Kerajaan
Barisan Nasional (BN) sering melaung-laungkan ia memiliki kerajaan yang sempurna,
cekap dan telus.
Untuk
meyakinkan rakyat, kerajaan termasuklah jabatan dan agensinya sering diuar-uarkan sebagai bertindak
pantas dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Mereka
juga mendakwa adil dalam sebarang tindakan.
Namun
apa dan bagaimana berlaku kepada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam isu pendaftaran Pakatan Harapan
(HARAPAN)?
Apakah
ia benar-benar telus? Apakah ia benar-benar cekap?
Jika
ia cekap dan telus, pastinya tidak ada masalah bagi HARAPAN untuk mengetahui punca
dan tidak akan ada pertanyaan kenapa ROS enggan melayan mereka seperti pendaftaran syarikat atau pertubuhan lain?
Berang
dan jemu menunggu keputusan ROS selain jabatan itu gagal menjawab soalan dikemuakan,
HARAPAN kemungkinan besar akan membawa kes permohonan mereka ke mahkamah.
Tidak beradab dan kejamkah HARAPAN jika berbuat demikian?
Awal
bulan ini, HARAPAN telah menghantar surat rasmi kepada ROS yang ditujukan
kepada Ketua Pengarah ROS, Suriyati Ibrahim.
Suriati,,,KP ROS |
Setiausaha
Agung HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah di dalam suratnya difahamkan menyatakan
bahawa mesyuarat dengan Suriyati pada 20 November tahun lalu, HARAPAN
sudah diberitahu permohonan mereka tidak boleh diproses.
Ia
akibat ROS masih menunggu laporan mesyuarat agung tahunan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), selain laporan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) DAP.
Namun
bagaimana mungkin selepas ROS sudah mengiktiraf pemilihan semula DAP, sudah
sampai masanya pendaftar pertubuhan itu mengiktiraf BERSATU sebagai
organisasi berdaftar.
Menghairankan, ROS terus membisu.
Keenggan
ROS menjawab permohonan HARAPAN pastinya akan menjejaskan persiapan mereka
dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Atau
apakah ROS mengikut telunjuk pihak tertentu agar melambat-lambat atau tidak
meluluskan pendaftaran HARAPAN?
Telunjuk siapa?
Sehingga
kini ROS membisu dan tiada sebarang jawapan daripada mereka. Ini pastinya merimaskan HARAPAN untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
Walaupun
HARAPAN cuba berhubung dengan mereka, namun masih tidak sebarang jawapan.
Benar
HARAPAN tidak boleh mengatakan ROS menolak permohonan mereka berasaskan tindakan membisu mereka itu.
Saifuddin...KSU HARAPAN |
Namun apakah ini menggambarkan sebuah kerajaan yang telus dan cekap?
ROS sedang bermain silap mata untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya dan pemerintah atau apa?
Malang
sekali kerajaan yang diterjaui BN/UMNO menggunakan ROS untuk melemahkan parti
lawan melalui taktik melambat-lambatkan pendaftaran mereka.
Kenapa
ROS turut bimbang seperti BN/UMNO bimbang menentang HARAPAN pada pilihan raya
umum akan datang?
Semalam,
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan perundangan akan
difailkan hujung minggu ini terhadap ROS untuk jawapan mereka.
Wajar
dan benar sekali HARAPAN terpaksa mendesak kerana sudah menunggu berbulan-bulan
jawapan daripada ROS.
Malah
tidak pelik dan hairan jika Dr Mahathir menuduh sikap ROS yang berdiam
diri itu sebagai membantu BN memenangi PRU ke-14.
Sewajarnya
rakyat, khususnya penyokong HARAPAN marah dan mengritik sikap ROS ini.
Tidak
wajar sama sekali bagi agensi kerajaan seperti ROS bersikap berat sebelah dalam
menjalankan tugas.
ROS
juga bagaikan menjadikan dirinya sebagai hakim dan penjaga BN untuk dengan
sengaja melemahkan HARAPAN.
Jika
ROS sebagai agensi telus dan berhemah, silakan beri jawapan yang sewajarnya
dalam isu pendaftaran ROS ini.
Rakyat
memerhati.
Mungkin
BN/UMNO melihat cara ini – dengan mengamalkan pentadbiran kerajaan yang tidak cekap dan telus – sebagai
langkah terbaik untuk mereka menang pilihan raya.
Tidak
bimbangkah BN/UMNO nanti ditolak oleh rakyat kerana perbuatan mereka sendiri
yang menggambarkan kerajaan hari ini sebagai mengamalkan cara pentadbiran tidak telus dan berat sebelah?
Selain
itu kerajaan hari ini juga dilihat mementingkan kepuasan hati puak atasan dalam membenarkan HARAPAN didaftarkan.
Hanya jawapan ROS dapat merungkaikan segala tohmahan terhadapnya.
Diharapkan semua syak-wasangka ini salah.
Namun jika ia benar bagaimana?