Sunday, February 5, 2012

BANTAH DANA RM1.5b - PKR TIDAK BELA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli. Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi…Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," - Datuk Sri Mohd Najib Razak

Skim Pembiayaan Khas Perumahan Awam adalah dasar kebajikan dan mesra rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Kita lihat dengan jelas PKR membantah kerana ia untuk pembiayaan pembelian rumah awam kos rendah. Untuk golongan berpendapatan rendah.

Kenapa bantah beria-ia? Jika golongan ini yang begitu ramai di bandar dan sesetengahnya berada dalam kelompok kemiskinan bandar, PKR tidak akan dapat mempermainkan perasaan mereka lagi apabila selesa sedikit dengan memiliki rumah.

Pada ketika PKR tidak berbuat apa-apa dan janji pun tiada untuk membantu golongan berpendapatan rendah dibandar, dasar ini dilihat akan mengancam sokongan kepada mereka.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL. Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP.

Kita pasti kerajaan bukan tidak membuat kajian mendalam mengenai kesan dasar ini termasuk krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat dan tidak timbul bank komersial tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju kerana ia jaminan kerajaan.

Apakah melaksanakan dasar yang mesra rakyat sebagai ‘untuk membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat,’ dan kenapa PKR sentiasa membantah, bukankah kerana mahu raih sokongan rakyat?

Mana lebih baik, melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat atau membantah tanpa merancang dan melakukan apa-apa untuk rakyat?

Pembangkang khususnya PKR di Bandar raya Kuala Kumpur cepat-cepat membantah cadangan itu dengan alasan melindungi kepentingan ahli KWSP.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kelamrin menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP? "Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soalnya pada sidang media kelmarin.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan:"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.”

Kerajaan kelmarin sudah memberi jaminan bahawa penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Setiap pengumuman kerajaan pasti ada bantahan oleh sesetengah pihak kerana mereka bimbang penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP akan mejejaskan wang rakyat.
Lagipun mereka melihat jika dasar ini terima baik, ia mungkin akan dilaksanakan di bandar-bandar besar lain yang akan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Pembinaan rumah melalui Yayasan Wilayah Persekutuan yang dirancang dengan teliti pastinya membimbangkan pihak-pihak tertentu dalam konteks persaingan perniagaan dan penempatan penduduk yang lebih tersusun.

Dengan menjamin penduduk yang berpendapatan rendah berada terus tinggal di dalam bandar pastinya akan menyebabkan sesetengah pihak tidak senang hati lebih-lebih lagi yang menganggap bandar hanya untuk yang berpendapatan tinggi dan kaya.

Tidak mengapakah mereka membantah kerana itu sebahagian hak rakyat untuk mengemukakan pandangan mereka tetapi dengarlah juga penjelasan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak mengenai perkara itu.

Menurut Najib, skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Ternyatakan skim mesra rakyat ini bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah tetapi tidak mempunyai simpanan atau wang yang cukup membeli rumah.

Yang penting kerajaan sudah memberi jaminan akan menggutamakan pencarum KWSP malah jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

Kerajaan turut menyatakan skim itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

Sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi.

Menyedihkan kerana PKR menganggap dana ini sebagai wang saku BN sedangkan ia bertujuan menyediakan pijaman untuk golongan berpendapatan rendah.

Wajarkah sebuah parti hanya melihat kesengsaraan dan keresahan rakyat dan mengubat kesusahan mereka hanya dengan bantahan dan cemuhan terhadap kerajaan.

Sebaliknya kerajaan BN melakukan sesuatu dengn mewujudkan dana bagi mengatasi masalah berpendapatan rendah di Bandar.

Mana lebih mulia dan ikhlas?

“Soal kepentingan KWSP sentiasa kerajaan lindungi," kata Perdana Menteri di Rhu Rendang pagi Jumaat lalu sempena lawatannya ke Terengganu untuk menyakinkan rakyat bahawa Kerajaan BN bertanggungjawab dalam perbelanjaan dana ini.