Tahniah kepada Setiausaha Kerja Umno yang baru, Datuk Abd. Rauf Yusoh.
Memang tanggungjawab yang harus dipikul cukup mencabar terutama selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum Mac 2008.
Tetapi oleh kerana Rauf sudah ‘membina rumah di tepi pantai’, beliau tidak boleh lagi takut kepada ombak atau juga gelombang.
Amat jelas, Rauf terpilih untuk membuat pembaharuan, bukan undur (ke belakang).
Banyak pihak menganggap Brigedier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim terlalu ‘keras’ dan tidak sesuai menggendalikan pentadbiran Ibu Pejabat UMN O.
Menjadi tugas Rauf untuk memulihkan semula hubungan Ibu Pejabat dengan bahagian-bahagian.
Mungkin antara tugas pentingnya ialah menjamin kes-kes tertunggak di bahagian, perlu diatasi segera, walaupun turut membabitkan Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Pengurusan.
Berkuat kuasa Isnin lalu Rauf diberikan tugas mentadbir agar ahli, cawangan, bahagian dan perhubungan selesa dan mesra apabila berhubung dengan Ibu Pejabat UMNO.
Bagi saya UMNO tidak perlu kembali menghayati perjuangan asal bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu.
Ini kerana citarasa dan matlamat perjuangan UMNO seudah banyak berubah. Jika dahulu UMNO hanya dianggotai oleh orang Melayu-Islam, kini sudah ada bukan Melayu dan bukan-Islam.
Selain itu jika dahulu dasar parti dan kerajaan adalah mirip 100 peratus Melayu dan Bumiputera, melalui slogan baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, UMNO perlu menyesuaikannya dengan tema baru ini.
Bagaimanapun saya bersetuju dengan Rauf mengenai UMNO sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, harus berada di landasan perjuangan yang sebenar jika ingin memastikan parti itu terus kekal relevan.
Tepat sekali jika Rauf mengatakan “Kita kena balik kepada rakyat, kita perlu tahu apa yang diinginkan oleh rakyat."

Saturday, May 2, 2009
SELSEMA BABI PERINGATAN ALLAH
Ubahlah apa juga nama daripada selesema babi kepada influenza A (H1N1) seperti diminta Kementerian Kesihatan mulai sekarang bagi mematuhi cadangan ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman.
Ubah nama sahaja dengan alasan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat, dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak, tidak akan memberi kesan kepada umat sejagat.
Bagi saya punca kononnya siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama wabak itu tercetus, bukan persoalan utama.
Mendekati selsema babi ini elok jika kita merujuk kepada Khutbah Jumaat hari ini (1 Mei 2009) seperti disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jika tidak kerana babi itu makanan membahayakan manusia masakan Allah yang mEncipta binatang itu lebih mengetahuin bagi mengingatkan manusia mengenai bahayanya.
Banyak yang meragui apa yang diperkatakan oleh Islam mengenai babi dan apabila timbul wabak ini yang sudah membunuh berates manusia, persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?.
Jawapannya mudah sahaja. Sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia.
Oleh kerana saya tidak arif mengenai kaitan hukuman dan larangan mengenai babi, saya perturunkan khutbah bertajuk “Wabak Selesema Babi – Satu Peringkatan Allah” yang disediakan ooleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Muslimin yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “WABAK SELSEMA BABI SATU PERINGATAN ALLAH”.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Dunia seringkali dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit. Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan ancaman Selsema Burung, JE, Denggi, Chikungunya, dan HIV. Kini sekali lagi dunia berdepan dengan wabak yang menakutkan iaitu Wabak Selsema Babi. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,300 orang sebagai pengidap.
Antara negara yang terlibat ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi.
Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Kesan yang dikenal pasti apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Al-Qur’an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat.
Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Persoalan besar yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?.
Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa. Justeru sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 3:
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Dalam menghadapi ancaman wabak selesema babi ini, mimbar menyeru semua pihak agar mengambil perhatian serius terhadap serangan wabak ini. Lebih-lebih lagi pihak berkuasa negara, perlulah mengawal pintu masuk negara daripada kemasukan pelancong ke negara ini yang dikhuatiri membawa virus tersebut.
Seterusnya mempastikan warganegara Malaysia tidak berkunjung ke negara yang dilanda wabak, di samping perlunya peraturan dan kawalan ketat terhadap aktiviti penternakan babi di negara ini. Sebagai muslim, kita mestilah berusaha mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah Azza wa jalla dalam menghadapi apa jua ancaman dan musibah.
Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Mimbar amat mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah s.w.t.
Maksudnya: “Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman.
Ubah nama sahaja dengan alasan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat, dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak, tidak akan memberi kesan kepada umat sejagat.
Bagi saya punca kononnya siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama wabak itu tercetus, bukan persoalan utama.
Mendekati selsema babi ini elok jika kita merujuk kepada Khutbah Jumaat hari ini (1 Mei 2009) seperti disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jika tidak kerana babi itu makanan membahayakan manusia masakan Allah yang mEncipta binatang itu lebih mengetahuin bagi mengingatkan manusia mengenai bahayanya.
Banyak yang meragui apa yang diperkatakan oleh Islam mengenai babi dan apabila timbul wabak ini yang sudah membunuh berates manusia, persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?.
Imam yang membaca khutbah hari ini menyebut: “Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?”
Oleh kerana saya tidak arif mengenai kaitan hukuman dan larangan mengenai babi, saya perturunkan khutbah bertajuk “Wabak Selesema Babi – Satu Peringkatan Allah” yang disediakan ooleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Muslimin yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “WABAK SELSEMA BABI SATU PERINGATAN ALLAH”.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Dunia seringkali dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit. Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan ancaman Selsema Burung, JE, Denggi, Chikungunya, dan HIV. Kini sekali lagi dunia berdepan dengan wabak yang menakutkan iaitu Wabak Selsema Babi. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,300 orang sebagai pengidap.
Antara negara yang terlibat ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi.
Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Kesan yang dikenal pasti apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Al-Qur’an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat.
Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Persoalan besar yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?.
Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa. Justeru sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 3:
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Dalam menghadapi ancaman wabak selesema babi ini, mimbar menyeru semua pihak agar mengambil perhatian serius terhadap serangan wabak ini. Lebih-lebih lagi pihak berkuasa negara, perlulah mengawal pintu masuk negara daripada kemasukan pelancong ke negara ini yang dikhuatiri membawa virus tersebut.
Seterusnya mempastikan warganegara Malaysia tidak berkunjung ke negara yang dilanda wabak, di samping perlunya peraturan dan kawalan ketat terhadap aktiviti penternakan babi di negara ini. Sebagai muslim, kita mestilah berusaha mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah Azza wa jalla dalam menghadapi apa jua ancaman dan musibah.
Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Mimbar amat mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah s.w.t.
Maksudnya: “Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Subscribe to:
Posts (Atom)