Showing posts with label Raja-raja. Show all posts
Showing posts with label Raja-raja. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

DEMI MELAYU - PERKARA 66 PERLEMBAGAAN WAJAR DIPINDA

Saya tertarik dengan pendapat seorang pembentang kertas kerja pada Wacana "Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan" di Shah Alam semalam yang memperkatakan mengenai Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini menarik kerana menurut Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff, kuasa untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang oleh raja-raja dalam Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini telah dipinda perlu dikembalikan semula bagi memastikan sistem pemerintahan beraja di negara ini dapat dikekalkan.

Sebenarnya, ada kalangan Menteri yang mempunyai pengalaman dan kelulusan undang-undang turut bersetuju jika pindaan kepada Perkara 66 ini dipinda.

“Ini adalah antara perkara penting yang perlu bagi orang Melayu kerana Raja-Raja Melayu mampu melindungi mereka dengan lebih kuat lagi,’ tegas Menteri berkenaan.

Namun menurutnya, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk melakukannya.

Mohammad Agus pula bercakap selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Raja Berperlembagaan: Keperluan dan Masa Depan pada Wacana: Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam semalam, menegaskan Perkara 66 ini dipinda dipinda pada 1983.

Hakikatnya, ia merupakan satu sistem yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlu dikekalkan sebagai kelangsungan survival Melayu sebagai penduduk asal.

Beliau berkata, ia juga merupakan identiti dan lambang bangsa Melayu.

Jika dirujuk kepada perlembagaan, Perkara 66 ini adalah berikut:

Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.

(1) Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam Perkara 68, oleh Dewan Rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu Rang Undang-Undang boleh bermula di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah
memperkenankannya.

(4B) (Dimansuhkan).

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (4A), tetapi tiada undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat undang-undang yang berkuat kuasa ke belakang.

(6) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini atau dalam Perkara 68 boleh menidaksahkan mana-mana undang-undang yang mengesahkan aku janji yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan yang bermaksud bahawa Rang Undang-Undang yang dimaksudkan oleh aku janji itu tidak akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya kecuali mengikut aku janji itu.

Yang penting, jika kuasa itu dikembalikan kepada Yang DiPertuan Agong atau Raja-Raja Melayu, ia dapat mengimbangi peranan penggubal undang-undang.

"Dengan kembalinya kuasa itu, raja-raja boleh semak dan imbang di situ," katanya.

Menurut Mohammad Agus yang ditemui wartawan selepas itu, bukan mudah untuk mengembalikan perkara itu kepada yang asal (pinda semula Perkara 66) kerana ia memerlukan undi majoriti dua per tiga Ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan.

Kata beliau, untuk mendapat undi majoriti itu juga agak sukar kerana tidak mungkin Ahli Dewan Rakyat bukan Melayu akan menyokong perkara itu.

"Jadi saya rasa hanya raja-raja yang boleh meminta supaya kuasa itu dikembalikan kepada mereka dan saya yakin kalau raja yang minta pasti orang Melayu akan sokong," kata beliau.

Apakah akan ada permintaan sedemikian?

Bagaimanakah menggembalikan kuasa itu? Jika orang Melayu dan rakyat Melayu merasakan kuasa itu perlu dikembalikan, mereka perlu bersatu menyokong pindaan ini.

Tidak kiralah dari parti mana sekali pun, jika Ahli Parlimen berbangsa Melayu memahami perlunya pindaan ini, mereka perlu menyokongnya.

Dalam banyak perkara penting, kuasa Raja-Raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan orang Melayu di negara ini.

Ini ditegaskan oleh pakar undang-undang perlembagaan, Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi pada majlis yang sama bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet dan timbalan menteri untuk menasihati baginda dalam tugas-tugas baginda. ''Kuasa-kuasa ini diperuntukkan dalam perkara 43(1),(2) dan 43A Perlembagaan Persekutuan."

Selain itu, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan mengikut perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh negeri itu.

Katanya, peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan amat jelas digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh di negeri masing-masing. Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan kuasa-kuasa baginda di dalam pelbagai perkara.

Dan jika Pindaan 66 itu dilakukan, ia akan mengukuhkan lagi peranan Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam menjamin kedudukan orang Melayu.

Persoalannya, berani dan bersediakan UMNO dan Barisan Nasional melakukannya walaupun berdepan dengan cabaran yang sukar?

Saturday, October 23, 2010

RENUNGAN BUAT PEMIMPIN UMNO...

Oleh AZMI YAHYA, Kuala Lumpur
Utusan Malaysia

SEKALI lagi seluruh perhatian diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC. Ini kali ke-61 orang Melayu berhimpun dalam perhimpunan raksasa atas nama politik melalui UMNO sebagai parti keramat orang Melayu. Sekali lagi, pasti ia menjadi medan kepada seluruh pemimpin politik Melayu berbincang dan menggubal resolusi serta gerak kerja untuk masa depan orang Melayu.

Secara tradisinya, Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi lambang manifestasi orang Melayu di negara ini. Setiap jiwa perwakilan UMNO yang hadir, pasti membawa bersama seluruh tanggungjawab kepada orang Melayu. Namun begitu, apakah perhimpunan raksasa orang Melayu ini akan dianggap perhimpunan 'rasis' mengikut kaca mata Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Chua Soi Lek, hatta Nik Aziz dan Anwar Ibrahim? Hanya seluruh perwakilan UMNO boleh tentukan.

Apakah sekali lagi perhimpunan ini menjadi medan orang Melayu memohon maaf atas sebab yang kadangkala tidak sepatutnya. Itu juga hanya para perwakilan yang akan menentukan. Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan setelah menjadi pemerhati setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bahkan menjadi pemerhati 'landskap' politik UMNO dengan sebahagian pemimpinnya kini bergelar ahli Kabinet atau Menteri yang membawa harapan akar umbi Melayu.

Saya ingin memetik '7 WASIAT RAJA MELAYU' yang telah dijadikan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima oleh seluruh warga, sejak negara ini merdeka.

"Kami Wasiatkan Kepada Zuriat Keturunan Kami, 7 Perkara Yang Mana Jika Kamu Bersatu Padu, Dan Berpegang Teguh Kepadanya, Selama Itulah Kamu Akan Aman Dan Damai Dan Selamat Sejahtera."

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami, serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu; dan

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Setelah mengambil kira dan menghayati roh wasiat raja-raja Melayu itu, dan pandangan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pernah menyatakan orang Melayu akan hilang kuasa dalam PRU-13 jika tidak bersatu, maka Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini harus benar-benar menjadi medan yang membolehkan orang Melayu berasa selamat di bawah UMNO.
UMNO perlu menyedari bahawa ia adalah parti tunjang kepada Barisan Nasional. UMNO harus mengiktiraf kekuatan diri sendiri kerana UMNO mewakili komposisi terbesar orang Melayu dan bumiputera sebanyak 66.6 peratus penduduk negara.

UMNO perlu mengetahui bahawa kawasan Parlimen majoriti Melayu menyaksikan sebanyak 134 kawasan Parlimen daripada jumlah 222 kawasan atau 60.36 peratus adalah kawasan pengundi melebihi 51 peratus Melayu. Inilah kawasan yang menjadi taruhan dalam PRU 13.

Memang menjadi harapan seluruh orang Melayu supaya orang Melayu boleh bersatu tanpa batas politik kepartian, walaupun UMNO pernah berusaha ke arah itu, tetapi realitinya harus diterima kerana sebahagian orang Melayu kini sanggup menjadi alat politik bukan Melayu.
Lantaran itu, untuk menyelamatkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan peringatan Mufti Perak, lebih mudah sekiranya orang Melayu dalam UMNO benar-benar bersatu tanpa sebarang syarat dan pertimbangan lain.

Jika orang Melayu dalam UMNO betul-betul bersatu tanpa mengira sentimen kedudukan, ia sudah cukup untuk memberi peringatan kepada orang bukan Melayu, supaya lebih menghormati kaum majoriti dan tidak mempermainkan Melayu dengan begitu mudah sebagaimana yang sedang berlaku.

Sejak PRU-12, sudah terlalu banyak peristiwa berlaku yang amat mencabar orang Melayu, malangnya UMNO mengajar orang Melayu menjadi bangsa yang 'apologatik'. Apakah ini kesan apabila UMNO yang menjadi tunjang kepada BN hilang 2/3 majoriti?

Satu demi satu kes yang dilihat mencabar kedudukan Raja seperti ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah, Namewee melalui video klip 'Negarakuku' dan 'Nah Suck Banana', selain mempertikaikan Perkara 153 dalam Parlimen. Maka berebut-rebutlah pemimpin Melayu dan BN memaafkan atas nama 'perkongsian kuasa'.

Sebaliknya, apabila berlaku kes seperti seorang pengetua di Johor, seorang guru di Kedah dan seorang pegawai Biro Tata Negara (BTN) mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'rasis', tanpa menyelidik terlebih dahulu, berebut-rebutlah juga pemimpin Melayu dan BN mendesak supaya hukuman dijatuhkan.

Ketika pemimpin pembangkang bukan Melayu mendesak untuk tunjukkan bahawa mereka adalah wira kaum mereka, pemimpin BN dan UMNO terikut-ikut. Malangnya segelintir pemimpin Melayu sama ada pemimpin politik atau pentadbiran seakan-akan menjadi 'tali barut' untuk menjayakan agenda politik pembangkang bukan Melayu.

Suasana-suasana ini menjadi perhatian orang Melayu dan mereka berfikir "apakah UMNO yang sudah 61 kali mengadakan perhimpunan ini akan terus menjadi parti yang boleh menyelamatkan Wasiat Raja-Raja Melayu?"

Kenapa harus wujud double standard antara kes Namewee dan kes pengetua di Johor, antara kes bakar gereja di Petaling Jaya dan kes menyimbah cat serta botol arak di Negeri Sembilan? Rasanya seluruh orang Melayu dan penjawat awam sedang memerhati keadaan ini.
Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang hari ini menjadi menteri, akar umbi Melayu pasti berfikir "apakah mereka menjadi ahli Kabinet kerana sokongan bukan Melayu sahaja?" Bila dilihat statistik, ahli-ahli Kabinet Melayu itu datangnya dari kawasan majoriti Melayu.

Bahkan ada juga ahli-ahli Kabinet bukan Melayu yang menjadi ahli Kabinet atas 'ihsan' pengundi Melayu. Barangkali, tranformasi budaya dan Model Politik Baru disarankan oleh Presiden agar UMNO menyedari situasi ini.

Jika seluruh pimpinan UMNO yang bersidang kali ini tidak boleh bertindak selaku parti tunjang kepada BN dan parti penyelamat orang Melayu, dibimbangi persepsi orang Melayu akan berubah sekali gus memberi kesan kepada tahap sokongan serta kepercayaan kepada UMNO.

Kita tidak hairan, apabila Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh termasuklah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sering membina persepsi yang buruk terhadap UMNO kepada orang Melayu. Ini kerana sememangnya itulah niat mereka. Mereka tahu, untuk merampas Putrajaya, mereka perlu 'membunuh UMNO'.

Sebab itulah psywar mereka kini ialah A.B.U. (Asal Bukan UMNO, 'Anything But UMNO'). Namun orang Melayu akan sedih apabila ahli Kabinet Melayu sendiri, pemimpin kerajaan termasuklah pemimpin parti komponen terperangkap dan sudah dilihat oleh orang Melayu sebagai dalang yang tidak boleh dipercayai.

Mujurlah ada waktunya, muncul Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan Sultan Johor yang mengeluarkan kenyataan tegas memberi amaran kepada segelintir mereka yang melampau, menyebabkan orang Melayu secara keseluruhannya merasakan masih lagi selamat. Ketika itu, di manakah pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi wira orang Melayu.

Sunday, February 14, 2010

RAJA DINISTA HANYA KERANA TIDAK DAPAT JADI MB

Selepas mendengar keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan minggu lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak boleh membawa kepada 'sistem pemerintahan beraja mutlak'.

Beliau juga mendakwa keputusan berkenaan merupakan petanda 'hitam' dalam sejarah Malaysia serta memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh.

Beliau menyifatkan keputusan berkenaan seolah-olah telah mengetepikan prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. "Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy.”

Dengan kata lain Mohd Nizar beranggapan kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara.

Sesuaikah kenyataan sebegini dibuat oleh seorang rakyat yang bernaung di bawah Perlembagaan yang menetapkan kuasa raja sedemikian.

Juga persoalan apakah benar Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO yang melucutkan kuasa raja?

Benarkah kata-kata bahawa selepas krisis Perlembagaan yang diakibatkan oleh haramnya UMNO pada 1988 menyebabkan terhakisnya kuasa raja?

Kemarahan Mohd Nizar dan mereka yang menentang keputusan Mahkamah Persekutuan, selain istana melantik Menteri Besar di Perlis dan Terengganu semata-mata kerana mereka gagal mendapat jawatan.

Dengan kata lain kegagalan Tan Sri Shahidan Kassim, Datuk Seri Idris Jusoh serta juga Mohd Nizar untuk kembali menjadi Menteri Besar menyebabkan penyokong mereka mengkritik, malah ada yang sampai mencerca Raja.

Baru-baru ini, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Mohammad Nizar daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mohd Nizar menyifatkan keputusan berkenaan merupakan petanda 'hitam' dalam sejarah Malaysia kerana beliau mendakwa institusi kehakiman di negara ini masih belum bebas daripada sebarang pengaruh."Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman di beri ruang sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan. Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh," katanya.

Jelasnya kemelut politik di Perak tidak akan selesai sehingga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Bagi saya, tiada siapa yang mampu mempertikaikan bahawa pilihan raya semula akan menentukan siapa akan berkuasa sama ada di Perak, Terengganu atau juga Perlis.

Cumanya, di Perak adalah kes straightforward apabila Barisan Nasional (BN) akan berdepan pembangkang.

Bagaimana di Terengganu dan Perlis?

Rasanya kedua-dua negeri ini bukan sahaja akan BN akan berdepan pembangkang tetapi juga sabotaj daripada ahli UMNO sendiri.

Di Terengganu, pada pilihan raya kali ini dijangkakan akan ada permainan cah keting khususnya di kalangan yang belum-belum puashati dengan Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Antara perkara-perkara yang dijangka akan menyebabkan berlakunya kejadian berkenaan termasuklah siapa calon yang akan bertanding. Calon yang dipilih akan mencerminkan kehendak parti dan kepimpinan negeri.

Persoalannya apakah wakil rakyat yang menentang kepimpinan negeri sekarang akan dipilih semula atau akan digantikan?

Juga siapakah penentu calon nanti? Apakah Ketua-ketua Bahagian mempunyai kuasa melantik atau semata-mata ditentukan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri?

Apakah Ahmad Said akan dicalonkan semula atau digugurkan seperti berlaku sebelum pilihan raya 2008? Apakah aka nada bantahan-bantahan terhadap calon yang akan dipilih?

Di Perlis, soal pemilihan calon dan apakah menteri besar sekarang akan dikekalkan juga menjadi persoalan. Beberapa akhbar mingguan sedang memainkan cerita kononnya menteri besar akan ditukar dalam tempoh terdekat.

Seperti Ahmad Said juga, kedudukan mereka sering dipersoal dan tempoh berapa lama akan menjawat jawatan berkenaan sering diperkatakan.

Persoalan di sini ialah apakah pemimpin UMNO dan sekumpulan yang menentang kepimpinan negeri ketika ini sanggup berdepan dan ‘mempersoalkan’ keputusan istana dalam melantik mereka itu?

Bagaimana kita mengharapkan kaum lain menghormati Raja-Raja Melayu sendiri jika pemimpin Melayu sendiri mempertikaikan keputusan Raja?

Saya juga hairan bagaimana orang seperti Mohd Nizar serta kumpulan yang menyokong pihak tertentu di Terengganu dan Perlis yang menganggap dirinya Melayu tetapi terus menerus mempersoalkan keputusan Sultan Perak.

Apakah hanya kerana bos mereka tidak dapat menjadi Menteri Besar dan sebab-sebab politik sanggup terus mencerca dan mempersoalkan keputusan Raja Melayu?

Lebih menyedihkan ketiga-tiga yang dinista itu adalah dua bekas Yang DiPertuan Agong dan Sultan Mizan Zainal Abidin ketika ini adalah masih Yang DiPertuan Agong.

Jenis Melayu apakah mereka ini?

Thursday, January 21, 2010

APA HUKUMAN JIKA MENGHALANG TUGAS RAJA? T

Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya.

Manakala adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

Persoalannya apakah tindakan juga sama boleh dikenakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dalam melaksanakan tugasnya ? Atau lebih berat ?

Manakala persoalan seterusnya adakah satu kesalahan yang sama dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al- Sultan ? Atau lebih berat ?

ISU 1, MENGHALANG TUGAS DYMM SULTAN TERENGGANU

DYMM Sultan telah menjalankan tugas baginda apabila pejabat Sultan Terengganu telah mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar baru walaupun 22 Adun Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.
Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di sini semalam, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad, sebagai Menteri Besar yang dijadualkan di Istana Tamu, pagi ini. Malah, mereka turut menegaskan akan meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula untuk jawatan itu.

Kenyataan pejabat Sultan Terengganu kepada Bernama telah menyebut;:

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2)(a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu."

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mengikut Dato’ Seri Utama DR. Rais Yatim dalam Berita Minggu 8 Mac 2009 bahawa Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.

Kenyataan diatas dapat dirujuK kepada Perlembagaan Negeri Terengganu (Undang-Undang Diri Negeri Terengganu 1911 & 1948) sebagaimana dibawah;

PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG-UNDANG DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29(kuasa lama sebagaimana penerangan Dato' Seri Utama di atas)MEMILIH DAN MENJADIKAN MENTERI BESAR DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA-MATA HAK BAGI SULTAN

PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL 14(4) (Pindaan 1948 segaimana penerangan Dato' Seri Utama di atas) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLEHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA-MANA SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK-KEHENDAK FASAL 10 INI.

ISU 2, MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP DYMM SULTAN TERENGGANU


Apakah hukuman yang setimpal ?????

www.teganukini.blogspot.com (18 Jan 2010)

Monday, January 18, 2010

BENARKAH PM MAHU MB TERENGGANU DITUKAR?

Menarik membaca komen pada entri bertajuk K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? dalam www.teganukini.blogspot.com semalam.

Saya mengatakan komen berkenaan menarik kerana ia menggambarkan betapa kemelut politik Terengganu yang dikatakan selesai oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri nampak belum selesai.

Malah, satu komen mengatakan Perdana Menteri sendiri berhasrat menukarkan Menteri Besar Terengganu. Betulkah?

Cakap-cakap dan tindakan mahukan Datuk Ahmad Said disingkirkan sebagai Menteri Besar jelas masih diperkatakan hebat di belakang tabir.

Hakikatnya komen-komen berkenaan menggambarkan betapa peranan pihak tertentu perlu dihentikan segera dan jangan sampai pihak istana bertindak balas kerana tiadanya political will daripada pemimpin tertinggi UMNO mengatasi kemelut politik Terengganu.

Persoalan timbul kini ialah benarkan Hishamuddin berjaya meredakan kemelut politik Terengganu dan apakah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak sungguh-sungguh mahu menjamin Terengganu terus berada dalam tangan Barisan Nasional (BN).

Ramai mula mempersoalkan keberkesanan Hishamuddin di Terengganu dan dengan mengasingkan kuasa Perhubungan Negeri dengan Menteri Besar tidak akan mendatangkan banyak faedah kepada UMNO.

Kenapa di Perlis sebagai contoh – kemelut politik juga ada tetapi Menteri Besar dilantik sebagai Ketua Perhubungan dan tidak digantikan?

Pertanyaan lain ialah apakah Najib sebagai Perdana Menteri tidak melihat betapa pentingnya survival UMNO melalui kekuatan UMNO Terengganu. Jika salah langkah atau tindakan, bukan Terengganu sahaja yang hilang Menteri Besarnya kerana Najib juga terpaksa turun daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri jika UMNO Terengganu gagal mempertahankan negeri berkenaan.

UMNO tidak punya banyak pilihan. Kuasa yang ada tidak banyak. Kini hanya Johor, Terengganu, Sabah, Pahang, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan sahaja yang boleh dianggap ‘bernyawa’.

Negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perlis semakin terhimpit.
Saya tidak mahu buat kesimpulan tetapi bacalah 4 komen berikut:

1. Kata Law (LLB) Center: “Cukup-cukup la derhaka ke Raja. Raja itu payung. Payung kepada semua rakyat dan semua kaum. Dan sepatutnya wakil rakyat itu menjaga payung ini. Ini tidak, digoncangnya pagar istana. DERHAKA ke Raja.Ini semua patut dihentikan. YAB PM perlu memberikan arahan kepada budak hitam yang dikepalai oleh 'ore demo' ini STOP. There must be a STOP to this. Mari la kita sama-sama bangunkan negeri daripada menentang YAB MB. Anda sebagai wakil rakyat perlu tahu bahawasanya jika anda menentang MB anda juga menentang Istana. Macam mana nak jadi wakil rakyat jika Raja tak berkenan? Bukan sahaja wakil rakyat.. agaknya jika menyebabkan Raja murka nak jadi rakyat pun payah! (17 JANUARY 2010 07:46)

2. martkilau kata: “Masa marah lantik MB Mat Said kerajaan nak kaji cara lantik MB. Menteri anggap undang-undang sedia ada sudah lapuk, timbulkan masalah Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, kata wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri BN. Menteri berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini. Nasib baik tak pinda, dengan "KEDAULATAN" UMNO dapat ambil balik semula Perak dan Terengganu ! (17 JANUARY 2010 08:06)

3. Kata ali: “Dengar sumber dari Kementerian Kewangan PM nak tukar MB. Perkara ni hangat dikata masa PM datang ke Trg utk Monsun Cup dan beri bantuan banjir. Jika betul la perkara ini memang UMNO tak bersyukur la ada Agong yang baik dan beriman. Pasal apa kata camtu? Sebab MB ni adalah MB pilihan Raja. Kalau nak tukar maknanya tak setuju dengan perintah Raja. Dengan kata lain .. DERHAKA la. Come on la .. wakil rakyat goncang pagar Istana kerja nak bela 'oghe Besut'? Patutnya PM kena respect Agong dengan memberikan sokongan sepenuhnya ke MB. Kalau sokong MB maknanya dia sokong Agong. Kalau dia sokong MB maknanya dia kena suruh budak2 hitam ni STOP menentang MB. Patutnya dia syukur sebab Agong lantik jadi PM sebab masa dekat2 dilantik dulu ada suara dari bekas Menteri di JPM yang background law kata jangan lantik sebab ada kes2 yang ragu2. Bayangkan jika dia sokong MB. Confirm Terengganu akan maju berbanding dengan ZAMAN HADHARI yang penuh dengan hipokrit dan projek mega yang membazir yang mana hasilnya sekarang adalah ... ? RUNTUH satu per satu. (17 JANUARY 2010 08:18 )

4. martkilau kata: Dato' Seri Utama dah confirm kuasa mutlak Sultan Terengganu lantik Ahmad Said sebagai MB. Derhaka namanya jika 3 budak hitam ungkit lagi. Tak sempurna hidup jika dimurkai !”Najib tak payah layan 3 budak hitam ni. Hormatilah Tuanku Mizan yang beriman dan telah lantik kita jadi PM walaupun ada suara yang tak suka. Hishamuddin kena kenanglah jasa Sultan Terengganu yang telah anugerah Darjah Kerabat (DK) kepada Tun Hussein Onn, jadi setaraf dengan Raja. UMNO dan Istana sama-samalah ambil tindakan kepada 3 budak hitam, tindakan disiplin dan tarik balik gelaran, bagi jadi pengajaran ! (17 JANUARY 2010 09:30)

Baca entri asal K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? untuk lebih jelas kenapa komen-komen tersebut dibuat.

Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah dimana pada Pada 13 Februari 2008, Mohammad Nizar, 52 dilantik oleh DYMM Sultan Perak sebagai Menteri Besar.

Barisan Nasional mengambilalih semula pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan Adun Bota, Nasaruddin Hashim melompat spring ke Umno semula menjadikan bilangan Kerusi BN kembali kepada 28. Di Pihak Pakatan pula kini hanya tinggal 28 Kerusi setelah 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengistiharkan keluar parti sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Mohamad Nizar membawa perkara ini ke Mahkamah dimana Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, mewakili anakguamnya Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

Perlembagaan Perak sangat sangat jelas katanya bahawa Sultan tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar .

Disamping alasan Nizar telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan.

Alasan lain yang digunakan ialah tidak ada pembubaran DUN dan tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap Nizar di DUN.

Namun, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan “Kedaulatan” baginda dengan titah untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Apakah isu “Ketuanan Melayu’ dimainkan oleh Pak Lah selaku PM dan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak telah menambat perhatian Sultan ?

Situasi di Perak adalah ulangan peristiwa yang telah berlaku kepada PAS semasa memerintah Terengganu pada 1959, Kerajaan PAS Terengganu ketika itu hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, Menteri Besar kerajaan PAS Terengganu ketika itu ialah Mohd Daud Abdul Samad.

Pada 1959 kerajaan negeri Terengganu Darul Iman telah dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama . Bagaimanapun pada tahun 1962 UMNO berjaya mendapat sokongan dua Adun PAS iaitu Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah keluar PAS dan memberi sokongan kepada UMNO telah menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS tidak stabil.

DYMM Sultan Terengganu telah menolak permintaan Menteri Besar ( PAS) untuk membubarkan dewan keranapihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah Adun PAS menyeberang ke pihak mereka. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.

Situasi di Perak dan Terengganu menzahirkan Sutan mempunyai “kedaulatan” untuk mengampuni perkenan atau sebaliknya nasihat Nizar dan Mohd Daud untuk membubar Dewan.
Tindakan Raja diatas menyangkal teori Demokrasi yang menggariskan Raja berindak atas nasihat (advice) sebagaimana dalam praktis ‘comman law’ di England. Apabila diberi nasihat oleh Menteri Besar,atau Perdana Menteri, Raja mesti memberi perkenan. Raja juga dikatakan sebagai simbul sahaja sebelum ini.

Jika DUN dibubarkan, Nizar dan Mohd Daud akan menjadi Menteri Besar sementara untuk tempoh maksimum 90 hari ,( atau 60 hari bagi Terengganu sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri masih belum dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan) sebelum pilihan raya dan ahli Dewan Undangan Neger baru dilantik.

Keputusan pilihan raya tidak dapat diramalkan tetapi yang pasti Perak dan Terengganu belum pasti menjadi milik UMNO. pada masa itu.

YB. Dato’ Seri Utama Rais Yatim telah diajukan soalan oleh wartawan Berita Minggu dalam akhbar berkenaan 8 Mac 2009 bagi mengesahkan perkara di atas dengan soalan ;

“Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?”

Jawapannya “Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional.

Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Tambahnya lagi “Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.”

Kedaulatan Raja Melayu mula terserlah semasa negara di terajui Pak Lah dan Najib?

Friday, August 7, 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Suara yang diperdengarkan oleh istana semakin kuat dan jelas.

Apa maknanya itu? Ia bagaikan suatu titah bahawa rakyat ‘sendiri mahu ingat’ bahawa keselamatan dan kestabilan negara adalah kepentingan bersama.

Kenapa suara istana ini semakin diperdengarkan?

Rakyat dalam konteks hari ini, bukan semata-mata orang Melayu tetapi juga bukan Melayu.

Walaupun ada orang Melayu sendiri merasakan mereka ‘tidak Melayu’, mereka tidak boleh engkar kerana walaupun hari ini rakyat Malaysia bukan lagi 100 peratus Melayu tetapi wasiat yang dikeluarkan ketika penduduk negara ini 80 peratus Melayu dan 20 peratus bukan Melayu, ia wajar dipatuhi semua rakyat.

Begitu juga dengan pihak yang merasakan mereka adalah rakyat Malaysia beragama Islam dan Melayu hanya keturunan - wasiat ini juga untuk mereka.

Kenapa? Pada ‘7 wasiat Raja Melayu’ dipaparkan betapa raja-raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Apakah wasiat itu?

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.


• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam ‘membuka kembali wasiat itu’ dan mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat itu.

Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Raja Nazrin bertitah, wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.


"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di Kuala Lumpur, semalam.

Secara lebih jelas, fasal-fasal terbabit ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titahnya.

Baginda bertitah, selain berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa, langkah menerbitkan hasil karya lama juga akan memastikan khazanah negara itu tidak lenyap ditelan zaman.

"Beta mendengar Allahyarham Ishak Haji Mohamad ada menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi Beta sendiri sehingga sekarang tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku itu.

"Bahan bacaan seperti itu amat penting bukan saja diterbitkan semula, tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat pengajian supaya generasi muda tidak lupa sejarah," titah baginda.

Monday, April 6, 2009

APABILA AYAT AL-QURAN DIPERSENDA UNTUK POLITIK

Sebelum ini pertelingkahan berlaku di kalangan orang Islam PAS dan UMNO mengenai penggunaan ayat al-Quran untuk kepentingan politik.

Polimik itu tiada penghujung tetapi ternyata daripada ayat al-Quran itulah UMNO dan penyokongnya dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, hingga peringkat kafir-mengkafir.

Dengan kata lain, ayat al-Quran untuk PAS lebih banyak mengukum orang lain tetapi untuk UMNO hanya mengemukakan hujah penerangan semata-mata.

Namun kini, kerana PAS merestuinya, orang bukan Islam sewenang-wenangnya menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik.

Malah gimik kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP kononnya mengikuti amalan khaflifah Umar Ab Aziz memulakan episod ini semua.

Kini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, dilaporkan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran dan bukan sekali tetapi telah banyak kali ia dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Malah BELIAU YANG JUGA Setiausaha DAP Perak, dikatakan mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam semalam.

Tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dikatakan dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Berikutan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan itu apabila Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

"Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam," katanya.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

"Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya di Taiping.

"Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

"Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah," ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.

Friday, February 20, 2009

RAJA MENGELUARKAN MELAYU DARIPADA HINDU!

Saya tertarik dengan ulasan amirhamzah64 terhadap posting saya bertajuk “TAK ACI MACAM NI...HAKIM NI TAK BOLEH” dengan menurunkan bahan sejarah untuk kita sama-sama renungi dan fahami.

Terima kasih amirhamzah64. Saya juga muatkan di sini puisi bertajuk Kingdom of Purplaya oleh Cecil Rajendra.

Oleh amirhamzah64

(February 19, 2009 11:31 PM)

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.- (www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com)

Kingdom of Purplaya

By: Cecil Rajendra

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrants
from the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil -
have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy
- the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!

Friday, November 7, 2008

CUKUPLAH...JANGAN LAGI CABAR ORANG MELAYU

Hati orang Melayu sudah banyak kali terguris.

Tetapi kepada siapa mahu mengadu? Kementerian Dalam Negeri? Tidak guna kerana tidak ada kesan!

Akhirnya kepada Sultan Melayu jugalah tempat orang Melayu merujuk apabila merajuk.
DAULAT TUANKU!

Rasanya sudah berbuih mulut beberapa Sultan Melayu menitahkan hamba rakyat tertentu di bumi Malaysia ini supaya jangan keterlaluan mencabar oirang Melayu.

Kelmarin Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Sultan Azlan bertitah, secara tersirat pengekalan institusi raja di negara ini adalah usaha meneruskan dan mengekalkan identiti kerajaan berpaksikan Melayu.

Justeru, titah baginda, sebarang pindaan Perlembagaan yang menyentuh kedudukan raja-raja dan bidang kuasa Raja Pemerintah meliputi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak, perlu terlebih dulu mendapat perkenan raja-raja sendiri.

Baginda bertitah, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping melakukan keadilan kepada seluruh rakyat.

"Raja-raja memahami Perlembagaan Merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

"Persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam kontrak sosial membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. Negara aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah," katanya.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, kelmarin, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Kira-kira 2,000 wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu Melayu dengan sebahagian besarnya berpakaian kebangsaan, berarak secara aman bagi menyerahkan memorandum sokongan dan ikrar taat setia terhadap institusi beraja di negara ini kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Perarakan anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu turut membawa beberapa sepanduk tertulis perkataan seperti ‘Melayu leka hilang kuasa', ‘Melayu bukan bangsa pendatang,’ ‘Jangan pertikai Artikel 153,’ ‘Islam Agama Rasmi’ dan ‘Jus Soli tolak ansur kontrak sosial’ dengan diiringi paluan gendang, tiupan serunai dan nafiri.

Antara yang menyertai perarakan itu ialah Presiden GMP, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail; Presiden Persatuan Darul Ridzuan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas; Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Dewan Negara, Datuk Jins Shamsuddin; bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Sebaik Sultan Azlan memasuki dewan itu pada jam 10.45 pagi, Dr Mohd Hilmi mengetuai bacaan ikrar taat setia kepada Sultan Perak dan diakhiri dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ dan’Hidup Melayu’ sebanyak tiga kali, disusuli dengan titah ucapan Sultan dan jamuan ringan sebelum majlis bersurai.

Titah Baginda, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

Sultan Azlan mengingatkan, keamanan negara dan kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Titah baginda, penubuhan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia adalah berteraskan sejarah, evolusi politik, nasionalisme dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan kaum berkenaan dengan institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya di negara ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam berkata peringatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar sesuatu isu terutama membabitkan kepentingan dan keistimewaan orang Melayu tidak dipolitikkan semata-mata untuk mencari populariti murahan, wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak,.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini," katanya.

Mohd Ali berkata beliau bimbang jika isu ketuanan Melayu, hak orang Melayu dan kontrak sosial terus dipersoalkan dan dipertikaikan oleh mana-mana pihak, ia boleh mencetuskan suasana tidak sihat di negara ini.

"Sebagai orang Melayu kita perlu berani dan tegas mempertahankan hak kita dan bukan bersifat talam dua muka memburuk-burukkan kaumnya sendiri dengan memberi pelbagai tafsiran peribadi mengenai ketuanan Melayu," katanya.

Wednesday, November 5, 2008

AKHIRNYA RAJA-RAJA JUGA YANG DIRUJUK

Ketuanan Melayu hanya menguntungkan sesetengah golongan Melayu sahaja?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat sedemikian?
Siapakah yang dimaksudkan Anwar melalui kenyataannya itu?

Kata Anwar, sewajarnya kita membantu kesemua mereka bersama kaum Cina dan India.
Katanya semalam, perjuangan menegakkan Ketuanan Melayu akan hanya menguntungkan sebilangan kecil orang Melayu sedangkan yang lain masih dalam keadaan ketinggalan.

Beliau juga mahu supaya kenyataan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim yang mengkritik dasar yang berasaskan kaum yang dianggapnya sengaja dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara dinilai dengan mendalam.

Soalnya ialah apakah Ketuanan Melayu meminggirkan bukan-Melayu?

Dengan kata lain apakah semangat Perikatan dan Barisan Nasional (BN) berteraskan Ketuanan melayu yang suatu ketika Anwar sendiri dokong tidak membantu masyarakat Melayu dan kaum lain?

PKR atau DAPkah yang meletakkan orang Melayu bersama-sama orang Cina dan India seperti kedudukan sekarang ini?

Benarkah kumpulan tertentu Melayu mengambil kesempatan terhadap rata-rata orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan?

Ketuanan Melayu sebagai dasar dan amalan tidak salah dan jika orang Melayu ketinggalan yang silapnya ialah pemimpin Melayu yang kurang membantu mereka, termasuk Anwar sendiri ketika dalam kerajaan.

Banyak pihak tidak berpuashati dengan pendapat Anwar dan Zaid.

Kerana itu, sekurang-kurangnya 500 orang Melayu dijangka akan menyertai perarakan bagi mengemukakan memorandum sokongan terhadap ketetapan yang diambil pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-215, pagi ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu merupakan tanda taat setia orang Melayu terhadap institusi Raja Melayu di negara ini.

“'Perarakan ini adalah sebagai menyambut hasil ketetapan Majlis Raja- Raja Ke-215 yang bermesyuarat di Terengganu baru-baru ini mengenai kedudukan institusi raja, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan hak bukan Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

''Saya harap perarakan yang bermula dari Masjid Ubudiah ini akan menjadi peringatan kepada kumpulan tertentu yang sering mempersoalkan hak istimewa orang Melayu," katanya di Kuala Kangsar.

Mohd. Hilmi memberitahu, perarakan akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan peserta dijangka tiba di Dewan Santapan Istana Iskandariah pada pukul 10 pagi.

Polimik mengenai Hak Istimewa dan Ketuanan Melayu ini reda seketika selepas Ketetapan Majlis Raja-Raja Melayu ke-215 tetapi hangat kembali apabila model Ketuanan Melayu dikatakan telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

Bagaimanapun, kenyataan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, minggu lalu yang mengkritik dasar Ketuanan Melayu yang dianggapnya berasaskan kaum, walaupun beliau ahli parti pemeritah - Umno - parti terbesar orang Melayu.

Berucap di persidangan LawAsia 2008 di ibunegara bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

Beliau meletak jawatan bulan lalu sebagai membantah penahanan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara.
Hakikatnya Zaid ‘mahu ambil hati siapa’ dan ‘siapa pula yang mahu diredakan oleh Zaid’?

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf kepada orang Melayu berikutan kenyataannya konsep ketuanan Melayu gagal di negara ini.

Syed Hamid berkata, kenyataan Zaid yang mempertikaikan hak ketuanan Melayu itu boleh diibaratkan sebagai satu pengkhianatan bekas menteri terhadap bangsanya sendiri yang sudah merdeka dan berdaulat.

"Dia pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Zaid perlu insaf dan memohon maaf kepada bangsa Melayu.

"Jangan biarkan diri kita menjadi alat untuk melemahkan bangsa kita sendiri dan menggadaikan maruah bangsa sehingga orang lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kita.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan Zaid sebagai orang yang buta sejarah perjuangan bangsanya, walaupun beliau pernah diletakkan di tempat yang begitu tinggi oleh kepemimpinan orang Melayu negara ini.

"Tanpa sejarah ketuanan Melayu, Zaid tidak berpeluang berada di tempat beliau berada sebelum ini dan mungkin tidak dapat bercakap seperti yang beliau pertikaikan jika negara ini bukan diperintah dan diasaskan oleh ketuanan Melayu," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

“Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

Kelmarin, Zaid mempertahankan kenyataannya bahawa formula berasaskan konsep ketuanan Melayu mempunyai unsur negatif yang melemahkan kaum itu dan bersifat perkauman.
Beliau bagaimanapun menegaskan, ia tidak bermaksud bahawa beliau mempersoalkan 'keistimewaan' orang Melayu dalam Perlembagaan seperti yang cuba digambarkan.

Apa yang sebenarnya, menurut Zaid, konsep itu mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi 'tuan' tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri.

Katanya: “Seolah-olah orang Melayu ini mahu hak-hak tertentu serta penghormatan dan pengiktirafan tentang kebolehan mereka semata-mata kerana mereka orang Melayu. Ini pada saya bukan gambaran yang sebenar. Imej ini melemahkan orang Melayu sendiri. Ramai orang Melayu mahu penghormatan dan pengiktirafan tentang kejayaan mereka berasaskan kebolehan mereka.

Orang Melayu mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak perlu untuk mengamalkan sikap 'angkuh' kononnya mereka mempunyai hak yang lebih daripada kaum lain," ujar beliau dalam kenyataannya di Kota Bharu.

Zaid mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mengecam beliau di samping menuntutnya supaya memohon maaf kerana seolah-olah mengkhianati dan memburukkan bangsa sendiri serta melupakan sejarah perjuangan bangsa.

''Saya tidak terkejut dengan reaksi pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mengenai kenyataan saya bahawa model atau formula berasaskan konsep ketuanan Melayu gagal menolong Melayu menuju kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang ekonomi ataupun pelajaran.

''Mereka hanya mahu saya minta maaf sambil menghina kewibawaan dan kesetiaan saya kepada bangsa Melayu," ujarnya.

''Saya tidak perlu meminta maaf kepada Syed Hamid dan kawan-kawannya. Kepada orang Melayu, saya harap anda dapat membezakan di antara pemimpin yang benar-benar memikirkan kepentingan anda daripada pemimpin yang hanya menggunakan nama Melayu untuk kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Yang pasti Sultan Azlan sudah memberi perkenan untuk menerima semua peserta masuk mengadap dan perarakan itu juga mendapat kelulusan polis.

''Pada majlis itu, semua peserta akan melafazkan sumpah taat setia kepada Sultan Perak dan institusi Raja-Raja Melayu dan saya sendiri akan mempersembahkan memorandum kepada Sultan Azlan," katanya.

GMP yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai sebarang motif politik, sebaliknya berjuang mempertahankan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan juga institusi Raja Melayu.

''Kami berasa kesal dengan tindakan segelintir kumpulan dan pemimpin menggunakan isu sensitif ini semata-mata untuk kepentingan politik sedangkan mereka tahu perkara ini sudah dipersetujui sebelum ini.

''Semua perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak wajar terus dipersoalkan. Selagi ia berada di situ, kita sebagai warganegara Malaysia wajar mematuhinya," tegas beliau.

Friday, October 17, 2008

AMARAN DARIPADA RAJA-RAJA MELAYU

Raja-raja Melayu memberi amaran, gejala mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa Melayu, termasuk kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia akan menyebabkan negara huruhara.

Raja-raja Melayu berpendapat gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum.

Perbuatan mempersoalkan perkara itu dilakukan tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.

Malah, dalam satu kenyataan khas di Kuala Terengganu semalam, Raja-raja Melayu berpendapat, kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

Justeru, Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

“Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract,” demikian menurut kenyataan khas itu.

Perbuatan mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Menurut Raja-raja Melayu, tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

Sebenarnya Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Menurut kenyataan Raja-raja Melayu, antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

Untuk lebih jelas ikuti kenyataan Khas Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-215

Kenyataan Khas Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-215

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangakat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini. "Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini. "Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.


"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.


Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.


"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.


"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara." Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan. Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.