Monday, April 6, 2009

APABILA AYAT AL-QURAN DIPERSENDA UNTUK POLITIK

Sebelum ini pertelingkahan berlaku di kalangan orang Islam PAS dan UMNO mengenai penggunaan ayat al-Quran untuk kepentingan politik.

Polimik itu tiada penghujung tetapi ternyata daripada ayat al-Quran itulah UMNO dan penyokongnya dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, hingga peringkat kafir-mengkafir.

Dengan kata lain, ayat al-Quran untuk PAS lebih banyak mengukum orang lain tetapi untuk UMNO hanya mengemukakan hujah penerangan semata-mata.

Namun kini, kerana PAS merestuinya, orang bukan Islam sewenang-wenangnya menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik.

Malah gimik kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP kononnya mengikuti amalan khaflifah Umar Ab Aziz memulakan episod ini semua.

Kini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, dilaporkan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran dan bukan sekali tetapi telah banyak kali ia dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Malah BELIAU YANG JUGA Setiausaha DAP Perak, dikatakan mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam semalam.

Tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dikatakan dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Berikutan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan itu apabila Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

"Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam," katanya.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

"Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya di Taiping.

"Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

"Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah," ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.

3 comments:

  1. Mungkin dia dah khatam tahfiz dengan Tuan guru Mat Sabu kut..Tak payah pertikai,Tuan guru menteri besar kelantan sanggup berkawan dengan syaitan.
    Kor Ming baca ayat.Guan Eng baca sejarah Umar Ab Aziz.Guang Eng kata akan masuk Islam bila ayahnya meninggal.Mungkin Kor Ming akan masuk islam bila nik aziz meninggal.
    Dengan Kor Ming baca ayat kuran dan Guang eng baca sejarah dan puji Khalifah Islam,akan ramai lagilah orang Melayu dalam PAS sanggup tidor atas jalan. Mungkin akan merebak ke atas landasan keretapi dan landasan kapalterbang.

    ReplyDelete
  2. Saudara penulis, yg dihormati lagi dikasihi
    Saya harap orang islam tidak bertindak secara emosi dan membabi buta.Berfikirah secara ilmiah dan berpandukan Al-quran dan sunah.Berikan satu dalil atau nas yang sahih yang mengatakan hukum orang kafir salah atau haram membaca ayat Al-quran.Agar ia menjadi jawapan pada isu ini dan orang islam tahu beza islam dan Iman.

    ReplyDelete
  3. Sokong pun jangan membabi buta atau buta macam babi.Boleh tak wariq jelaskan dilaman ini level pengajian dan pengkajian Kor Ming dalam Islam.
    Sikafir anak malaysia yang cakap melayu pun tak betul, ni baca ayat quran pula. Dia faham ke apa yang dia baca atau hafal untuk menipu pengikut PAS.
    Boleh kah kita izinkan orang islam yang lebih faham tentang islam terngaga dan mengganguk mendengar sikafir laknatullah membaca ayat-ayat quran.Sikafir ini pula adalah dari parti yang mana pengerusinya pernah berkata langkah mayat beliau dulu kalau nak jadikan negara ini negara Islam.
    Kor Ming dan burung tiong tak ada beza.
    Yang mempertahan Kor Ming ~macam lembu kerikil.

    ReplyDelete