Di Malaysia ini ada seorang insan terpilih yang ‘gila’ iaitu Anwar Ibrahim.
Kenapa saya katakana ‘gila’?
Kerana semuanya dia mahu dan kena ikut kata dia. Orang lain semuanya 'Pak Pandir'
Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan habis apabila mencabar kerajaan supaya mengunjurkan semula peruntukan RM232.8 bilion dalam Bajet 2012 kepada RM220 bilion seperti yang dibentangkan Pakatan Rakyat, Selasa lalu.
Menurut Anwar, pengurangan itu perlu dikaji semula kerana bajet yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan ekonomi yang tidak tepat.
"Peruntukan RM232.8 bilion yang diumumkan tidak berasaskan angka unjuran yang tepat dan dibuat tanpa mengambil kira beban hutang rakyat dan negara. Oleh itu, adalah wajar jika bajet tersebut dibentangkan semula untuk dibahaskan," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam.
Anwar yang juga Ahli Parlimen, Permatang Pauh berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima hingga enam peratus yang disasarkan kerajaan pada 2012 juga tidak realistik kerana terlalu tinggi dan ditolak penganalisa-penganalisa ekonomi.
"Unjuran pertumbuhan yang dibuat oleh Bank Dunia ialah 5.7 peratus, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 5.5 peratus dan RHB 4.5 peratus saja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya.
Minta sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat ikut kata dia dan Pakatan Rakyat? Gila ke?
Itu pakar di sebelah pihak yang menyokong Anwar tetapi pakar-pakar serta penganalisis ekonomi yang menyokong kerajaan, apakah mereka tidak bijak dan mampu membuat unjuran?
Kalaupun mahu beri pandangan, jangan sampai minta kerajaan ikut telunjuknya. Kerana itu saya kata Anwar 'gila'.
Amat jelas pakar ekonomi kerajaan tidak diiktiraf langsung oleh Anwar seolah-oleh pakar Pakatan Pembangkang lebih baik.
Apakah pakar yang membantu kerajaan sama ada dari institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan atau pakar bebas yang dilantik kerajaan tidak berkelayakan?
Bercakap di Kuala Selangor Sabtu lalu ( 8 Oktober 2011), Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebab dan alasan untuk mempelekeh-lekehkan bajet tersebut yang jelasnya memberi banyak tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.
"Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan ini dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.
"Orang-orang (pakar-pakar) ini bukan Pak Pandir, ada kepakaran (masing-masing). Bila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri.
Anwar turut mempertikaikan tindakan kerajaan mensasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana ia dilihat sebagai taktik Kerajaan Persekutuan untuk menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.
Sehubungan itu, beliau mempertahankan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga 4.5 yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam belanjawan bayangan mereka.
"Sasaran kita realistik kerana pertahankan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus sebagai usaha untuk mengekang bebanan hutang negara," tambahnya.
Bagi saya jika Anwar mahu mempertahankan pendapat dan apa juga unjuran ekonomi itu haknya.
Namun untuk memaksa kerajaan menerima Bajet 2012 Pembangkang adalah kerja orang gila dan menganggap orang lain semuanya tidak bijak dan tidak berupaya.
Bayangkan orang ini kalau jadi Perdana Menteri.
Dia nak dengar nasihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh atau Lim Kit Siang? Jauh panggang dari api!
Saya lihat dia tidak akan menerima pandangan orang lain kerana dialah ‘insan terpilih yang mampu melakukan segala-galanya’!
Patutlah dia boleh melawan dan memperlekehkan orang yang membentuk, menaik dan ‘menatangnya bagai minyak yang penuh’ – Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerana ‘gila kuasa’ Anwar kini menjadi seorang yang ‘gila’ segala-galanya.