Thursday, March 1, 2012

SUKAR UNTUK MOHD SABU ATASI KEMELUT PAS KEDAH


PAS memperlekeh dan sengaja mahu menutup malunya dalam kemelut kepimpinan di Kedah dengan menganggapnya sebagai isu kecil yang tidak perlu diheboh-hebohkan.

Namun kemelut yang berlaku di antara ‘dua pemberontak’ dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggambarkan segala-galanya. Malah ia merebak kepada PAS Kuala Kedah dan kepimpinan kawasan itu turut bergolak.

Kalau ia bukan krisis besar, kenapa PAS terpaksa menghantar Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Azizan dan salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang terbabit dengan ‘kes pemberontakan’ ini. Dan malam ini satu mesyuarat khas diadakan di Ibu Pejabat perti itu membincangkan kemelut ini?

 Nampak gayanya, PAS Pusat bagaikan tidak yakin dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang juga dari Kedah untuk mengatasi masalah itu.

Apakah kerana masalah di Kedah akibat mainan ‘lontar batu sembunyi tangan’ Mohd Sabu yang diketahui umum penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibarhim dan berpura-pura tidak ambil peduli mengenai krisis ini sebelum ini?

Malam ini dilaporkan, Jawatankuasa kerja PAS Pusat sedang mengadakan mesyuarat khas bagi mencari penyelesaian ke atas 'krisis' kepimpinan Kedah itu.

Menurut laporan, mesyuarat khas yang dipengerusikan Mohd Sabu itu kini sedang berlangsung di ibu pejabat parti di ibu negara.

Kemelut ini semakin membimbangkan PAS dan menjadi ketara selepas dua Exco Kerajaan Negeri -Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (gambar kiri) dan Dr Ismail Salleh- enggan  dilantik semula.secara rasmi menolak tawaran untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

Lebih mengejutkan PAS kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar kanan) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu kerana menerima tawaran Azizan menjadi Exco.

Yang Dipertuanya, Phahrolrazi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari

Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama PAS Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada PAS Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan PAS kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.


Antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah PAS Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah hadir.

Semalam, Salahuddin berkata, beliau ada beberapa formula untuk dibentangkan pada mesyuarat malam ini.

"Ya, saya ada formula, ya, boleh dikatakan sebagai formula, satu dua formula hasil kunjungan saya ke Kedah selama dua hari," kata Salahuddin.

Katanya, mesyuarat ini diadakan khusus bagi membincangkan kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah.

Salahuddin juga dikatakan menyifatkan pertemuan beliau dengan dua pemimpin PAS Kedah kelmarin membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Azizan dan Phahrolrazi di rumah masing-masing.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kehadiran Salahuddin di Kedah bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah PAS Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung kelmarin. Di sebalik semua usaha PAS Pusat menyelesaikan masalah itu.

Azizan yang mengatakan mendapat simpati banyak pihak dalam PAS mengakui tidak mengetahui syarat yang ditetapkan oleh Phahrolrazi untuk membolehkannya kembali menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Azizan berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Phahrolrazi atau dibincang dengannya sebelum ini.

Saya tidak tahu menahu mengenai syarat yang dia tetapkan. Itu kena dialah sebab saya tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, macam mana nak bincang kalau tak tahu apa-apa," katanya menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Menurutnya, ada syarat yang sah dan ada yang batal, dan "kalau syarat itu mengikut undang-undang, ia boleh diterima. Kalau syarat itu 'void', orang tak pakai," katanya.

Jelas, Azizan bertahan dengan pendiriannya dan jika PAS Pusat membuat keputusan yang tidak dapat diterima kedua-dua pihak, ada pihak yang akan terkorban.

Apakah Azizan atau ‘dua pemberantak’ akan dimangsakan oleh PAS Pusat?

Kita tunggu. Tetapi campur tangan kumpulan Anuarisme di Kedah pastinya memburukkan keadaan.

Mampukah Mohd Sabu yang mempengerusikan mesyuarat malam ini menyediakan formula yang boleh diterima pihak yang bertelagah di Kedah?

Rasanya sukar.

Ini kerana beliau mempunyai ‘kepentingan tertentu’ di Kedah dan akan hanya mengeruhkan lagi kemelut kepemimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

MARI RAMAI-RAMAI MENUNTUT DENGAN MAHAGURU YANG POWER INI

Kita ‘up’ kan sikit nama Badrolamin Bahron ini daripada ‘Ustaz’ kepada 'Mahaguru'.

Jom kita pakat cari Mahaguru Badrolamin untuk dua perkara:

1. Belajar dan berguru silat termasuk sepak terbang, terajang maut serta tidak luka dan bengkak walaupun diserang!

 2. Mengubati isteri bermasalah dengan syarat mesti tengah malam atau awal pagi.

Mungkin sudah ramai muridnya dan ketika mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, mungkin (saya katakan mungkin) Badrolamin sudah menurunkan ilmunya kepada mahasiawa-mahasiswa yang kini bergelar graduan.

Mungkin ramai muridnya dari Kuliyah Undang-Undang sudah mendapat pelbagai ilmu daripadanya dan mungkin juga ramai anggota Parti Keadilan Rakyat menuntut dengan mahaguru ini dan mempraktiknya. Kenapa saya katakan dia wajar digelar MAHAGURU?

Dia mengatakan dibelasah 20 orang samseng. Yang herannya dia tidak cedera pun. Kerana itu dia tidak perlu buat repot polis.

Paling-paling pun mungkin terkena lempang oleh suami wanita yang datang mengadu hal dengannya.Itu tak ada apanya. Tak berbekas pun!

Yang hangat diperkatakan ialah kerana serang oleh 20 ‘samseng’. Kalau luka ket mana patah? Mesti dah pergi jumpa doktor. Mana surat doktornya? Tapi mungkin dia pakai jampi dan sembuhkan segala yang bengkak dan lebam itu.

Hakikatnya POWER sungguh Badrolamin ni…mungkin dia boleh lipat samseng 20 orang itu sekali gus…seperti hero filem Tamil yang boleh sepak terbang. Nak tahu juga apa jamu dan ubat yang Badrolamin pakai dan senaman apa Badrolamin amalkan? 

Satu lagi ketika 20 samseng itu masuk hotel berkenaan, bagaimana Badrolamin boleh ada kuasa untuk ‘menyekat’ kamera litar tertutup (CCTV) daripada mengesan atau merakam kedatangan mereka itu?

Malah Badrolamin ini ada ‘kuasa ghaib’ yang boleh menyekat CCTV daripada merakam kejadian ‘amukan samseng’ di hotel berkenaan.

Pihak hotel tempat kejadian ‘belasah Badrolamin’ dan kemungkinan juga ‘belasah isteri orang’ itu bersedia menyerahkan rakaman kerana laporan kononnya ada kejadian membelasah pelanggan telah mencalar imej hotel ini.

 

MENCEMARKAN IMEJ HOTEL…bukan saya kata tetapi pihak hotel yang kata. Apakah tindakan hotel daripada kenyataan Badrolamin mengenai kejadian membelasahnya itu? Saman? Tak taulah, itu pandai pengurusan hotel berkenaan. 

Laporan akhbar menyebut Badrolamin mendakwa suami wanita berkenaan ‘berperangai samseng’. Benarkah orang itu samseng.

Menurut rakan sejawatnya di sebuah sekolah menengah di Mersing, suami kepada wanita berkenaan seorang guru yang komited dan pendidik yang baik.

Dia bertugas jauh dari isterinya dan tinggal bersendirian mencari rezeki untuk keluarganya tetapi mungkin bertindak kerana isterinya ‘membuat onar’ dan orang yang dipercayai itu bagaikan ‘pagar makan padi’.

Daripada keterangan rakan-rakannya itu, siapa sebenarnya samseng, orang yang mempertahankan haknya sebagai suami atau orang yang bertemu bini orang pagi-pagi buta itu SAMSENG?

Perkara kedua ialah jika sesiapa ada masalah, khususnya isteri-isteri yang menhadapi masalah dengan suami mungkin boleh berjumpa dengan Badrolamin.

Cuma syaratnya satu sahaja, mesti jumpa tengah malam atau awal pagi. Jangan takut dengan ancaman atau tindakan suami kerana Badrolamin pun ‘kaki pukul’.

 Setakat seorang dua dia tidak heran. Seramai 20 samseng pun dia boleh hadapi persaorangan. Tidak luka dan tidak ada apa-apa yang menyakitkan. Kerana itu tidak payah repot polis.
  
Dan kepada wanita 28 tahun isteri yang meredah malam dan pagi hari untuk mendapatkan ‘nasihat’ dan ‘cara penyelesaian masalah’, pertanyaan kepada dia ialah dari destinasi mana sebelum sampai di hotel berkenaan? Rumahnya? Rumah Mentuanya? Rumah Ibubapanya? Rumah saudaranya?

Rasanya adalah baik kalau Badrolamin dan isteri orang berusia 28 tahun itu tutup mulut.

Makin banyak cakap, makin kantoi.

Lama-lama kedua-duanya akan membuka tembelang sendiri.

TERENGGANU BANTU JAYAKAN GTP ECERDC MELALUI PELABURAN ASING RM1b


Bercakap pada sidang media di Kuala Terengganu semalam, Ahmad Said berkata pelaburan dari China sebanyak RM1b membantu menjayakan GTP wilayah Pantai Timur.

Daripada teganuku

Kejayaan Terengganu meraih nilai pelaburan asing tertinggi melalui projek akuakultur sebanyak RM1 bilion menyumbang kepada nilai projek berimpak tinggi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).


Kejayaan itu sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri Terengganu menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek yang dilaburkan syarikat dari China di daerah Marang itu juga dijangka akan membantu mempercepatkan lagi usaha kerajaan negeri untuk menjadi negeri maju.

Usaha kerajaan negeri dengan Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dan syarikat China berkenaan, Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Ltd, itu kelmarin sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang disaksikan Perdana Menteri, Dattk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasinggam Issace John berkata pembangunan dan kemajuan kawasan Pantai Timur semenanjung akan bertambah pesat berikutan keyakinan pelabur untuk melaksanakan 12 projek yang membabitkan pelaburan bernilai RM9 bilion di ECER dalam tempoh tiga bulan mulai Januari tahun ini.

Katanya, pelaburan itu membabitkan sembilan projek baru, termasuk dua bernilai RM5.5 bilion di Mersing, Johor; lima projek bernilai RM2 bilion di Pahang dan masing-masing satu projek bernilai RM1 bilion di Terengganu dan RM500 juta di Kelantan.

Projek oleh syarikat tempatan serta gabungan syarikat asing itu membabitkan sektor pelancongan, pembuatan, pendidikan teknikal tinggi, akuakultur dan automotif yang dijangka mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan serta menyumbang RM6 bilion kepada pendapatan negara kasar (GNI) menjelang 2020.

Perdana Menteri turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen komitmen pelaburan antara wakil pelabur dengan ECERDC.



Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain pelaburan di Terengganu, pelaburan terbesar adalah dalam sektor pelancongan dengan Radiant Starfish Development Bhd merancang melabur RM4.2 bilion bagi membangunkan pusat peranginan eko-pelancongan bersepadu, Mersing Laguna, di tanah seluas 809 hektar yang ditambak di luar pantai Mersing.

Ia dijangka mewujudkan 12,600 peluang pekerjaan menjelang 2014. Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corporation pula akan melabur RM1 bilion bagi membangunkan bandar peranginan Resort Bersepadu Tanjung Leman dan Bandar Pesisir Pantai di kawasan seluas 142 hektar di Mersing yang dijangka mewujudkan 1,500 peluang kerja.

Sementara Encorp Berhad membangunkan pusat peranginan pelancongan bersepadu dan padang golf antarabangsa di Cherating, Pahang dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion, di tapak seluas 404 hektar.

Projek yang dijangka bermula pada suku kedua 2012 itu diunjur mampu mewujudkan 3,000 peluang kerja.

Pada sidang media semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan, projek ternakan udang di kawasan seluas 1,000 hektar dijangka menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.



"Alhamdulillah, lawatan saya ke China pada Oktober lepas berjaya menarik pelaburan, dan telahpun dimuktamadkan semalam pada majlis Pertukaran Dokumen Komitmen Pelaburan ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Selain itu, kerajaan negeri bersedia menarik lebih ramai pelabur asing untuk menjalankan pelaburan di Terengganu dan akan mengenal pasti lebih banyak kawasan yang sesuai bagi membuka lebih banyak kawasan projek akuakultur pada masa depan.