Hari ini Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa kumpulan
militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) telah menyenaraikan beberapa
pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran mereka.
Apakah
kini kedudukan pemimpin kita yang dimaksudkan itu tidak selamat? Juga apakah
Malaysia kini dalam radar serangan ISIS?
Jika
demikian apa akan jadi dengan rakyat kita yang tidak berdosa?
ISIS
adalah kumpulan militan radikal yang beroperasi di Iraq dan Syria. Asal ISIS
adalah Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Iraq atau ISIS di Syria.
Apa ‘dosa’
pemimpin yang dimaksudkan hingga menjadi sasaran mereka seperti yang
dimaksudkan oleh Hishamuddin bahawa beliau telah menerima laporan mengenai
bagaimana kumpulan pengganas menyasarkan beberapa tokoh terkenal di negara ini.
"Saya mengesahkan bahawa ISIS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri,’ katanya.
"Saya mengesahkan bahawa ISIS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri,’ katanya.
Sebelum
ini ada laporan bahawa kumpulan militan ISIS bekerjasama dengan sindiket pemerdagangan
manusia untuk membawa masuk anggota militan asing ke Indonesia menerusi
Malaysia, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Ketua Agensi Anti
Keganasan Kebangsaan Indonesia, Saud Usman Nasution memberitahu ABC bahawa
anggota militan ISIS tiba di Sumatera dari Malaysia dan dibawa ke Poso,
Sulawesi Tengah.
Ia dipercayai kubu latihan
untuk kumpulan militan ISIS. "Kami melihat beberapa anggota militan asing
dari luar negara tiba di Indonesia.” kata Saud Usman.
Mereka meninggalkan
Malaysia dan berlepas ke Pekanbaru (Sumatera) menuju barat Jawa, semuanya
dengan bantuan sindiket pemerdagangan manusia.Kemudian dari Puncak mereka akan
menuju Makassar dan Poso dengan bantuan rangkaian ISIS.
Hishamuddin
menegaskan Malaysia akan memerangi keganasan, bukan sahaja di negara ini tetapi
juga di rantau ini.
"Maklumat
atau ancaman daripada ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama
Menteri-Menteri Pertahanan Asean yang diadakan di Langkawi pada Mac di mana
semua 10 negara bersetuju untuk berusaha bersama dalam memerangi
keganasan," katanya.
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa akan berusaha
mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan insiden serangan yang
berlaku di Paris.
Zahid berkata, polis menambah bilangan
anggota untuk memastikan keganasan yang mengorbankan lebih 120 nyawa di
Perancis tidak menular di sini, terutamanya menjelang sidang kemuncak Asean
bulan depan.
Beliau yang juga timbalan perdana
menteri berkata, pihak berkuasa tidak menerima sebarang maklumat mengenai
kemungkinan serangan menjelang sidang kemuncak itu tetapi menggesa orang ramai
tampil ke hadapan dengan sebarang maklumat mengenai ancaman militan.
Sementara itu
bercakap di Washinton Khamis lalu, Dr Ahmad Zahid berkata Amerika Syarikat (AS) memuji serta menyokong
inisiatif Malaysia untuk mewujudkan sebuah pusat digital serantau bagi
mengekang pengaruh dan propaganda kumpulan pelampau melalui laman media sosial.
Selain
menyatakan sokongan, negara itu juga bersetuju untuk berkongsi sistem pangkalan
data yang mempunyai maklumat kira-kira 86,000 orang yang disyaki pengganas yang
diuruskan oleh Pusat Saringan Pengganas di Washington.
Setiausaha
Negaranya, John Kerry menyatakan sokongan Washington terhadap cadangan
penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi ketika
mengadakan pertemuan dengan Dr Ahmad Zahid.
"Amerika
memberi komitmen untuk membantu (penubuhan pusat itu di Kuala Lumpur) dalam
aspek latihan, peralatan dan kaedah operasi, kata Ahmad Zahid kepada wartawan
Malaysia selepas pertemuan itu.
Pertemuan
kedua-dua pemimpin itu diadakan selepas mereka menandatangani dokumen Aturan
Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) di Jabatan Negara di Washington.
HSPD-6
adalah dokumen yang perlu ditandatangani oleh negara bagi menyertai Program
Pengecualian Visa Amerika Syarikat. Malaysia merupakan negara ke-39 berbuat
demikian.
Dr Ahmad
Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, sehingga 87 peratus daripada individu
yang terbabit dengan IS adalah melalui komunikasi media sosial.
Idea
penubuhan pusat serantau itu diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak semasa berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pembanterasan ISIL
dan Keganasan Melampau, yang dipengerusikan Presiden Barack Obama di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 29 Okt lepas.