Thursday, July 23, 2009

NYALAAN LILIN - PAS BERDOLAK-DALIK KELUARKAN FATWA?

Selalunya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat ulasan terhadap sesuatu persoalan. Apalagi jika ia perlu mempertahankan ahli atau pemimpin PAS dalam satu-satu tindakan atau kenyataan mereka.

Bagaimanapun sehingga kini, Nik Aziz enggan mengulas mengenai tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim semalam.

Sementara itu Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.

Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Beliau menyatakannya mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, sambil menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di Kedah yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak, Drs.Khalil Idham Lim dalam kenyataannya yang disiarkan mStar semalam (21 Julai 2009) berkata isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami (beliau dan Nizar) berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, berkebetulan sebagai seorang Cina Islam beliau rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Sementara itu, PAS menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Mohd Nizar yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.
"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di Rantau Panjang semalam.

WARTAWAN UTUSAN MELAYU UGUT PENGURUSAN?

Selepas dikejutkan dengan wartawan menulis mengenai ‘reban ayam’ menjadi ‘restoran berahi’ Sabtu lalu, kita dikejutkan pula dengan wartawan mahu berarak ke pejabat Perdana Menteri.

Gara-garanya kerana isu pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu NUJ dikenakan tindakan disiplin kerana membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seingat saya inilah kali pertama kejadian seumpama ini jika berlaku tetapi cara main-main ugutan seperti ini tidak baik.

Masyarakat melihat wartawan sebagai kumpulan manusia rasional dan tidak wajar ugut-mengugut dilakukan, apalagi berarak ke pejabat perdana menteri.

Kepada Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan timbalannya, Othman Mohamad, tenguk-tenguk perkara ini sebaik mungkin.

Ini kerana semua kita naik bermula dengan wartawan biasa dan pernah menjadi ahli NUJ sebelum ke pangkat eksekutif.

Saya yakin Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang pernah menjadi wartawan dan setiausaha akhbar Perdana Menteri mampu menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya dengan bantuan Aziz.

Kesatuan itu dilaporkan mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli majlis eksekutif NUJ itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata, mereka "tidak teragak-agak untuk bertindak lebih jauh" jika organisasi media itu terus-menerus "cuba menindas suara pekerja".

"Mula-mula syarikat keluarkan surat tunjuk sebab. Lepas ini mereka akan pecat Amran dan mana-mana ahli yang bersuara lantang membela hak pekerja-pekerja di Utusan Melayu.

"Jika ini berlaku, kami semua membantah sekeras-kerasnya dan mungkin membawa perkara ini ke perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang merupakan presiden Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai lalu, Amran dikenakan tindakan disiplin tersebut atas dakwaan "menfitnah" kumpulan media berpengaruh itu susulan tindakannya membuat dua aduan kepada SPRM seperti dilaporkan di Malaysiakini dan Harakahdaily.

Difahamkan, beliau diminta membuat penjelasan bertulis kepada pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad selewat-lewatnya Selasa lalu - kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan yang lebih serius diambil terhadapnya.

Bagaimanapun masih belum jelas bentuk-bentuk tindakan tersebut.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" RM160,000.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk memeterai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

ANWAR - SEMUANYA WAN AZIZAH TAHU

Analisis Kumbang..(www.analisisringan.blogspot.com.)


















Perkara yang paling menarik di dalam kes liwat Anwar yang terbaru ialah apabila dikatakan terdapat tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya. Selain Saiful yang menjadi saksi utama, saksi lain pegawai penyiasat Jude Pereira, Hasanuddin, Rahimi, Rashid Othman dan Abd Hamid.

Kumbang tertarik dengan nama Rashid Othman sebagai saksi di dalam kes ini kerana Kumbang pernah mengulas mengenai beliau di dalam blog Kumbang. Kumbang juga pernah menyatakan persoalan "adakah Rashid akan terlibat di dalam perbicaran kes liwat Anwar Ibrahim?".

Ternyata persoalan Kumbang ada asasnya apabila Rashid akan dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi di dalam kes ini.

Siapa Rashid bin Othman dan apa yang menarik tentang beliau?

Seperti yang diceritakan blogger-blogger anti Anwar pada Kumbang. Ceritanya lebih kurang begini. Samada Anwar keluar daripada penjara dulu atau Rashid keluar dulu. Rashid dikatakan diambil berkerja oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi pembantunya dan Rashid dikatakan turut tinggal di rumah Anwar.

Apa 'portfolio' Rashid di rumah Anwar tidak diketahui secara jelas, mungkin tukang urut atau orang gaji. Tapi GAP menyebut Rashid berkerja sebagai Tukang Urut.

Perkhidmatan Rashid di rumah Anwar ditamatkan Wan Azizah oleh kerana mungkin Wan Azizah tidak berpuas hati dengan 'perkhidmatan' Rashid.Rashid diberhentikan. Peristiwa pemecatan Rashid ini dikatakan berlaku selepas pergaduhan besar antara Anwar dan Wan Azizah yang disebabkan mungkin masalah Rashid ini. Sebab-sebab pemecatan ini masih menjadi misteri. Pelik apabila difikirkan, lelaki dipecat kerana menjadi tukang urut lelaki.

Kenapa Rashid dipecat Wan Azizah?

Adakah Wan Azizah cemburu pada Rashid?

Seperti yang diceritakan rakan Kumbang,Wan Azizah dikatakan sering memberi pesanan kepada pegawai-pegawai Anwar untuk tidak membenarkan sesiapa berada di sekeliling Anwar secara bersendirian. Samada lelaki atau perempuan. Wan Azizah tidak membenarkannya.

Mungkin secara positifnya, langkah Wan Azizah ini adalah untuk mengelakkan sebarang fitnah berlaku terhadap suami beliau. Tetapi pelik apabila difikirkan , Wan Azizah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa tiada 'lelaki' berada bersama Anwar.

Pada Kumbang langkah ini tidak menghairankan kerana mungkin Wan Azizah lebih mengenali siapa suami beliau sebenarnya.

Cerita Rashid tidak habis selepas pemecatan beliau oleh Wan Azizah. Rashid dikatakan bekerja pula untuk Anwar di pejabat lama PKR di Seksyen 16 Petaling Jaya. Selepas beberapa lama, Rashid dikatakan menghilang diri tanpa tujuan dan sebab yang munasabah.

Kemana Rashid menghilang diri? Kenapa Rashid menghilangkan diri?

Apa kaitan Rashid bin Othman dengan kes liwat Anwar Ibrahim?
Kumbang mengetahui tentang Rashid sebagai saksi di dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini adalah pada januari lalu. Tetapi maklumat yang Kumbang ketahui ini tidak dapat dipastikan kerana masih lagi menjadi tanda tanya. Tanda tanya ini terjawab apabila pengumuman mengenai senarai saksi ini dibuat minggu lepas.

Mengulas peranan Rashid di dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma Darmawan di dalam kes liwat tahun 1998.

Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma apabila :

1.Menjadi penjaga pintu dan mengawasi supaya sesiapa pun tidak menyedari kehadiran Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari dan beliau di dalam 1 bilik.

2.Mengatur pertemuan Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim (sebagai pemandu).

3.Tinggal bersama Saiful Bukhari di tempat kejadian (kondominium Damansara).

4.Tukang Urut kepada Anwar Ibrahim.

Jika melihat kepada peranan yang dipegang Rashid ini maka layaklah Rashid digelarkan sebagai "SAKSI PANAS' di dalam kes ini. Samada maklumat yang Kumbang terima ini benar atau tidak, Rashid juga mampu untuk menceritakan 'sejarah perkhidmatan' beliau yang penuh berliku ini di perbicaraan nanti.

Antaranya :
1)Apa peranan dan kerja beliau di tempat kejadian?

2)Adakah beliau turut hadir di tempat kejadian?

3)Apa hubungan beliau dengan Saiful Bukhari? 4)Apa hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim


Persoalan ini akan terjawab di mahkamah nanti dan apa yang pasti Anwar Ibrahim pasti semakin resah dengan kehadiran Rashid sebagai saksi di mahkamah kerana Kumbang yakin Rashid tahu apa yang kita tidak tahu mengenai Anwar Ibrahim

Kumbang harap janganlah ada penangguhan dan permohonan pembatalan kes lagi kerana ramai daripada kita ingin tahu apakah 'rahsia-rahsia' Anwar Ibrahim bersama Rashid'.

Pembatalan kes hanya akan menyebabkan kita semua tidak dapat mengetahui siapakah Rashid sebenarnya pada Anwar dan apa peranan beliau di dalam kes ini.
Sama-sama kita nantikan jawapan kepada segala persoalan ini.

"Penantian satu penyeksaan"

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?