Thursday, April 5, 2012

'TOK GURU DAP' SAMAKAN BARISAN NASIONAL DENGAN FIRAUN!!!

‘Khalifah Umar Abdul Aziz’ kelmarin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional dijangka akan mengalami nasib yang sama sebagaimana kerajaan ‘Firaun’ yang akan ditenggelamkan. Jika Allah menenggelamkan kerajaan Firaun di Mesir tetapi BN akan ditenggelamkan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.



Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO sama dengan KERAJAAN FIRAUN.

Ia akan dilaknat Allah tidak lama lagi, mungkin sebelum akhir tahun ini.

‘Khalifah Umar Abdul Aziz’ kelmarin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional dijangka akan mengalami nasib yang sama sebagaimana kerajaan ‘Firaun’ yang akan ditenggelamkan.

Jika Allah menenggelamkan kerajaan Firaun di Mesir tetapi BN akan ditenggelamkan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Angkara apakah BN akan ditenggelamkan?

Menurut firasat Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, BN akan tenggelam akibat rasuah.

Kata ‘Tok Guru DAP’ itu zaman kegemilangan Firaun di Mesir hancur bukan kerana bankrup, sebaliknya rasuah.

Guan Eng mengatakannya ketika berucap pada majlis Makan Malam Dana PRU 13, anjuran PAS Kota Bharu yang bertajuk ‘Putrajaya Bermula Di Sini’, kelmarin.

Turut berucap sebagai panel Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang : “Mana-mana destinasi di dunia ini bukan sahaja di Timur Tengah, sebaliknya China, India juga hancur kerana rasuah, penyalahgunaan kuasa.

Pada masa yang sama beliau turut menempelak kerajaan BN yang mendakwa negara mempunyai hasil mahsul yang besar.

“Tak guna kalau kerajaan ada hasil mahsul yang banyak kalau ada buaya ganas, habis ditelannya,”ujarnya sambil disambut sorak hadirin.

Guan Eng bercakap seolah-olah kerajaan barisan pembangkang khususnya Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak ada rasuah dan bersih.

Mungkin kerana itu negeri-negeri berkenaan dilindungi Allah dan tidak akan ‘tempang’ pada pilihan raya akan datang.

Sedangkan Selangor bergelumang dengan pelbagai amalan rasuah termasuk isu pasir dan Pulau Pinang pula dengan isu penganugerahan kontrak berbilion ringgit tanpa melalui tender seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.

Kontroversi Bayan Mutiara belum dijawab dengan jelas dan tepat oleh Guan Eng selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Yang pasti, Guan Eng berani menggunakan perbandingan seperti ini kerana PAS sebagai sekutu kuat DAP membenarkan bukan Islam mengutuk dan memburuk-burukkan BN yang diketuai UMNO seolah-olah kerajaan yang sama tarafnya dengan Firaun.

Jelas sekali Tok Guru PAS – Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat – membenarkan Guan Eng yang bertaraf KAFIR itu berani menghukum orang Islam dalam UMNO khususnya SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGIKUT FIRAUN.  

Tidak hairan dengan tindakan ini kerana sebelum inipun, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah digelar sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM oleh pemimpin PAS sendiri sejak 1999.