Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikaitkan dengan negara
China membunuh kira-kira 10,000 orang, termasuk 5,900 anggota keselamatan,
semasa zaman Darurat dari tahun 1948 hingga 1960.
Itu belum yang terbunuh hingga akhir 1990-an apabila selepas itu PKM
dibubarkan.
Ahad lalu, bekas diplomat Malaysia, Dennis Ignatius
menimbulkan kebimbangan mengenai
keputusan parti MCA, rakan komponen UMNO dalam Barisan Nasional (BN)
kerana menghantar pemimpinnya untuk latihan kader di China.
Kebimbangan ini wajar kerana suatu ketika sebelum
hubungan agak akrab Kuala Lumpur-Beijing dijalinkan, kebimbangan kepada
pengaruh komunis begitu mendalam di kalangan rakyat dan pemimpin negara ini.
Malah, undang-undang negara seperti Undang-undang
Darurat 1948 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan penjajah British selain tahanan
melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk mereka yang disyaki
menjadi ahli atau tali barut komunis.
Masih jelas
diingatan kita bagaimana undang-undang itu membolehkan kerajaan British dan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia menahan sesiapa sahaja yang
disyaki terlibat dalam kegiatan komunis.
Melalui
penguatkuasaan undang-undang 1948 itu, pasukan keselamatan dibenar menggeledah
rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan
kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis.
Malah masih jelas diingatkan kita bekas pemimpin UMNO
seperti Tan Sri Abdullah Ahmad, Tan Sri A Samad Ismail dan Abdullah Majid pernah
ditahan pada lewat 1980-an yang dikaitkan dengan kegiatan subversif (yang menyebabkan
mereka dikaitkan sebagai ejen komunis).
Kita tidak mudah lupa bahawa ketika merdeka pada 31 Ogos
1957 darurat masih lagi berkuatkuasa.Malah ketika pembentukan Malaysia pafa 16
September 1965, komunis tetap bermaharajalela.
Kerajaan menamatkan darurat pada 31 Julai 1960, selepass menanggap ancaman komunis semakin berkurangan. Pengunduran
mereka ke sempadan utara, khususnya
sempadan Tanah Melayu-Thailand menjadikan ‘perang melawan komunis berlegar di
kawasan itu’.
Kegiatan komunis yang
berterusan di kawasan sempadan akhirnya terhenti apabila pucuk pimpinan PKM bersedia menandatangani Perjanjian Damai di
Haadyai 2 Disember 1989 melalui persetujuan tiga pihak iaitu PKM, kerajaan
Malaysia dan kerajaan Thailand.
Perjanjian bersejarah berkenaan dilihat sebagai tamatnya
episod peperangan bersenjata kerajaan Malaysia dengan komunis selama 41 tahun.
Pemimpin dan penyokong PKM dikatakan sudah mengembalikan
taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, menjunjung Parlembagaan Malaysia
selain undang-undang negara,
Itu ikrar mereka dan tiada bukti jelas sejauh mana
ketaatan itu dipenuhi!!!
Maknanya hanya baru dua dekad ke belakangan ini sahaja,
komunis tidak dianggap bahaya tetapi tetap diperhatikan pengaruhnya.
Dekad selepas merdeka hingga ke akhir 1980-an, komunis
dilihat sebagai sesuatu yanh sangat berbahaya. Pemimpin negara sering mengaitkan
komunis dengan kesatuan sekerja, tunjuk perasaan, parti politik kekirian dan
sebagainya.
Komunisme adalah sama bahayanya dengan pelampau Islam
tetapi kini nampaknya Tentera Negara Islam (IS) dianggap jauh lebih bahaya
daripada komunis.
Tun Razak (kanan) dan Mao Zedong pada 1974. |
Malah kebimbangan mengenai ‘kesan domino’ akibat pengaruh
komunis yang merebak dari China ke beberapa negara utara Malaysia seperti
Vietnam (Utara dan Selatan), Laos dan Kemboja senelu ini begitu membimbangkan
kita.
Peperangan memerangi komunis di negara ini begitu ketara,
malah ia jelas menjadi salah satu agenda negara. Filem ‘Bukit Kepong’ mnjadi
antara kayu pengukur bagaimana benci dan meluatnya rakyat Tanah Melayu dan
Malaysia kepada komunis.
Malah pada Jelajah Semarak di Kubang Pasu malam semalam,
bekas Perdana Menteri menyatakan kebimbangannya dengan ‘dasar terbuka Malaysia’
terhadap China. Negara besar itu masih mengamalkan sistem politik berteraskan
komunisme, walaupun dasar ekonomi dan perdagangannya kini lebih mirip ekonomi
bebas.
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan
kebimbangannya, ia pastinya ada asas, apa lagi kini MCA – parti orang Cina -
sebuah parti komponen BN berani pula mengadakan perjanjian dengan Parti Komunis
China (CPC),
Apa yang dibimbangi oleh Dr Mahathir turut disuarakan semalam
oleh PERKASA mengenai kemungkinan penyusupan komunisme dalam perjanjian MCA ada
kebenarannya.
PERKASA melahirkan kebimbangannya dengan tindakan MCA
yang memeterai perjanjian kerjasama dengan CPC. Tindakan itu dilihat akan
enyebabkan kemasukan masuk pengaruh dan memperluaskan ideologi komunisme.
Jangan salahkan MCA sahaja kerana sejak 2014, pada satu
majlis di Beijing, pada 13 September 2014, CPC mengakui ia memberi keutamaan kepada
hubungannya dengan UMNO, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China
dengan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah
Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC, Zhang Xuy I dilaporkan
Mingguan Malaysia bahawa keutamaan itu
jelas terbukti dalam hubungan cemerlang antara Beijing dengan Kuala Lumpur
sejak 40 tahun lalu.
"Pemimpin dari
kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan
mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor
dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia.
Jadi apa peliknya mengenai
hubungan CPC dengan MCA jika UMNO sendiri sudah memulakan langkahnya?
Menurut Zhang lagi, hubungan
rapat antara CPC dan UMNO merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang
China-Malaysia. "Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan UMNO,
yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap
dilakukan.
"Ini meningkatkan lagi
hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan UMNO
berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua
negara," tambah beliau.
Sudah pasti dalam kedudukan
sebegini, UMNO tidak akan menegur atau melarang MCA melakukannya. MCA hanya
ikut rentak UMNO dalam hubungannya dengan CPC.
“Perjanjian dan kerjasama ini tentunya akan membawa masuk
pengaruh dan memperluaskan ideologi komunisma yang amat berbahaya kepada negara,”
demikian kata PERKASA.
Hendaknya, PERKASA jangan amalkan ‘double standard’
dengan menegur MCA semata-mata kerana hubungan rapat UMNO-CPC juga sudah lama
terjalin.
Tidak perlulah PERKASA mempertikaikan MCA atau meminta
kerajaan supaya mencurigai hubungan itu kerana Putrajaya sendiri merestuinya.
Soalan “Mengapakah kerajaan membenarkan perkara begini
berlaku?” yidak lagi relevan untuk disuarakan oleh Timbalan Presiden PERKASA,
Datuk Sirajuddin H Salleh (gambar atas) kepada MCA.
Yang patut ditanya ialaah UMNO dan seluruh kepimpinannya
kerana UMNO terlebih dahulu meneroka kerjasama dengan CPC. Cuma mungkin MCA dan
CPC mengadakan perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran,
strategik, pembangunan kampung dan aspek lain.
Sirajuddin sewajarnya turut mempersoalkan jika kerajaan
telah lupa apa yang dilakukan komunis terhadap negara ini pada masa lalu.
“Lupakah pemimpin pemimpin BN, UMNO dan NGO Melayu betapa
ribuan anggota askar Melayu dan keluarga mereka yang terkorban dan menderita
bertempur di zaman darurat dahulu, dengan puak kominis yang tentunya
berkiblatkan Beijing dan Mao Zedong?” katanya semalam.
Tuduhan seperti dilakukan terhadap MCA sebagai ‘musuh
dalam selimut’ juga sepatutnya ditujukan kepada UMNO selain menggesa Wisma
Putra, pihak tentera dan polis serta NGO untuk membantah sekeras-kerasnya
tindakan UMNO dan MCA itu.
Memanglah dalam konteks hubungan negara dengan negara ia
dibuat oleh Wisma Putra tetapi bagaimana hubungan antara parti dengan parti dan
di kalangan NGO?
Jika PERKASA boleh menuntut supaya kerajaan membatalkan kerjasama
MCA-CPC ini, bagaimana pula kerjasama antara UMNO-CPC?
Mengajak Pemuda Umno, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Persatuan Bekas Perajurit dan NGO lslam lain supaya segera bangun
menentang kesekongkolan MCA-CPC ini demi masa depan negara bukan langkah bijak.
Langkah bijak sebeenarnya ialah memerangi kerjasama
UMNO-CPC selain kerjasama MCA-CPC.