Saturday, February 18, 2012

“TONG SAMPAH”, KEMPEN PRU 13 & ISU KERUNTUHAN STADIUM SSMZA

Laporan teganukini semalam mengenai laporan PAS kepada SPRM mengenai kelemahan tadbir urus dan kemelahan UMNO dan kerajaan BN Terengganu.

Pada perjumpaan dengan penjawat awam di mana-mana pun, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sering mengingatkan mereka, “jangan jadikan orang politik sebagai TONG SAMPAH.

Apa maksud beliau? Maksudnya ialah jangan jadikan kelembaban, ketidak-kecekapan, kelemahan, tidak proaktif dan rasuah di kalangan mereka diletakkan di atas bahu orang politik.

Semakin hampir pilihan raya umum, semakin kuat tuduhan dan perbuatan menyalahkan orang politik dalam pentadbiran negeri demi meraih sokongan dan undi. Ia dibuat oleh pemimpin PAS segala-galanya untuk sokongan kepada PAS!

Dengan menjadikan orang politik sebagai ‘TONG SAMPAH’, mudahlah PAS berkempen dan apa juga kelemahan yang diakibatkan oleh penjawat awam mudah dialihkan untuk menyalahkan orang politik, khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Seharusnya, di mana-mana juga, orang politik dan penjawat awam perlu berganding bahu untuk menjamin program dan projek kerajaan negeri sampai dan dinikmati dengan baik oleh rakyat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah kerajaan negeri melalui keputusan mesyuarat Exco meluluskan sesuatu projek dalam bentuk peruntukan kewangan dan konsep. Yang lain ditentukan oleh jabatan atau unit-unit yang melaksanakannya.

Dalam konteks pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) ia dilaksanakan sebagai menunaikan janji pilihan raya 2004 dan harapan ialah dengan adanya stadium ini, kegiatan sukan di Terengganu dapat dipertingkatkan.

Malah kemudahan di stadium itu bertaraf antarabangsa dan salah satu stadium moden di negara ini.

Kelmarin (Khamis, 16 Februari 2012), tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah “memperbaharui laporan” kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai SSMZA.

Hakikatnya, orang politik hanya membuat keputusan dan kelulusan kewangan. Yang melaksana dan menyelianya bukan orang politik tetapi kontraktor, subkontraktor serta pegawai-pegawai kerajaan yang ditugaskan menyelianya.

Selalunya pakar perunding yang terbabit dengan sesuatu projek juga adalah pihak yang bertanggungjawab menjamin sesuatu projek itu dapat diserahkan kepada kerajaan dalam keadaan sebaik-baiknya.

Dan apabila isu SSMZA runtuh dan kemudian dilaporkan berlaku kecurian kelengkapan dan barangnya, tiba-tiba PAS Terengganu menyalahkan UMNO dan Kerajaan Negeri, ia perlu dilihat dalam konteks kepentingan politik PAS untuk pilihan raya umum ke 13 semata-mata.

Wajar dan adilkah tuduhan sedemikian?

ADUN Bukit Tunggal yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dr Alias Razak selepas ikut serta “memperbaharui laporan” kepada SSPRM di Kuala Terengganu berkata, ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan BN.


Menurutnya: "Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan. Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat.

Kata Dr Alias, pada taklimat Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.

Apakah tuduhan Dr Alias ini benar?



Memetik daripada teganuku, seorang pegawai JKR menghuraikan tuduhan ini:

1. Tuduhan Dr. Alias adalah satu pembohongan kerana penerimaan sesuatu projek dibuat oleh sesebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam pelaksanaannya. Apabila projek itu siap, tidak perlu dibawa kepada kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menerima serahan sesuatu projek;

2. Dalam isu SSMZA, serahan projek dibuat olek kontraktor-kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya semasa projek berkenaan disiapkan. JKR menerima serahan projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri;

3. Kejadian keruntuhan SSMZA bukan kerana UMNO atau BN tetapi akibat kecuaian pihak AKITEK PERUNDING semasa menyediakan rekabentuk stadium ini;

4. Tindakan harus diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan JKR yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara; dan

5. Dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek SSMZA adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.

(Nota: Penulis tidak mengatakan arkitek perunding bersalah kerana yang menyebut perkara ini ialah pegawai JKR di Kuala Terengganu).

Jelas dan nyata jawapan berkenaan dan amat jelas keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun BN.

Apa yang pasti bagi penjawat awam, mereka berkhidmat tidak mengira di bawah pemerintahan siapa pun malah di bawah kerajaan PAS pada tahun 1999-2004 yang lalu, penjawat awam turut berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan.

Apabila negeri ini diambilalih semula oleh BN, penjawat awam juga yang jaga projek-projek pembangunan tetapi “Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional.”

Dr Syed Azman yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta juga berlebih-lebihan dalam kenyataannya.

Persoalannya, isu runtuh satu hal dan isu kecurian pula kenapa mahu disalahkan UMNO dan BN sedangkan kontraktor yang ditugaskan untuk membersih runtuhan dan juga pihak yang mengawasi stadium sewajarnya dipersalahkan.

Selain itu dengan mengatakan kecurian mencecah nilai RM50 juta tidak tepat kerana JKR masih mengkaji.

Menteri Besar sudah menjelaskan pada 1 Februari lalu bahawa kerugian sebenar dijangka tidaklah sebenar angka disebutkan itu. Bagaimanapun, perkara itu sekarang ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis.

Katanya, sehingga kini polis sudah menahan tujuh lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang terbabit dalam kes kecurian dan pencerobohan di stadium berkenaan serta sudah didakwa di mahkamah.

Apakah kenyataan Dr. Alias ini wajar?

Tidakkah tuduhan ini boleh disifatkan sebagai perbuatan yang tidak bermoral?

Apakah beliau juga seperti rakan sewaktu dengannya iaitu ADUN Batu Burok, akan berdepan saman oleh Kerajaan Negeri berikutan ia bersifat fitnah, tidak berasas serta tidak bertanggungjawab?