Sunday, May 6, 2012

BANYAK LAGI VIDEO PANAS YANG AKAN DIDEDAHKAN.....


"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan...rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim" - Zulkifli Noordin

Ramai pemimpin pembangkang khususnya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini ‘tidur tak lena, makan tak kenyang’ kerana video panas mereka akan didedahkan satu persatu tidak lama lagi.

Bersiaplah pemimpin pembangkang oiii….kerana banyak lagi video panas akan dikeluarkan.dalam masa terdekat dan ia bukan rekaan atau untuk ‘panaskan pilihan raya’.

Malah, kini ada pihak yang tahu siapa merakamkan video berkenaan selain tujuannya dan akan mendedahkannya kepada umum.

Selepas rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, siri pendedahan video panas dalam masa terdekat dijangka akan menggemparkan politik tanah air dan pastinya memberi kesan sokongan rakyat terhadap PKR khususnya. 

Penyokong pembangkang perlu bersedia untuk menafikan kononnya pemimpin mereka terlibat dengan video panas. 

Mereka perlu bersedia berdepan blog-blog prokerajaan yang pastinya akan memainkan isu panas ini untuk ‘memanaskan bontot’ pemimpin pembangkang.

Apa lagi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tetap berkeras enggan mengulas berhubung isu pendedahan imej lucah yang didakwa mirip Azmin itu.

Beliau juga tetap memberi jawapan sama dengan sekadar berkata ‘tiada komen’ ketika diminta mengulas mengenai kekesalan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang kecewa dengan jawapannya yang seolah-olah lepas tangan dalam isu pendedahan imej lucah tersebut.

“Saya tiada komen lagi,” katanya semalam, selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan jejantas pejalan kaki pada sambutan Hari Wesak semalam.

Pendirian Khalid semakin menjelaskan sikapnya sebagai lepas tangan dan ada pendapatan mengatakan sikap Khalid bagaikan ‘mengiakan’ imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, dalam masa terdekat akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang selain Azmin akan didedahkan.

Malah ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain akan turut didedahkan dari masa ke masa. Menggemparkan, 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka dan pastinya rakyat menunggu untuk mengetahui siapa pemimpin berkenaan.

Apa yang menarik, menurut Zulkifli rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.

Katanya, rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di Kuala Terengganu kelmarin.

AMBIGA BANYAK DUIT, TIDAK HERAN TUNTUTAN PENIAGA...


S. Ambiga tidak hairan jika ada pihakyang menuntut pampasan kerana kerugian...

Sepatutnya, bukan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) sahaja yang menuntut pampasan dan ganti rugi daripada penganjur perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Ambiga yang mendapat 'bantuan' pihak-pihak tertentu kerana menganjurkan perhimpuan seperti ini pastinya mampu membayar apa juga tuntutan oleh peniaga atau orang persaoran...

Kerana itu pertubuhan dan persatuan lain, termasuk orang persaorangan (peniaga dan pengusaha) yang terjejas kerana perhimpunan itu) sewajarnya tampil menuntut pampasan dan ganti rugi terhadap Ambiga dan rakan-rakannya yang disifatkan sebagai pihak bertanggungjawab atas kerugian dialami mereka!!!

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah smalam berkata pihaknya tetap akan menuntut ganti rugi dan dalam masa yang sama, mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.

Tindakannya bukan sahaja menempelak penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 atas alasan yang membawa kerugian kepada peniaga-peniaga sekitar ibu kota minggu lalu tetapi juga menjamin perkara sama tidak berlaku lagi.

Amat wajar jika pertubuhan usahawan dan peniaga sekitar kawasan terjejas akibat perhimpunan Bersih 3.0 turut mengadakan demonstrasi aman di hadapan rumah Ambiga sekiranya Kementerian Dalam Negeri gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Mereka mahu kerajaan turut ambil tindakan terhadap Ambiga dan jangan tangkap ikan kecil sahaja…” kita mahu Ambiga bertanggungjawab”, kata mereka.

Ramai peniaga yang terjejas, takut untuk berniaga disebabkan penganjuran ini dan ura-ura penganjuran Bersih 4.0 juga membimbangkan peniaga," katanya.

Sehingga semalam, pertubuhan itu menerima kira-kira 200 aduan berhubung kerugian peniaga dengan anggaran kira-kira RM200,000 hingga RM300,000.

Langkah membuka kaunter aduan ganti rugi untuk tempoh seminggu bagi tujuan dikumpulkan sebelum membuat laporan polis juga amat dialu-alukan.

Dilaporkan, ura-ura penganjuran Bersih 4.0 selepas berlangsungnya Bersih 3.0 pada 28 April lalu, nyata membimbangkan peniaga kerana mendakwa mereka bukan hanya rugi kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut, tetapi kesannya bermula sejak beberapa hari sebelum itu.

Timbalan Presiden Ikhlas, Hasmizi Abu Hashim berkata, sekiranya Bersih 4.0 yang diuar-uarkan diadakan, para peniaga akan mengambil langkah untuk menyerang penyokong Bersih.

“Kami tidak mahu menanggung kerugian lagi,” katanya lagi.

Peniaga pakaian, Azhar Abdul Ghani, 49, berkata, dia tidak dapat menerima keadaan yang bakal berlaku sekiranya perhimpunan bersih terus diadakan.

Katanya, beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut juga, perniagaannya merosot disebabkan ramai pengunjung takut untuk keluar.

"Pada hari Sabtu juga saya rugi. Biasanya saya boleh memperoleh pendapatan RM2,000 hingga RM5,000," katanya.

Dalam pada itu seorang lagi perniaga Ikhlas Ridzuan, 49, berkata, sebagai peniaga yang sudah menjalankan perniagaan sejak 36 tahun lalu, dia menolak sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih daripada terus diadakan, apatah lagi dianjurkan di lokasi perniagaan mereka.

 “Ia akan menjejaskan perniagaan kami, bukan hanya pada hari perhimpunan tetapi kesannya terasa sejak dua hari sebelum itu," katanya.