Tuesday, May 3, 2011

HERET ANWAR KE MAHKAMAN SYARIAH, KEMUDIAN BERSUMPAH…

Pada ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjanjikan satu lagi pendedahan baru yang akan sekali lagi menggemparkan negara minggu depan, ada pendapat mengatakan baik sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim di heret ke mahkamah syariah.

Semalam, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata lafaz sumpah laknat yang dilakukan Eskay itu akan lebih bermakna jika pertuduhan ke atas Ketua Pembangkang berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China difailkan di Mahkamah Syariah.

Eskay bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi mengenai Anwar.

Ketua Pembangkang itu kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.

Bagi Harussani, :“Sumpah itu tidak akan membawa sebarang makna jika pertuduhan tidak dibawa ke Mahkamah Syariah. Sepatutnya isu ini difailkan ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilakukan."

Selepas difailkan di Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan perbicaraan dengan kedua-dua belah pihak akan bersumpah untuk membuktikan siapa yang benar dalam hal tersebut dengan disaksikan hakim.,”

Sejauh ini beberapa ahli ulama mengatakan mahu Anwar bersumpah bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio ‘Datuk T’ sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, dekat sini Jumaat lalu bagi
membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Harussani menegaskan sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu tidak ada dalam syariat Islam.

“Bagi mana-mana pihak yang ingin mengetahui kebenarannya, maka sebaiknya perkara tersebut difailkan ke Mahkamah Syariah dan biar mahkamah yang tentukan adakah Anwar patut bersumpah atau tidak, “ kata Harussani.

Baginya, kalaupun kita desak Anwar bersumpah sekarang pun tidak ada gunanya kerana tiada sebarang desakan undang-undang yang boleh mendesak beliau berbuat demikian.

Jadi, adalah baik sekiranya mengheret Anwar sekarang ke mahkamah Syarikah sebelum pendedahan minggu depan dibuat oleh Eskay.

Pendedahan itu dikatan akan lebih menyulitkan Anwar kerana ia dikatakan mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan Negara,” demikian tegas Eskay.

Eskay mengesahkn desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.

Malah bukan sekadar itu, Eskay semakin mendapat perhatian apabila beliau menerima cabaran anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa supaya Anwar bersama dua lagi trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf.

Beliau yang berterima kasih kepada Husam, berpendapat pemimpin PAS kini sedia menerima bukti secara saintifik.

"Itu menunjukkan mereka sanggup menerima rakaman video itu sebagai bukti. Mereka juga perlu terima bukti DNA dan kaedah saintifik bagi mengenal pasti lelaki dalam video itu," ujarnya.

Eskay menegaskan, mereka bertiga sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.

Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu. Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin ‘terhebat’ pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar,” Kata Eskay.