Friday, June 1, 2012

BIDA WWW 1 – SULTAN JOHOR BERJIWA RAKYAT, BERMARUAH…


Satu perkara yang mungkin SEMUA KITA tidak sedar ialah Sultan Johor tidak jenis MINTA FREE WWW 1 walaupun mungkin mempunyai ‘ruang dan peluang’ berbuat demikian.

Walaupun bukan rakyat Johor tetapi sebagai sebagai rakyat yang bertuankan Sultan Melayu, patik merafat sembah kepada Tuanku Sultan IbrahimIsmail Sultan Iskandar mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH KEPADA TUANKU kerana menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bahawa Sultan Johor bermaruah dan tidak menggunakan kuasa sewanang-wenangnya untuk mendapatkan apa yang diminatinya.

Tuanku Sultan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk bersama-sama rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1.

Dengan kata lain, Tuanku Sultan mendapatkannya bukan melalui pintu belakang atau menggunakan kedudukannya untuk tujuan berkenaan. 

Malah dengan membida Tuanku Sultan membayar dan hasilnya dapat kepada kerajaan, bukan mendapatkannya secara percuma.

Kita nak tanya, gambar-gambar yang ditunjukkan oleh blogger RBF terhadap kereta-kereta pembesar di Kelantan, Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menggunakan AGS 10 itu, berapa MEREKA bayar?

Atau memang ia dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri?


 


Bagaimana pula dengan pembelian kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606, berapa banyak Jabatan Pengangkutan Jalan Perak dapat duit daripadanya?

Seperti kata RBF, apakah kos pembelian kesemua nombor pendaftaran itu yang didaftarkan pada 9 Januari 2009 ditanggung oleh wakil rakyat Pas itu sendiri atau menggunakan wang kerajaan?

Selain itu tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk terus mempamerkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, keputusan tersebut diambil kerana jabatan itu mengamalkan dasar ketelusan dalam apa jua keadaan.

Solah berkata demikian bagi mengulas saranan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman pada Khamis yang meminta JPJ supaya mempertimbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida.

Mohd Yusof Abd Rahman berkata, langkah mengumumkan nama pembida itu secara tidak langsung mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka.

Kata Solah, jika jabatan tersebut mengambil pendekatan untuk tidak mempamerkan nama pembida pada masa depan, tindakan itu akan menimbulkan lebih banyak fitnah.

"Jabatan sentiasa mengamalkan dasar ketelusan. Kalau tak pamer lagi banyak fitnah. Siapa yang tidak mahu namanya dipamer jangan masuk tender," kata Solah menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, hari ini.

SPRM BUKA SISASATAN…ANWAR, SHAFEE YAHAYA GEMENTAR, AZMIN GELABAH

 "Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu...mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan..." 
- Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil



Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Kesan arahan ini pastinya dua orang lagi yang dikaitkan dengan kes ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Datuk Shafee Yahaya menjadi gementar.

Azmin sendiri pastinya gelabah apabila kes ini akan dibuka semula kerana SPRM mahu siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah dakwaan ini benar atau tidak.

Dengan kata lain, soal hukuman tidak penting tetapi untuk membuktikan memang Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Pastinya Shafie juga yang selama ini menonjolkan dirinya sebagai ‘manusia baik’ sedangkan mengikut sahaja arahan Anwar akan berada dalam keresahan dan gementar.

Apa lagi kini ada pihak mahu mendedahkan kisah Shafiee seperti laporan di bawah:


Pengerusi Panel, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata semalam, panel berkenaan mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.

"Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu," katanya semalam.

Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.

Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas  Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang. 

Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.