Monday, September 13, 2010

KES SOSILAWATI - AKAN RAMAI YANG 'NAIK ANGIN'?

Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah mulanya dianggap kes biasa.

Namun, ternyata ia luar biasa. Bukan kerana kesemua mayat dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat tetapi mereka yang disyaki dalam kes ini serta komen-komen mengenainya ada yang ‘melencong’.

Laporan akhbar hujung minggu lalu mendakwa kehilangan Sosilawati Lawiya bersama tiga individu terbabit dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan itu dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu. Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar. Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Sosilawati, peguam, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dan pemandu yang dibunuh kejam di Banting.

Seperti disebut oleh anakbukitgantang, kita tidak wajar mengulas panjang kerana masih dalam siasatan polis dan boleh membawa kepada subjudis.

Apapun, kita tidak boleh menahan kemarahan seseorang atau kumpulan tertentu dalam kes ini umpamanya blog gerakanantipkr sudah naik angin dengan kes ini.

Mengulas isu ini dengan tajuk “BENARKAH AHLI BAR COUNCIL BUNUH SOSILAWATI ?”, blog ini mengulas:

pertanyaan.benarkah peguam yang jugak ahli majlis peguam iaitu dato patmanathan dan 8 orang india terlibat membunuh sosilawati dan 3 rakannya ? ini alamat lawyer pukimak anak haram pundek ni..no 51 jalan kemboja 33 off jalan sultan ahmad shah..

jika benar, memang siallah ahli bar council ni ! anjing betul korang ni ,mana pergi suara anjing2 demokrasi pas,dap pkr ! kenapa senyap syaitan ! bangsat anak haram..kalau melayu yang buat korang bising macam kes pengetua johor, tapi bila india bunuh melayu korang senyap..kepala bapak korang la anjing demokrasi...babi punya anjing demokrasi ! butoh kepala bapak korang la pakatan !

SEGERAKAN SIASATAN..INI KES BUNUH..SILA HUKUM GANTUNG PUNDEK-PUNDEK SIALAN NI , AYUH SELURUH BLOGER, KITA DESAK KERAJAAN SEGERAKAN SIASATAN DAN KEHAKIMAN...AKU SERU BLOGER BANTU PERJUANGKAN NASIB SAUDARA KITA YANG TERKORBAN !

Apapun, butiran dan identiti peguam yang bekas ahli Majlis Peguam yang ditahan polis itu , boleh didapati di sini.

Amat jelas, Tan Sri Musa Hassan yang maseh menjalankan tugas dan semua anggota PDRM yang cekap menyelesaikan kes pembunuhan tersebut perlu diberikan ucapan tahniah. Salinan video tape wawancara wakil PDRM boleh didapati di link (http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DuHQsUEtyeyk&h=9cc63).

Amat wajar jika anak bukit gantang berasa sedih kerana tragedy ini telah mula di spin/fitnah oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab apatah lagi memakai gelaran muslimah PAS (Di sini) yang mulai mengaitkannya dengan Altantuya. Apakah motif berbuat demikian? Adakah ia penyataan berpandu yang memandu minda pembaca ke arah konspirasi dan menyalahkan pemimpin parti lawan ataupun Kerajaan Persekutuan?

Tidak siapa boleh menyalahkan anakbukitgantang jika beliau tidak berpuashati dengan kenyataan Dr Lo lo. Pemimpin wanita PAS itu melalui twitter mengatakan: " Sape yg bleh lupakn kmatian altanTuya.sy kaitkn sbb mrk adalh wnita spt sy. Mrk mati dbunuh kejam dbumi msia.apa yg politiknya? "- Maaf bagi saya, yang juga seorang wanita dan ibu serta tak berpehakpon ke mana mana faction, amatlah janggal untuk menyentuh kematian Allahyarham Dato Sosilawati dengan Altantuya tanpa ada tujuan lain disebaliknya (sungguh benar kata orang politik itu cukup kotor)

anakbukit gantang turut memberikan panduan lebih jauh apabila menyebut, seorang pembaca FB yang arif dalam transaksi kewangan, Allahyarham Sosilawati telah tidak dinasehatkan oleh peguamnya penggunaan Irrevocable Conditional Bank Payment Orders bagi transaksi kewangan yang melibatkan jumlah yang besar....dan ini menimbulkan tanda tanya...

Saya menyokong anakbukitgantang iaitu kepada semua biarlah PDRM menjalankan tugas mereka...dan hormatilah perasaan kaum keluarga yang kehilangan anggota keluarga dan sumber rezeki mereka kerana semua mereka adalah penyumbang utama rezeki keluarga masing masing- Al Fatehah untuk mereka.

Selain gerakananti pkr serta anakbukitgantang, beberapa blog dan portal berita turut menyentuh isu ini.

Ini termasuk rbf, kerisputra, pengundisetiasungairapat, selangorbangkit, sudahpun menjadikan isu ini sebagai entri terbaru mereka.

Namun yang menarik juga untuk dibaca ialah laporan themalaysianinsider yang menyentuh mengenai polis yang turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Sosilawati ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu. “Kami sedang menyiasat keterangan mereka,” kata beliau pada sidang media Ibu Pejabat Daerah Banting semalam.

Mungkinkan akan ada kes lain yang akan diketahui selain pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain yang terbongkar semalam?

PERKASA BUKAN 'HANTU JEMBALANG'’

“... janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu." - Awang Selamat

Mingguan Malaysia - akhbar milik UMNO, menasihatkan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu agar “jangan melihat Perkasa sebagai hantu jembalang” sebagaimana dilihat oleh parti-parti bukan Melayu.

Akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu berkata, langkah menolak bulat-
bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar.

Dalam ruangan mingguannya Awang Selamat berkata akhbar itu mengemukakan persoalan apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

Ruangan Awang Selamat berkata, persoalan itu
dilontarkan kerana sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu.

Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kanan) Rabu lalu mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa atas alasan kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1 Malaysia.

“Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing.

“Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam,” kata Awang Selamat.

Semalam buat kali ketiga, Ibrahim mempersoalkan pendirian BN itu.

Awang Selamat menambah, dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik.

Awang Selamat menambah, langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar.

“Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.

“Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar,” kata Awang Selamat.

Awang Selamat menambah, akhirnya tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis.

“Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara.

“Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan,” katanya.

Awang Selamat juga melahirkan pendapat mirip dengan Perkasa dalam keghairana UMNO dan BN mahu mendapat sokongan bukan Melayu.

“... janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.

“Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu.

“Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi,” katanya.

Malah Awang Selamat berkata, jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa tetapi yang rugi adalah kuasa politik Melayu.

Semalam Ibrahim mencabar Tengku Adnan sama ada kenyataan beliau mengenai Perkasa baru-baru ini pandangan peribadinya atau pendirian rasmi Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Presiden Perkasa itu berkata lazimnya isu yang dibincang dan diputuskan oleh MT UMNO akan diumumkan oleh Presiden UMNO dan oleh itu, kini timbul keraguan sama ada Setiausaha Agung UMNO itu seiring dengan pendirian parti ataupun sebaliknya.

“Jika ia kenyataan peribadi, adakah ia bermakna Tengku Adnan mengatasi kedudukan Majlis Tertinggi UMNO,” kata Ibrahim Ali.

Selain Tengku Adnan, pemimpin-pemimpin UMNO dan komponen BN yang lain mempertikaikan Perkasa dan secara terbuka meluahkan ‘protes’ terhadap hala tuju perjuangannya yang dilihat akan menghakis sokongan kepada BN.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, UMNO akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Ibrahim yang dipecat dari UMNO pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (UMNO) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari UMNO.”Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

The Malaysian Insider