Tuesday, February 28, 2012

BADROLAMIN BOHONG, 'SASAU' GUNA NAMA TENGKU MAHKOTA PAHANG



"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," - Badrolamin Bahron

Bohong dan perbuatan Badrolamin Bahron boleh menjatuhkan air muka Tengku Mahkota Pahang.

Mengaku rapat dengan  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Badrolamin Bahron kantoi lagi!

Dah dalam keadaan sedemikian masih nak menggunakan nama orang lain untuk simpati.

Yang memalukan konon rapat dengan Tengku Abdullah. Malah beliau sanggup mengatakan dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. 

Cakap pula bukan caka-cakap tetapi pada satu ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat. Semalam Badrolamin diiringi isterinya.

 Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.


Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron itu berkata kes khalwatnya dengan isteri orang mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin semalam.

Dalam keadaan yang sudah memalukan diri sendiri itu Badrolamin terus menerus menuduh UMNO kononnya ‘menyerang beliau’.

Siapa serang siapa sebenarnya. Bukankah Badrolamin ‘menyerang isteri orang’?

Hakikatnya, Tengku Abdullah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat. Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Februari lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota. Amat jelas, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrolamin adalah tidak benar sama sekali.

Memalukan dan benar-benar mengaibkan nama Tengku Mahkota.

Takkanlah Tengku Mahkota mahu campur tangan, Lagipun institusi raja di negara ini adalah pelindung kepada agama Islam. Apakah logik Tengku Mahkota mahu campurtangan dalam tindakan oleh Jabatan Agama Islam Pahanng?

Badrolamin bukan sahaja kantoi tetapi Badrolamin kini semakin sasau. Bagus juga Tan Sri Khalid Ibrahim berikan beliau bercuti.

Elok juga kalau wanita yang ditangkap bersamanya mendapat cerai selepas menuntutnya di mahkamah, dikahwinkan dengan Badrolamin.

Mungkin selepas itu dia tidak meracau lagi dan selesailah tugasnya ‘memperbetulkan masalah rumah tangga’ Zatiwani.

Tengku Abdullah dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini dan kita lihat apa perkembangan mengenai Badrolamin mengaitkan nama Tengku Mahkota dalam kes khalwatnya itu.

JUMPA BADROLAMIN UNTUK 'LARI DARI SUAMI', KINI MOHON CERAI!

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!” itulah ungkapan wanita berstatus isteri, 28 tahun, yang dihebohkan berkhalwat dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin Bahron semalam.

 Malah beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah, Rompin pada jam 9 pagi semalam untuk proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Pada ketika beliau menuntut cerai dan mengatakan tujuan bertemu Badrolamin untuk ‘melarikan diri’, Badrolamin pula tidak membuat laporan polis mengenai ada’orang memukulnya’.

Sejauh ini polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu. Kenapa ya?

Sementara itu kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

 “Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ini bermakna wanita ini mahukan perceraian dan ketika ditangkap, beliau sudah nekad untuk meninggalkan suaminya. “Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. 

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau menafikan berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin).

Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,”.

Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami (beliau dan Badrolamin) peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

 Malah beliau kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu. “Wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Entahlah mungkin selepas ini suaminya pula akan buat kenyataan?