun.
Lima yang ditahan adalah suspek utama, dua lagi wanita dan
kanak-kanak, bukan saksi utama, selain memaklumkan ada lagi beberapa tangkapan
susulan akan dibuat bagi menyelesaikan siasatan.
Mengenai kereta yang ditemui di Hutan Melintang sebelum
ini, Mohmad polis percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes
bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan.
Fakta yang disebutkan di atas adalah berdasarkan kenyataan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh pagi ini.
Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum
ini ialah polis mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan
disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Berikutan
penemuan mayat itu, kluarga timbalan pendakwa raya, Kevin Morais tiba di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengecam mayat yang ditemui dalam tong
konkrit yang dibuang dalam sungai di Jalan Subang 3, pagi tadi.
Abangnya, Datuk Richard
Morais berkata, keluarganya mendapat panggilan polis pada pukul 10.30 pagi
meminta mereka ke HKL bagi ujian darah untuk DNA.
Richard yang bersama
dua lagi ahli keluarganya berada di Rumah Mayat HKL kelihatan tenang ketika
ditemui wartawan.