Friday, June 1, 2012

BIDA WWW 1 – SULTAN JOHOR BERJIWA RAKYAT, BERMARUAH…


Satu perkara yang mungkin SEMUA KITA tidak sedar ialah Sultan Johor tidak jenis MINTA FREE WWW 1 walaupun mungkin mempunyai ‘ruang dan peluang’ berbuat demikian.

Walaupun bukan rakyat Johor tetapi sebagai sebagai rakyat yang bertuankan Sultan Melayu, patik merafat sembah kepada Tuanku Sultan IbrahimIsmail Sultan Iskandar mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH KEPADA TUANKU kerana menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bahawa Sultan Johor bermaruah dan tidak menggunakan kuasa sewanang-wenangnya untuk mendapatkan apa yang diminatinya.

Tuanku Sultan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk bersama-sama rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1.

Dengan kata lain, Tuanku Sultan mendapatkannya bukan melalui pintu belakang atau menggunakan kedudukannya untuk tujuan berkenaan. 

Malah dengan membida Tuanku Sultan membayar dan hasilnya dapat kepada kerajaan, bukan mendapatkannya secara percuma.

Kita nak tanya, gambar-gambar yang ditunjukkan oleh blogger RBF terhadap kereta-kereta pembesar di Kelantan, Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menggunakan AGS 10 itu, berapa MEREKA bayar?

Atau memang ia dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri?


 


Bagaimana pula dengan pembelian kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606, berapa banyak Jabatan Pengangkutan Jalan Perak dapat duit daripadanya?

Seperti kata RBF, apakah kos pembelian kesemua nombor pendaftaran itu yang didaftarkan pada 9 Januari 2009 ditanggung oleh wakil rakyat Pas itu sendiri atau menggunakan wang kerajaan?

Selain itu tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk terus mempamerkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, keputusan tersebut diambil kerana jabatan itu mengamalkan dasar ketelusan dalam apa jua keadaan.

Solah berkata demikian bagi mengulas saranan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman pada Khamis yang meminta JPJ supaya mempertimbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida.

Mohd Yusof Abd Rahman berkata, langkah mengumumkan nama pembida itu secara tidak langsung mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka.

Kata Solah, jika jabatan tersebut mengambil pendekatan untuk tidak mempamerkan nama pembida pada masa depan, tindakan itu akan menimbulkan lebih banyak fitnah.

"Jabatan sentiasa mengamalkan dasar ketelusan. Kalau tak pamer lagi banyak fitnah. Siapa yang tidak mahu namanya dipamer jangan masuk tender," kata Solah menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, hari ini.

2 comments: