Lihat betul-betul gambar ini...keadaan kenderaan dan apa di dalamnya. |
Tidak
ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja.
Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau
UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada
melalui pelbagai dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.
Daripada www.teganuku.blogspot.com
(Tajuk asal - Apabila Banjir Pun Menjadi Kepentingan Sokongan & Politik)
Namun mungkin kerana tidak mahu dilihat tidak melakukan kerja atau mempunyai niat untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS boleh melakukan perkara serupa, Unit Amal PAS membuat sesuatu yang sedikit janggal.
Mendakwa bahawa anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus antara yang terawal menghulurkan bantuan kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, tidak lain dan tidak bukan bertujuan mendapatkan ‘kredit’.
Menurut laporan portal pembangkang, tinjauan Squad BO mendapati kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Mohamad Ramli Nuh tidak kelihatan sehingga tengah malam itu.
Sejumlah 28 buah keluarga dari Taman Sri Tanjung dan Taman Darul Iman 6, Kampung Pak Tuyu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dikatakan terlibat dengan banjir pada 23 Disember (kelmarin).
Mendaftar mangsa di pusat pemindahan. |
Kerajaan lagi yang kena!
Bukan pemimpin PAS sahaja yang sedar masalah dan punca banjir ini, malah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh.
"Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir.
Kalau mahu dilihat ‘pemimpin PAS Terengganu” buat kerja, mana laporan lain?
Setakat jam 10.30 pagi ini ada dua berita sahaja dilaporkan mengenai banjir dan satu bantuan oleh PAS!
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan pada penempatan mangsa. |
Sedangkan ketika turun padang pelbagai agensi kerajaan, sama Kerajaan Negeri, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengangkutan Jalan atau sebagainya tidak pun meletakkan bendera UMNO atau Barisan Nasional pada kenderaan mereka.
Malah, setiap penempatan mangsa, tiada pun bendera UMNO atau BN.
Contohnya dinyatakan Dewan Pemuda PAS Terengganu telah membuka bilik gerakan banjir bagi memantau dan memberikan khidmat ke seluruh neger Terengganu melalui Unit Amal. Bilik Gerakan banjir Pemuda boleh di hubungi pada nombor 0199229158 yang di uruska sendiri oleh Pengarah Unit Amal Negeri Ustaz Saiful Anbiya.
Sekadar bertanya khabar dan lihat...paling baik dapat dilakukan ialah kritik. |
Perhatikan apa yang dilakukan kerajaan negeri: Bukan untuk memperlekeh. Sebaliknya kalau pemimpin PAS berganding bahu dengan kakitangan agesi kerajaan, ia akan lebih mempercepat dan memudahkan bantuan disalurkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta pemimpin UMNO pun melakukan kerja ‘turun padang’ tetapi tidak pula menyatakan tiada pun wakil rakyat PAS di tempat yang dimenangi parti itu untuk membantu mangsa banjir.
Malah Ahmad Said semalam mengingatkan mangsa banjir di negeri ini – tidak ada sebut UMNO atau PAS - agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.
Katanya dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas. Ketika melawat mangsa banjir semalam, beliau diiringi Pengarah JKM negeri Zuhaimi Omar.
Tidak ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja.
Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada melalui dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.
Janganlah kerana kepentingan politik yang sempit dan taksub, banjir pun mahu dipolitikkan.
Sebaik-baiknya kita bersatu hati membantu rakyat yang menderita dan ketika seperti ini kalau diandaikan pilihan raya diadakan, mereka pun tidak ada minat memangkah. Ini kerana dalam kepala mereka berserabut dengan masalah yang menimpa.
Jadi janganlah disukar dan dikusutkan lagi mereka dengan masalah dan bantu membantulah antara kita kerana BANJIR TIDAK MEMILIH SAMA ADA KITA PENYOKONG UMNO ATAS PAS.
INGATLAH kebanyakan yang jadi mangsa di negeri ini adalah Melayu dan Islam.