Friday, August 7, 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Suara yang diperdengarkan oleh istana semakin kuat dan jelas.

Apa maknanya itu? Ia bagaikan suatu titah bahawa rakyat ‘sendiri mahu ingat’ bahawa keselamatan dan kestabilan negara adalah kepentingan bersama.

Kenapa suara istana ini semakin diperdengarkan?

Rakyat dalam konteks hari ini, bukan semata-mata orang Melayu tetapi juga bukan Melayu.

Walaupun ada orang Melayu sendiri merasakan mereka ‘tidak Melayu’, mereka tidak boleh engkar kerana walaupun hari ini rakyat Malaysia bukan lagi 100 peratus Melayu tetapi wasiat yang dikeluarkan ketika penduduk negara ini 80 peratus Melayu dan 20 peratus bukan Melayu, ia wajar dipatuhi semua rakyat.

Begitu juga dengan pihak yang merasakan mereka adalah rakyat Malaysia beragama Islam dan Melayu hanya keturunan - wasiat ini juga untuk mereka.

Kenapa? Pada ‘7 wasiat Raja Melayu’ dipaparkan betapa raja-raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Apakah wasiat itu?

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.


• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam ‘membuka kembali wasiat itu’ dan mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat itu.

Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Raja Nazrin bertitah, wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.


"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di Kuala Lumpur, semalam.

Secara lebih jelas, fasal-fasal terbabit ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titahnya.

Baginda bertitah, selain berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa, langkah menerbitkan hasil karya lama juga akan memastikan khazanah negara itu tidak lenyap ditelan zaman.

"Beta mendengar Allahyarham Ishak Haji Mohamad ada menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi Beta sendiri sehingga sekarang tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku itu.

"Bahan bacaan seperti itu amat penting bukan saja diterbitkan semula, tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat pengajian supaya generasi muda tidak lupa sejarah," titah baginda.

TERENGGANU - KINI DAH JADI 5-0

Gambar apa pula ni? Tunggu sekejab....


Makin parah. Salah siapa?

Siapa nak mengaku salah. Selagi hasil keputusan penyiasatan yang dibentuk kerajaan Pusat dan kerajaan Terengganu tidak mengumumkan hasilnya, selagi itulah pihak yang bertanggungjawab ‘membuat jaringan 5-0’ ini dapat bernafas lega.

Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) pula belum mendedahkan hasil siasatan mereka mengenai ‘kejutan’ di Terengganu.

Kenapa lambat sangat? Banyak masalah kah untuk mendapatkan bukti?

Apapun, apa itu lima kosong?

Lihat gambar di bawah..


Jawapan kepada persoalan kenapa 5 – 0 ialah : Gambar 1 - bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh; Gambar 2 - Pusat Akuatik Dewan Bandaraya Kuala Terengganu di Batu Buruk bocor; Gambar 3 – Stadium tertutup di Gong Badak ditutup dan Gambar 4 – Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud gugur.

Gambar-gambar di bawah ini, apa pula?

Dalam blog www.teganuku.blogspot hari ini, didedahkan kejadian keruntuhan terbaru ( yang ke 5) iaitu menara yang baru siap dibina lebih kurang setahun. Baca apa kata blog berkenaan:

Di Besut...Menara Pula Runtuh?

Oleh teganuku

Apalah nasib projek di Terengganu...

Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.

Tiada berita mengenai keruntuhan ini dianggarkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Mungkin ada pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.

Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dijangka menjadi sasaran lagi sehari dua ini.

DUA KEMUNGKINAN KEMATIAN, TIGA SAMPEL DNA LELAKI

Ada empat perkembangan menarik pada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock semalam.

Pertama, terdapat dua kemungkinan punca kematian - kemalangan atau sebaliknya.

Kedua, terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Ketiga, seorang ahli kimia, Zaraiha Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini, berkata beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.

Dalam keterangannya, Zaraiha berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.

Keempat, peguam yang mewakili keluarga Teoh dibenarkan mengadakan lawatan bagi meninjau kawasan tempat kejadian untuk mendapatkan gambaran jelas, esok.

Gobind ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa koroner akan turut menyertai lawatan tersebut serta dua orang wakil peguam dari setiap pihak juga akan turut serta.

Kelmarin, inkues menyoal enam saksi sementara semalam pula tiga orang lagi ahli kimia dipanggil.

Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh di Shah Alam diberitahu oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang ditanya peguam Gobind Singh Deo, mewakili keluarga Teoh, bahawa punca kematian Teoh diberitahu oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal kepadanya.

Dr Seah merupakan seorang pakar DNA yang berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.Beliau adalah salah seorang daripada tiga ahli kimia yang dipanggil hari ini sebagai saksi.

Beliau menegaskan Ahmad Nazri tidak pernah menyatakan kepadanya bahawa kematian Teoh disebabkan pembunuhan.

Inkues itu ditangguhkan hingga Isnin selepas tiga lagi saksi selesai memberi keterangan pada hari ketiga prosiding hari ini.

Kelmarin misteri identiti DNA dalam kes kematian berterusan dengan ujian menunjukkan sampel ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock.

Inkues kes kematian Teoh, yang disambung kelmarin, dimaklumkan bahawa sampel-sampel DNA yang diambil daripada Tan dan Lee tidak sepadan dengan kesan darah mendiang.

"Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh," katanya.

Ia dimaklumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh semalam.

Kedua-dua mereka memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan pada 29 Julai lalu.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Dengan sampel Tan dan Lee, seramai 157 orang telah jalani ujian DNA setakat ini berhubung kes Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, yang ditemui mati di Plaza Masalam pertengahan bulan lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Juga menarik ialah terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Dr Seah - saksi kesembilan inkues kematian Teoh - mengesahkan perkara itu selain tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada dua individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

Beliau sebelum itu menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berhubung laporan ujian DNA yang dilakukannya keatas tali pinggang milik si mati yang menyebut terdapat sekurang-kurangnya satu lagi DNA lelaki yang tidak dikenali.

"Apa maksud anda dengan mengatakan sekurang-kurangnya?" soal Gobind.

Kemudian Dr Seah menjawab: "Ya, jumlah yang kecil atau juga mungkin lebih... bagaimanapun jika nak katakan ada DNA keempat, ia mungkin agak lemah."

.Minggu lalu Mahkamah Majistret Shah Alam diberitahu bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.
Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues minggu lalu berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Timbul suasana tegang pada prosiding inkues di sesi petang semalam apabila peguam Gobind Singh Deo tidak henti-henti mengasak Seah dengan menanya pelbagai soalan berhubung deoxyribonucleic acid (DNA).

Walaupun Koroner Azmil Muntapha Abas cuba mencelah dengan meminta Gobind memahami apa yang diberitahu ahli kimia itu, Gobind tetap bertegas untuk mengajukan soalan.

Pada awalnya Gobind mempertikai mengapa Seah tidak melakukan calitan pada semua bahagian di seluar panjang, kemeja T, tali pinggang, seluar dalam dan jaket milik setiausaha politik kepada seorang exco Selangor itu kerana beranggapan ia amat penting bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

Bagaimanapun, Seah berkata tidak semua eksibit itu mempunyai kawasan kontak dan DNA tidak akan diambil pada bahagian yang mempunyai kesan darah.

Seah sesekali menempelak Gobind supaya memahami kerjakerja seorang saintis dan memberitahu Gobind bahawa beliau tahu apa yang perlu dibuat atau sebaliknya ke atas eksibit yang diserahkan oleh pegawai penyiasat.

Selain itu Gobind turut mempersoal mengapa Seah tidak meminta gambar keadaan mayat Teoh bagi memudahkannya menganalisis. Bagaimanapun Seah berkata ia tidak perlu.

TUNGGU APA TINDAKAN JEFF OOI

Yang terbaik ialah Jeff Ooi tarik balik kenyataan dan minta maaf kepada orang Islam.

Ikut saja saranan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama'.

Katanya jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, beliau berpendapat Ooi perlu meminta maaf.

Bagi kerajaan negeri, kata Guan Eng ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.

Satu lagi yang pasti, Guang Eng tidak akan menggugurkan Jeff Oii sebagai ketua staf di Pejabat Ketua Menteri.

Guan Eng jelas menyerahkan perkara itu untuk ditangani oleh Jeff Ooi sendiri, yang kini berada di luar negara.


Jeff Ooi yang merupakan ketua staf di Pejabat Ketua Menteri dilaporkan berkata ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Razali Abdullah adalah ekstremis agama kerana beliau dikaitkan dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Jeff Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Semalam Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum) turut menggesa Jeff Ooi memohon maaf kepada kaum Muslim dan meletak jawatan sebagai ketua staf pejabat Ketua Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.

Puas hatikah orang Islam dengan keputusan ini?