Thursday, May 31, 2012

TOLONG AJAR NIZAR YANG KURANG AJAR CARA MINTA MAAF YANG BERCIRIKAN ORANG MALAYSIA, ISLAM

Mengaku orang Islam tetapi meminta maaf melalui perantaraan maya...
Meminta maaf melalui mesej maya bukan cara orang Malaysia.

Kita juga tidak diajar meminta maaf melalui perantaraan kerana meminta maaf hendaklah dibuat dengan turut kata yang ikhlas dan bersopan.

Dengan mengatakan: “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf,“ ini lagi ‘kurang ajar.

Cara bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat penjelasan ringkas berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin melalui laman Twitternya bukan cara orang Islam meminta maaf, apa lagi kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Malah Nizar bermain kata-kata dengan menyebut apa yang dinyatakan itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.


Nizar cuba menegakkan benang basah selepas didesak banyak pihak supaya meminta maaf kepada Baginda Sultan sebaliknya mengatakan : “Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian. Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin. Maknanya Nizar menyamakan Sultan Johor sama dengan pemimpin politik?

Ini sudah melampau dan jelas beliau bukan jenis yang tahu membezakan antara institusi politik dengan institusi Raja-Raja Melayu. Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.


Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. Kerana itu kita menyambut baik usaha Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya menerima lapan laporan berhubung perkara itu sehingga petang semalam dan siasatan akan dilakukan mengikut Akta Hasutan.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan selepas kita meneliti laporan berkenaan dan akan memajukannya kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar sentiasa menghormati undang-undang negara dan tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas. Pemuda Umno Johor meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap atau sesiapa sahaja yang menyokong perbuatan fitnah terhadap Sultan Ibrahim melalui respon dalam laman Tweeter, Facebook atau mana-mana media.

Ketuanya, Mohd Fadil Muskon berkata segala peruntukan undang-undang hendaklah digunakan dengan tegas ke atas mereka yang terlibat sebagai teladan supaya kejadian sama tidak berulang.

"Pemuda Umno Johor dengan tegas menganggap perkara ini adalah fitnah dan biadap terhadap baginda Sultan Johor. Ini adalah hasutan kepada rakyat untuk mencemuh institusi diraja keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral.

Terdahulu, Pemuda Umno Johor Baharu yang dipimpin ketuanya, Khalid Mohamed bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya ini, turut membuat laporan di balai sama berhubung isu itu.

NGO terbabit, termasuk Persatuan Pesara Kerajaan, Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa, Kelab Rakan Muda dan Persatuan SMohamad Nizar berhubung kenyataannya itu.