"UMNO dan BN perlu berwibawa untuk membawa reformasi pemikiran dan tindakan politik yang jauh meninggalkan perjuangan mereka yang ‘kecewa’...berjuang untuk rakyat dengan membuktikan siapa ‘yang dekat di hati rakyat dan benar-benar mengambil berat soal rakyat’."
Jangan cepat melatah atau membuat spekulasi awal kalaupun
benar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan parti baru.
Lihat dan dengar dulu apa kata ‘orang tua itu’. Membuat
kenyataan secara pra-pengumuman menunjukkan sikap penakut dan perasaan bimbang
dengan berita itu.
Bukan Dr Mahathir yang kata beliau mahu tubuh parti
baharu.
Kenyataan datang daripada pengikut setia Mahathir, Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk
menubuhkan sebuah parti baru yang mungkin diterajui oleh bekas perdana menteri
itu.
Dengan mengatakan Dr Mahathir perlu menubuhkan sebuah
parti baru kerana pembangkang menganggap dirinya sebagai liabiliti, ia tidak
membawa apa-apa kesan pun kerana perjuangan Dr Mahathir adalah bagi tujuan ‘Selamatkan
Malaysia’.
Apapun, kita juga mahu tahu apa itu selamatkan Malaysia. Selamat
daripada apa dan siapa? Bukan sekadar isu rasuh dan penyelewengan, juga bukan
sekadar kempen Anti-Najib.
Yang penting apa perjuangan parti itu untuk membanteras
jenayah, tembak-menembak, keamanan
negara dan sebagainya. Bagaimana dengan dasar luar kita, ke arah mana?
Semalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri
Nazri Abdul Aziz menyambut baik langkah itu kerana ia cara yang sah untuk
menentang kerajaan secara demokrasi> Namun, anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yakin parti
baru itu akan mencatatkan prestasi lebih teruk daripada bekas parti serpihan
Umno Semangat 46.
Ini berdasarkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada
pilihan raya kecil berkembar bulan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Maknanya, tubuhlah parti apa pun, ia tidak akan mengguris
UMNO atau BN sedikit pun.
Namun, beberapa persoalan boleh dilihat dalam penubuhan
parti baru ini (jika benar berlaku).
Pertama, siapa menjadi
tulang belakangnya
Ramai mengatakan ia berkisar sekitar 3M - Dr Mahathir,
Muhyiddin dan Mukhriz.
Namun, mungkin daripada 3M itu ia menjadi ‘HUSAM’, iaitu
Datuk Husam Musa, Datuk Seri Shafie Afdal serta 3M yang akan menjadi tulang
belakang parti baharu itu.
Malah, Tun Dr Mahathir mungkin akan membawa mereka yang
berpengaruh seperti bekas Menteri Pengangkutan. Tun Dr Ling Liong Sik.
Walaupun Nazri secara berseloroh tetapi memperkecilkan
keupayaan pemimpin berkenaan dengan mengatakan:
“Muhyiddin akan jadi timbalan, Mukhriz sebagai ketua pemuda, (bekas
Ketua Wanita Umno) Rafidah Aziz sebagai ketua wanita dan Khairuddin jadi budak
bancuh teh, ” pengaruh mereka tetap ada.
DR Ling mungkin masih berpengaruh di kalangan masyarakat
Cina.
Kedua, kemasukan pemimpin parti tradisi, termasuk PKR
Mungkin juga akan ada pemimpin dari parti UMNO, PAS dan
parti-parti lain, tidak terkecuali, PKR akan tertarik dengan gerakan Dr
Mahathir ini.
Memang benar parti baru ini akan menjadi ‘rumah baru’
kepada mereka yang ‘marahkan UMNO’ tetapi tidakkah ini akan merugikan BN dalam
konteks mendapatkan undi dalam pilihan raya?
Kenapa tidak ada usaha untuk ‘memujuk’ mereka agar undi
tidak hilang?
UMNO boleh berbangga dan bermegah mempunyai tiga juta
ahli tetapi bagaimana dengan undi untuk BN?
Kalaupun mereka menyertai parti baru ini, yang nyata mereka
akan tetap bersama berjuang dalam Pakatan Harapan yang akan menjadi semakin
membesar hasil gabungan parti baru yang akan ditubuhkan ini.
Pada ketika pemimpin UMNO mengatakan pembangkang sedang
menghadapi masalah, mereka juga perlu ‘lihat cermin’ dalam BN sendiri.
Husam Musa...tidak berminat? |
Jangan perkecilkan pengaruh Husam, bukan sahaja di
Kelantan tetapi di kalangan ‘golongan muda’.
Di pihak UMNO dan BN, basih banyak isu yang perlu
diselesaikan antara parti, termasuk dalam isu ‘pemberontakan ketua cawangan
UMNO’ kesan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie, selain isu RUU 355, kuasa
autonomi Sarawak serta pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya
umum akan datang.
UMNO juga berdepan dengan krisis sendiri seperti berlaku
di Terengganu, selain perlu memantapkan kedudukannya di Kedah, Pahang, Perak
dan Sabah.
Ketika ini yang dilihat sedikit tenang ialah di Melaka,
Negeri Sembilan dan Johor.
Sokongan NGO Kepada ‘Selamatkan Malaysia’
Mungkin mereka tidak menyertai parti baru ini atas apa
juga alasan. Namun jika mereka menyokong dan bersimpati dengan gerakan Dr
Mahathir dan kumpulan ‘HUSAM’ itu, akan menyebabkan keadaan yang tidak baik
untuk UMNO/BN
Perlu diingat bahawa NGO terdiri daripada kumpulan
pekerja, belia, pelajar institusi pengajian tinggi, kumpulan anak seni,
penulis, penggerak masyarakat, wanita, puteri dan pemuda serta agamawan adalah
kumpulan yang merasakan mereka juga perlu layanan baik.
Sejauh ini UMNO dan BN dilihat tidak mendekati golongan
ini dan mereka dibiarkan ‘bertaburan’. Sedangkan mereka adalah tenaga penggerak
penting masyarakat dan kumpulan ‘pengundi muda’.
Suara mereka bagaikan tidak didengari oleh UMNO dan
Barisan Nasional. Bagaimana jika mereka menyokong parti baru ini dalam pilihan
raya?
Kumpulan Majoriti Senyap
dan Maklumat Internet
UMNO dan BN mengharapkan media arus perdana dan cyber-trooper
mereka untuk memenangkan hati rakyat.
Mungkin, mereka berjaya di dua PRK Kuala Kangsar dan
Sungai Besar. Mereka berjaya kerana tumpuan 100 peratus dan yang menentang pula
PAS dan parti yang baru mahu bertapak, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Namun pada pilihan raya umum nanti, masing-masing pihak
menjaga kawasan masing-masing dan pandai-pandailah ‘membawa diri’.
Tidak jelas sejauh mana kumpulan ‘majoriti senyap’ di dua
kawasan Parlimen itu, namun pada pilihan raya umum akan datang, kumpulan ini
dijangka bangkit untuk menyatakan ‘pendirian mereka’
Tidak semestinya semuanya menentang kerajaan tetapi
kemungkinan membantah terghadap isu-isu penting negara yang diperkatakan
seperti penyelewengan, rasuah, salah laku dalam pentadbiran kerajaan Pusat dan
negeri akan menjadi faktor yang menguntungkan pembangkang.
Bagaimana jika mereka – kalaupun tidak mengundi
pembangkang tetapi tidak mkeluar mengundi menyokong kerajaan?
Berjuang melalui gagasan Pakatan Harapan
Memang sukar sebuah parti baharu bergerak memandangkan
kini sudah ada parti yang asasnya berlandaskan kaum dan agama.
Kita perhatikan kedudukan kini dalam konteks parti
politik di Malaysia:
1.
UMNO – berlandaskan bangsa Melayu dan Islam
(terbuka untuk Bumiputera di Semenanjung dan Sabah), ditolak untuk berkembang
di Sarawak;
2.
PAS – berlandaskan Islam dan Melayu (terbuka
untuk sokongan bukan-Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP));
3.
PKR – parti pelbagai kaum dan tidak merujuk
kepada perjuangan agama tertentu;
4.
DAP – mendakwa untuk pelbagai bangsa tetapi
majority bukan-Melayu;
5.
MCA – parti untuk orang Cina;
6.
MIC – parti untuk orang India;
7.
PBB – berbagai kaum pribumi Sarawak dan tidak
terikat kepada Islam;
8.
AMANAH – serpihan PAS untuk Melayu –Islam.
Namun jalan tetap terbuka untuk parti baharu ini
menawarkan alternatif sebagai parti berbagai kaum dengan menekankan kepada
Islam progresif.
Bukan Melayu dan bukan Islam tidak akan bimbang kepada
pendekatan ini jika parti benar-benar berjuang untuk melindungi ‘orang bukan
Islam’ bukan mengeluarkan fatwa yang boleh meragukan rakyat bukan di negara
ini.
Yang penting ialah parti ini menghormati dan menjaga
kepentingan bukan-Melayu dan bukan-Islam bukan memperjuangkan Islam secara yang
radikal atau tidak mengamalkan ‘kesederhanaan Islam yang tulen’.
Walaupun ada pihak mengatakan banyak parti sudah lingkup
kerana tidak dapat melawan UMNO umpamanya parti Semangat 46 yang pernah
dianggap terkuat pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim tokoh yang amat kuat masa beliau jadi timbalan perdana menteri menubuhkan
tubuhkan PKR, kes kali ini berlainan sekali.
‘Selamatkan Malaysia’ Jadi Gagasan
Kali ini UMNO bukan berdepan dengan isu pembangunan,
kronisme, perbezaan kaum dan pendapat atau reformasi tetapi isu penyelewengan,
salah laku dan rasuah selain ke mana Malaysia akan di bawa di masa hadapan.
Dengan kata lain, masa depan bagaimana untuk generasi
Malaysia akan datang.
Ini menjadi satu persaingan yang sengit dan UMNO serta BN
perlu bersedia melawannya.
UMNO dan BN tidak perlu gentar tetapi gerakan ini tetap menjadi ancaman.
Masa kurang dua tahun ini perlu digunakan oleh UMNO untuk
memperkuatkan kedudukannya dan meminimumkan seboleh mungkin segala persepsi
buruk rakyat terhadapnya.
‘Perang BN melawan pembangkang’ jangan lagi berasaskan
kononnya pemimpin pembangkang menjadikan fitnah, tuduhan atau kritikan palsu
sebagai modal.
Fakta hendaklah dibalas dengan fakta dan hujah menentang
dan mempengaruhi hujah.
Jangan bandingkan parti baru yang mungkin ditubuhkan oleh
Dr Mahathir ini seperti AMANAH.
Semalam Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di kementeriannya berkata “...dalam
negara kita bebas masing-masing nak tubuh parti, tubuhlah. Sedangkan Mat Sabu
pun rasa layak dia tubuh parti dia.”
Jangan perkecilkan kemampuan parti lain kerana kita tidak
tahu apa kan belaku dalam tepoh dua tahun ini.
Yang nyata perjuangan parti baru itu mirip perjuangan
gerakan Selamatkan Malaysia – bukan sekadar untuk ‘menggulingkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak’ tetapi melaksanakan
pembaharuan institusi dan perjuangan kea rah masyarakat yang lebih progresif,
termasuk dalam konteks Islam.
UMNO dan BN mampu melawan ‘badai’ ini dengan syarat
pemimpinnya tidak dihanyutkan oleh sikap selesa dan terlalu yakin.
Jentera partinya, termasuk tentera siber memerlukan
pendekatan pengisian baru.
.
Dengan kedudukan entiti baru ini berjuang untuk rakyat, seperti juga UMNO dan
BN, masing-masing perlu membuktikan siapa ‘yang dekat di hati rakyat dan
benar-benar mengambil berat soal rakyat’.
Selain itu yang penting, UMNO dan BN perlu berwibawa
untuk membawa reformasi pemikiran dan tindakan politik yang jauh meninggalkan
perjuangan kalangan mereka yang ‘kecewa’.
Apa pun, semuanya ditentukan dengan pengumuman jam 3
petang ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.