Saturday, March 31, 2012

PAS SEMAKIN HILANG KEYAKINAN MENANG DI JOHOR


Bagi Salahuddin Ayob (Ahli Parlimen Kubang Kerian), bertanding di Johor tidak pasti membawa kemenangan untuknya. Kalau di kekalkan di Kubang Kerian, peluangnya lebih cerah...Jika tidak memegang sebarang jawatan, masa depan politik Salahuddin akan gelap tetapi kalau pun tidak menjadi Menteri Besar Johor tetapi sebagai Ahli Parlimen, Salahuddin boleh terus 'angkat muka'.

Baru-baru ini bukan main lagi PAS mengatakan ia akan berjaya menawan Johor.

Namun, selepas Tun Daim Zainuddin mengatakan Johor akan tetapi jadi kubu kuat Barisan Nasional, pemimpin PAS menjadi takut dan tidak yakin.

Bagus juga kalau Daim turut mengatakan beberapa negeri lagi iaitu Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Perak akan dapat dikekalkan oleh BN.

Malah kalau Daim ramal Selangor, Kedah dan kemungkinan Kelantan akan dapat dikembalikan kepada BN, rasanya ramai pemimpin PAS yang makin’kecut perut’.

Malah kesan daripada kenyataan Daim itu, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub  menolak spekulasi hasratnya untuk pulang ke Johor dan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tujuannya adalah menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) di negeri selatan Semenanjung itu.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu selain beliau, pakatan pembangkang di Johor sudah mempunyai pemimpin yang boleh dikemukan kepada rakyat sebagai pilihan alternatif pada PRU akan datang.

Dengan PAS semakin kurang keyakinan, ia akan melegakan Salahuddin kerana cadangan menariknya keluar dari Kelantan akan menjadikan masa depannya tidak menentu. Bertanding di Johor tidak pasti membawa kemenangan untuknya. Kalau di kekalkan di Kubang Kerian, peluangnya lebih cerah.

Jika tidak memegang sebarang jawatan, masa depan politik Salahuddin akan gelap tetapi kalau pun tidak menjadi Menteri Besar Johor tetapi sebagai Ahli Parlimen, Salahuddin boleh terus 'angkat muka'.
 
"Soal siapa bakal Menteri Besar itu mesti diputuskan majlis kepimpinan PR di peringkat pusat selePAS kami menang. Buat masa ini, perkara ini tidak berbangkit langsung. Itu nanti kita putuskan. Yang penting, jika pengamal media yakin kita (pembangkang) boleh ambil alih, tolong kempen sama. Selepas menang, kita bincang siapa yang boleh jadi Menteri Besar," katanya semalam.

Berikutan itu Salahuddin meminta supaya kenyataan berbaur perkauman tidak dijadikan sebagai laporan berita di media massa atau alam maya kerana disifatkannya boleh mewujudkan politik tidak sihat di negeri itu.

Bercakap secara berlapit, Salahuddin mengatakan beliau akan pulang dan bertanding di Johor adalah untuk memperkukuhkan parti di peringkat negeri malah kepulanganya untuk dijadikan sebagai Menteri Besar dinafikan sekali gus bukan matlamat sebenarnya.

Apakah beliau kini tidak yakin untuk menumbangkan BN di Johor?

Menurut Salahuddin :"Sekarang tidak timbul siapa yang bakal menjadi Menteri Besar. Isu nak jadi Menteri Besar ini, saya rasa ada beberapa media di Johor yang mensensasikan, tetapi itu bukan matlamat saya balik (ke Johor)…Pakatan Rakyat (PR) di Johor sudah mempunyai barisan kepimpinan terbaik yang mahu ditawarkan kepada rakyat. PAS ada Pesuruhjaya negerinya yang dikenali umum, berpengalaman dalam akademik dan latar belakang pengalaman dalam politik iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamed,”.

Salehuddin , turut mengakui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinan bekas pemimpin MCA yang kini bersama PR iaitu Datuk Chua Jui Meng dan DAP pula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau adalah orang kuat yang yang sudah menunjukkan kemampuan hebat sebagai ketua pembangkang negeri.

Salehuddin menyifatkan kenyataan bahawa Dr Chua yang dilantik Pengerusi PKR Johor akan menjadi Menteri Besar hanya bertujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu dan mempunyai agenda tertentu.

Beliau menjelaskan budaya politik tidak sihat seperti yang diamalkan di Johor ini tidak perlu dilakukan kerana sudah jelas diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri bahawa Menteri Besar itu mestilah pemimpin Melayu beragama Islam.

Salehuddin menyatakannya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Wartawan di Johor Bahru semalam.

Walau apa juga kenyataan Salahuddin, yang jelas dan penting ialah PAS sebenarnya tidak pernah yakin mampu menawan Johor yang mempunyai pemimpin daripada kalangan UMNO yang begitu menyerlah.

Dengan barisan pemimpin Barisan Nasional seperti Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Khalid Nordin, Datuk Seri Shahril Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Ahmad Maslan, Dr Chua Soi Lek dan ramai lagi, bukan mudah untuk PAS mengintai peluang di negeri berkenaan.