"Apakah Dr Mahathir pernah mendedahkan perbincangan sulit dengan menteri atau pemimpin partinya dalam perkara seperti memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalannya, bukan Najib Razak sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat?"
Berhati-hatilah
pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang lain.
Datuk Seri
Najib Razak mungkin akan menggunakan perbincangan peribadi atau yang dianggap
rahsia untuk menyerang seseorang demi kedudukannya.
Apakah Perdana
Menteri sebelum Najib menggunakan taktik serangan peribadi sebegini untuk
menjatuhkan mereka yang menentangnnya?
Apakah bekas
Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan perbincangan
sulit dengan menteri atau pemimpin partinya umpamanya dalam perkara seperti memilih
Timbalan Perdana Menteri?
Apakah diberitahu kepada rakyat kenapa Dr
Mahathir memilih Abdullah Ahmad Badawi (Tun), bukan Najib sebagai timbalannya
mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Anwat dipecat?
Walaupun ada
pertelingkahan dengan kedua-duanya, Dr Mahathir tidak pernah mendedahkan sebarangan
perbincangan antara mereka sehingga sekarang.
Ada yang tahu
rahsia itu tetapi oleh kerana Dr Mahathir sendiri tidak bercakap mengenainya,
mereka yang tahu mengenai perkara itu turut menyimpan rahsia parti.
Dengan Najib
melakukan pendedahan perbincangannya dengan Datuk Seri Shafie Afdal kelmarin,
perlakukan sebegini turut menimbulkan persoalan, apa ruang atau peluang yang
ada untuk seseorang bekas menteri mempertahankan dirinya daripada tuduhan
sedemikian.
Bagaikan sudah
habis modal untuk diceritakan kepada rakyat Sabah, Najib hari ini membuat
serangan peribadi ke atas seorang bekas menteri persekutuan dari Sabah.
Menggunakan
rahsia perbincangan dan hubungan intim selama ini dengan bekas seorang menteri
persekutuan dari Sabah Najib untuk meyakinkan rakyat Sabah dan menyerang
menteri berkenaan untuk menunjukkan kononnya beliau berjuang untuk rakyat, adalah perbuatan memalukan.
Inikan cara
terbaik untuk mengajak rakyat Sabah menyokong BN?
Tidak adil
mendedahkan hasil perbincangan seorang menteri dengan beliau, malah ‘suasana akrab dan manis’ yang
kini menjadi ‘muram dan masam’, tidak
wajar didedahkan kepada rakyat.
Jelas Perdana
Menteri semakin muflis idea dan modal untuk mengkritik pemimpin lawan serta
mengajak rakyat menyokong BN, terutamanya di Sabah.
Dengan
mendedahkan kononnya seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti
pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi ketua
menteri Sabah adalah perbuatan tidak beretika.
Apa lagi
pendedahan yang menyifatkan permintaan
itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu, sangat
menjijikkan.
Tidakkah
perbincangan sulit dan peribadi antara ketua sebuah parti dengan pemimpin dalam
partinya adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan?
Walau apa juga
keadaannya, sebagai pemimpin utama – apa lagi perbincangan yang bersifat peribadi
seperti ini kalaupun benar – sama sekali tidak wajar didedahkan kepada umum walaupun
orang berkenaan mungkin mengatakan sedemikian.
Jika beginilah
bentuk kepimpinan pemimpin utama parti, maka berhati-hatilah pemimpin UMNO dan BN.
Ini kerana mungkin Najib boleh dan akan
menggunakan sebarang perbincangan ‘dari hati ke hati’ sebagai senjata atau
untuk ‘mengugut seseorang’ kemudian hari.
Kata Najib: “Bagi
saya, cita-cita peribadi tidak boleh mengatasi perjuangan untuk rakyat,”
katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Taman
Batu Sapi semalam.
Sambil itu Najib
berkata mana boleh sebuah parti politik ditubuhkan atas cita-cita peribadi, dan
parti seperti itu tidak akan bertahan lama.
Walaupun tidak
menamakan pemimpin terbabit, Najib jelas merujuk kepada bekas menteri kemajuan
luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga ahli Parlimen
Semporna dan presiden Parti Warisan Sabah.
Najib berkata
penubuhan sesebuah parti politik dibuat atas perjuangan murni, suci serta penuh
idealisme, misalnya penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, UMNO dan
BN ditubuhkan untuk membawa rakyat Malaysia lebih berjaya dan maju.
“Ini parti
politik, ini perjuangan, institusi yang mesti dijaga. Pemimpin boleh datang dan
pergi tetapi BN mesti kekal terus memerintah di bumi Malaysia yang bertuah ini.
“Perjuangan
kita sambung menyambung daripada satu pemimpin kepada pemimpin yang lain dan
sebab itu Malaysia berjaya,” katanya.
Memanglah
tujuan Najib bertujuan mengingatkan
rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang kelak akan
merugikan mereka.
Namun dengan
mendedahkan perbincangan – mungkin juga perbincangan peribadi – dengan
menterinya yang kini didedahkan kepada umum adalah perbuatan cuba mendedahkan
aib dan untuk menunjukkan orang lain tidak ‘berjiwa rakyat’ seperti beliau.
Najib
menhentam bekas menteri itu bukan dalam konteks perjuangan parti atau apa yang
ditawarkan untuk rakyat Sabah tetapi semata-mata untuk menunjukkan menteri itu
sebagai ‘tamak kuasa dan berjuang demi matlamat peribadi’.
Malang sekali
rakyat mempunyai Perdana Menteri yang menggunakan ‘perbincangan peribadi’
sebagai modal politik untuk menyerang lawan beliau.
Yang rakyat
mahu tahu ialah apa jaminan kehidupan mereka di masa hadapan, bukan siapa
meminta apa atau sebagainya.
Apakah menteri
lain tidak meminta apa-apa daripada beliau sebagai Perdana Menteri?
Jika ada –
berhati-hatilah menteri berkenaan – patuhnya selama-lamanya kerana jika anda
menentang Najib, mungkin ada perkara sulit yang dibincangkan dengan Najib akan
didedahkan.
Anda semua pun
mungkin berdepan dengan tindakan seperti yang diperlakukan terhadap bekas
menteri pusat berkenaan.
Yang nyata,
kerana tersepit dan semakin hilang keyakinan, Perdana Menteri kini terpaksa
menggunakan perbincangan peribadi dengan mendedahkan kepada rakyat.
Apakah rakyat
termakan dengan taktik serangan peribadi seperti ini bagi menyokong terus UMNO
dan BN di Sabah?