Menteri
Besar Selangor, Azmin Ali pernah 'diserang' oleh DAP gara-gara ingin bekerjsama
dengan PAS. 'Perang' itu bermula apabila salah seorang pemimpin DAP, Teo Nie Ching berkata," MB
Selangor, adakah ini rakan politik yang anda cari." merujuk kepada PAS.
"Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang) enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.
"Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang) enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.
"Bila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi yang didominasi DAP dalam PRU akan datang, dia juga tidak memanggilnya kebudak-budakan. Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan," tulis Ahli Parlimen Kulai itu di Facebook miliknya.
Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Azmin,
yang juga timbalan Wan Azizah dalam parti dikritik oleh Nie Ching kerana
dilihat mahu meneruskan hubungan kerja dengan PAS walaupun parti itu
menolak DAP.
Berikutan
itu, Azmin menggelar Teo Nie Ching bersifat 'kebudak-budakan'.
Berikutan
itu, PKR merasakan pintu sentiasa terbuka untuk PAS menyertai pakatan
pembangkang yang baharu walaupun terdapat penolakan secara terang-terangan oleh
parti Islam itu sebelum ini.
Itu
yang mungkin dirasakan oleh Wan Azizah.
Dan inilah juga mungkin akan
diperkatakan Azizah apabila turut menjemput PAS untuk menghadiri perbincangan
meja bulat mengenai pembentukan pakatan baharu yang dijadualkan Selasa ini
(esok).
PAS
dilaporkan tidak akan menghadiri perbincangan itu kerana mereka tidak mahu
bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Suara
Wan Azizah mengajak PAS itu bagaikan menyokong Azmin Ali yang mengatakan bahawa
kehadiran PAS dalam pakatan baru sangat penting untuk tujuan dan matlamat yang
sama.
Tetapi
kini, apa pendirian PAS? Apapula pendirian DAP dan rakan baru mereka, Parti
Amanah Negara (Amanah)? http://www.utusan.com.my/berita/politik/tanpa-pas-lebih-mudah-bentuk-pakatan-baharu-1.138553
Semalam
Amanah menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP pastinya akan
memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baharu.
Timbalan
Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dengan ini, Amanah, PKR, DAP bersama
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang akan mempercepatkan lagi
penubuhan muafakat baharu itu tanpa Pas.
“Amanah
mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan
rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan
politik,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Salahuddin
mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan
kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR. Kenyataan Abdul Hadi itu sekali
gus menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang
yang turut dibarisi Amanah dan DAP.
Bagi Dap pula, sejauh ini berpendirian untuk tidak bekerjasama
dengan PAS serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang
baharu.
DAP
sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di
Kelantan.
Bagi
Azmin pula, PKR akan tetap melibatkan PAS dalam pembentukan pakatan pembangkang baharu walaupun DAP berkeras menolak kemasukan parti Islam itu.
Berikutan itu, beliau mahu semua pihak mengetepikan perbezaan pandangan demi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini PKR diberi kata dua supaya membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Berikutan itu, PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bagaimanapun terus kekal dalam gabungan pembangkang. Keputusan itu membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, beliau mahu semua pihak mengetepikan perbezaan pandangan demi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini PKR diberi kata dua supaya membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Berikutan itu, PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bagaimanapun terus kekal dalam gabungan pembangkang. Keputusan itu membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.
Menurut
Dr Wan Azizah semalam, PAS perlu turut serta kerana pakatan memerlukan bilangan
untuk memenangi PRU.
"Untuk
menang pilihan raya, kita perlu ada calon untuk menang bertanding. Kita
perlukan semua orang," katanya ketika ditanya sekiranya PKR yakin dengan
Parti Amanah Negara (Amanah), parti yang menghimpunkan bekas pemimpin PAS.
Bagi
PKR, ia tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan menyokong
penyertaan PAS dalam gabungan parti pembangkang yang baharu, kata Azmin.
Ini
pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima
mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan
bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.
"Perkara
ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua
hari ini bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan
PAS, PKR juga mahu PAS turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.
Malah
ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang
dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad
memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama PAS bagi
membentuk pakatan berkenaan.
Persoalannya,
apakah PKR bersedia untuk menghadapi tekanan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dan Anggota
Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama
ada memilih untuk bersama PAS atau DAP.
Pada 10 September lalu, Ramkarpal Singh meminta Menteri Besar Selangor itu menyatakan pendirian sama ada PKR akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan
Pembangkang baru diwujudkan.
Menurutnya,
Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana
hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
"Azmin
perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana
tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS." Ramkarpal
berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat
yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tindakan
Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan
ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk parti Amanah.