Jalan masih terbuka luas untuk mengelakkan kerajaan
Barisan Nasional (BN) gugur walaupun bekas Menteri Besar mengancam keluar UMNO
dalam kemelut politik ketika ini.
Biarpun dia membuat ancaman sedemikian, hati Datuk Seri
Ahmad Said masih tetap dengan UMNO dan dia sayangkan UMNO.
Jangan cepat buat keputusan dengan kenyataannya.
Memanglah nampak dari luar dan menyedapkan analisis, The
Star Online boleh mengatakan krisis UMNO Terengganu semakin meruncing malam
tadi apabila Ahmad Said mengancam untuk keluar parti.
Beliau dikatakan akan bekerjasama dengan PAS, malah The Star
Online malam tadi melaporkan bekas Menteri Besar itu yang merupakan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sudah
memberi memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman
supaya meletak jawatan.
Lihat dalam konteks pertikaian mereka berdua dan jangan
melihat antara Ahmad Said dengan UMNO.
Walaupun ada pihak dalam UMNO sendiri selain Menteri Besar yang mengecam Ahmad
Said dengan mengatakanAhmad Said
sebagai punca utama menyebabkan berlakunya kemelut politik dan kepemimpinan
negeri, itu bukan halangan untuk mengatasi krisis.
Sokongan kepada Ahmad Razif pada waktu ini oleh Bahagian UMNO juga tidak matang kerana ia bukan membabitkan parti tetapi personaliti.
Benarkah ADUN Kijal itu hilang budaya hormat kepada ketua seolah-olah menjadi wakil
pembangkang?
Yang penting semua pihak perlu mencari jalan agar UMNO dan BN dapat diselamatkan - bukan Ahmad Razif atau Ahmad Said - dalam keadaan
terdekat demi menjamin kerajaan BN negeri akan mampu terus memerintah dengan beberapa
penyesuaian.
Inilah waktunya UMNO dan BN menguji kebijaksanaan dan
kewarasan kepimpinan pusat sama ada Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan
Putrajaya.
Melainkan jika UMNO dan Putrajaya merasakan cara keluar
sudah tiada dan meminta perkenan diadakan pilihan raya negeri (PRN) maka
kemungkinan berlakulah ia.
Sangat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana
Menteri semalam bahawa kebijaksanaan
pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dalam memelihara kestabilan politik negeri
itu akan membolehkan BN kekal memerintah "sekurang-kurangnya"
sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap kepimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak terjebak dengan permainan politik luaran atau ahli politik yang melayani 'kekecewaan' mereka yang telah berada di luar Umno," katanya.
Ahmad Zahid berkata, beliau maklum tentang
"gerakan" dalaman dan luaran yang sedang berlaku dalam politik
Terengganu namun tetap yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan UMNO negeri.
Ahmad Zahid berkata parti-parti pembangkang di Terengganu juga memahami bahawa proses untuk menterjemahkan proses demokrasi di negeri itu dilakukan dalam pilihan raya umum dan bukan menerusi cara lain.
Dalam kemelut ini, yang menjadi sasaran ialah Ahmad Razif dan yang menjadi penyerang ialah Ahmad Said.

Selesaikan isu ini. Apakah mereka bersua tidak boleh bertentang mata atau 'duduk semeja' seperti sebelum ini?
Jika pelantikan Menteri Besar baru dibuat, ia akan dapat
mereda dan mengatasi krisis ini.
Namun, jangan pula Ahmad Razif terpelanting begitu
sahaja.
Ahmad Razif masih Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan
ADUN Seberang Takir, satu-satunya DUN dimenangi oleh BN.
Ketika pilihan raya umum, Ketua Bahagian UMNO ialah Datuk
Nasir Ibrahim Fikri dan kerana kalah di Parlimen dalam pilihan raya umum 2013,
beliau turut hilang jawatannya dalam parti sebagai Ketua Bahagian.
Persoalannya apakah beliau sengaja dikalahkan dalam PRU-13 supaya 'hilang taring' ketika pertandingan parti di bahagian selepas pilihan raya umum?
Yang menariknya semalam, Akhmad Said mengatakan dalam
menyelar Ahmad Razif kerana menyalahkan pemimpin terdahulu (rujukan kepada
Ahmad Said) atas kegawatan politik di negeri itu sekarang, mengatakan "Saya
ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut."
"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi
saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi
semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai
berkata.
Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata
Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad
Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang
menyelamatkan dan memberikan kemenangan."
Dengan tegas, Ahmad Said mengatakan beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika
beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.
Kenapa pula Ahmad Said menyelamatkannya walaupun Ahmad
Razif sabotaj UMNO? Ini kes berat. Tetapi kenapa Ahmad Said tetap mahukan Ahmad
Razif?
Oleh itu, Ahmad Said menegaskan, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan
sekarang, beliau mungkin keluar UMNO dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk
kerajaan baru.
Kerajaan UMNO Terengganu pernah dilanda krisis pada 2014
apabila Ahmad Said dan dua ADUN lain meletak jawatan, dan mengurangkan majoriti
17 kerusi parti pemerintah, berbanding 15 kerusi Pakatan Rakyat.
Keruntuhan kerajaan negeri itu akhirnya dapat dielakkan
melalui formula ADUN Seberang Takir
Ahmad Razif mengambil alih jawatan menteri besar.
Apa yang juga menarik dalam kenyataan awal Ahmad Said
mahu bekerjasama dengan PAS, tiba-tiba sahaja pemimpin Pas Pusat dan negeri
tiba-tiba seperti ‘beruk mendapat bunga’.
Malah, dilaporkan, PAS begitu berkobar-kobar untuk kembali memerintah
Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal itu untuk menggulingkan Ahmad
Razif.
Itu baru cadangan Ahmad Said, entah ia atau tidak.
Tetapi itulah sikap PAS sebenarnya. Mereka mengharapkan akan ada undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya
sebagai menteri besar.
Tuan Ibrahim...harap undi tidak percaya |
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat
kenyataan Ahmad Said akan menyertai "pihak lain" yang akan
membolehkan dibentuk kerajaan jika Ahmad Razif berundur.
Apakah Ahmad Said ada mengatakan untuk membuat langkah
dramatik dengan meletak jawatan daripada UMNO?
Barisan Nasional kini mempunyai 17 kerusi daripada 32
kerusi Dewan Undangan Negeri manakala PAS mempunyai 14 dan PKR (1).
Jika Ahmad Said dan Ghazali menjadi wakil rakyat bebas, BN akan kehilangan majoriti.
Sebelum ini PAS memerintah Terengganu selama dua penggal dari Jun 1959 hingga November 1961, dan Disember 1999 hingga Mac 2004.
Amat nyata sejuah ini hanya Tuan Ibrahim yang mengatakan Ahmad Said hanya perlu meninggalkan UMNO bagi membolehkan PAS untuk mengambil alih pentadbiran.
"Kami bersedia untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu," bagaimanapun menyelar Ahmad Said kerana membuat ancaman.
"Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika UMNO akan memecat Ahmad Razif, maka beliau harus meletak jawatan," katanya sambil menambah bahawa sekutu Ahmad iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib juga perlu keluar daripada UMNO.

Itu pendapat Tuan Ibrahim tetapi Ahmad Said dan Ghazali
tiada niat pun mahu berundur daripada UMNO.
Apapun, Tuan Ibrahim agak rasional berbanding sifat tamak
yang ditunjukkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed apabila
mengatakan ‘tidak ada keperluan untuk PAS membentuk kerajaan campuran dengan UMNO.’
"Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi Adun bebas dan PAS akan memegang majoriti," katanya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang sudah kesekian lama
menunjukkan nafsu besar untuk membentuk kerajaan PAS di Terengganu turut mencabar Ahmad meletak jawatan.
"Beliau tidak mengambil sebarang tindakan untuk melakukannya. Jangan hanya buat bising, tinggalkan UMNO, "katanya.
Satiful yang juga ADUN Paka juga menunjukkan sikap tamaknya apabila mengatakan soal menjemput Ahmad Said atau Ghazali untuk menyertai PAS dalam kerajaan baru itu tidak timbul.
"Peletakan jawatan mereka dari UMNO adalah mencukupi untuk PAS mengambil alih Terengganu," katanya.
"Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi Adun bebas dan PAS akan memegang majoriti," katanya.
Satiful...tamak |
"Beliau tidak mengambil sebarang tindakan untuk melakukannya. Jangan hanya buat bising, tinggalkan UMNO, "katanya.
Satiful yang juga ADUN Paka juga menunjukkan sikap tamaknya apabila mengatakan soal menjemput Ahmad Said atau Ghazali untuk menyertai PAS dalam kerajaan baru itu tidak timbul.
"Peletakan jawatan mereka dari UMNO adalah mencukupi untuk PAS mengambil alih Terengganu," katanya.
Untung juga Ahmad Said mengatakan akan bekerjasama dengan
PAS, sekurang-kurangnya dapat melihat gelagat dan nafsu gelojoh mereka.
PAS mahu mengambil kesempatan dan menggunakan Ahmad Said
dan Ghazali untuk memenuhi cita-cita mereka dan selepas itu ‘habis manis sepah
dibuang.’ Apakah Ahmad Said begitu bodoh untuk menerima atau termakan dengan ‘umpah
PAS berkenaan’?
Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih berpengalaman dan faham dengan politik Terengganu dan kerenah Ahmad Said mengatakan beliau tidak menolak kemungkinan Ahmad cuba untuk mengemukakan usul tidak percaya walaupun tidak memberi notis 14 hari kepada Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
"Kali ini, jika ada usul undi tidak percaya dan Speaker menolaknya, maka kita mungkin mencadangkan undi tidak percaya terhadap Speaker," katanya.

Semalam Zubir mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri tidak menerima notis usul undi tidak percaya
kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Bagaimanapun Yang Dipertua DUN Terengganu itu berkata
walaupun tiada notis usul dikemukakan, ahli Dewan dibolehkan mengemukakan usul
atau cadangan mengikut peruntukan serta Undang-Undang Peraturan Tetap Dewan
ketika persidangan.
Katanya, persidangan DUN negeri dijadualkan pada Isnin (8
Ogos) dan ahli Dewan yang bercadang
mengemukakan usul atau cadangan, tidak perlu
mengemukakan notis awal, sebaliknya pada hari persidangan dengan mematuhi
undang-undang dan peraturan tetap DUN.
Kenyataannya ini menjelaskan kenyataan Ahmad Razif yang
mengatakan untuk kemukakan usul perlu notis 14 hari.
Untuk hari ini hingga Isnin, diharapkan pemimpin UMNO Pusat,
khsuusnya Presiden UMNO dan Perdana Menteri segera melakukan sesuatu.
Buatlah yang terbaik untuk rakyat Terengganu selain
mengukuhkan kembali UMNO dan BN.
Selamatkan negeri dan rakyat daripada kemelut berterusan
dan tidak kurang penting, selamatkan kerajaan UMNO dan BN daripada pemimpin PAS
yang tamak dan rakus!!!!