Showing posts with label Gila Talak. Show all posts
Showing posts with label Gila Talak. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN 'GILA' ANGGAP ORANG LAIN 'PAK PANDIR'...

Di Malaysia ini ada seorang insan terpilih yang ‘gila’ iaitu Anwar Ibrahim.

Kenapa saya katakana ‘gila’?

Kerana semuanya dia mahu dan kena ikut kata dia. Orang lain semuanya 'Pak Pandir'

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan habis apabila mencabar kerajaan supaya mengunjurkan semula peruntukan RM232.8 bilion dalam Bajet 2012 kepada RM220 bilion seperti yang dibentangkan Pakatan Rakyat, Selasa lalu.

Menurut Anwar, pengurangan itu perlu dikaji semula kerana bajet yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan ekonomi yang tidak tepat.

"Peruntukan RM232.8 bilion yang diumumkan tidak berasaskan angka unjuran yang tepat dan dibuat tanpa mengambil kira beban hutang rakyat dan negara. Oleh itu, adalah wajar jika bajet tersebut dibentangkan semula untuk dibahaskan," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen, Permatang Pauh berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima hingga enam peratus yang disasarkan kerajaan pada 2012 juga tidak realistik kerana terlalu tinggi dan ditolak penganalisa-penganalisa ekonomi.

"Unjuran pertumbuhan yang dibuat oleh Bank Dunia ialah 5.7 peratus, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 5.5 peratus dan RHB 4.5 peratus saja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya.

Minta sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat ikut kata dia dan Pakatan Rakyat? Gila ke?

Itu pakar di sebelah pihak yang menyokong Anwar tetapi pakar-pakar serta penganalisis ekonomi yang menyokong kerajaan, apakah mereka tidak bijak dan mampu membuat unjuran?

Kalaupun mahu beri pandangan, jangan sampai minta kerajaan ikut telunjuknya. Kerana itu saya kata Anwar 'gila'.

Amat jelas pakar ekonomi kerajaan tidak diiktiraf langsung oleh Anwar seolah-oleh pakar Pakatan Pembangkang lebih baik.

Apakah pakar yang membantu kerajaan sama ada dari institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan atau pakar bebas yang dilantik kerajaan tidak berkelayakan?

Bercakap di Kuala Selangor Sabtu lalu ( 8 Oktober 2011), Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebab dan alasan untuk mempelekeh-lekehkan bajet tersebut yang jelasnya memberi banyak tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.

"Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan ini dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.

"Orang-orang (pakar-pakar) ini bukan Pak Pandir, ada kepakaran (masing-masing). Bila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri.

Anwar turut mempertikaikan tindakan kerajaan mensasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana ia dilihat sebagai taktik Kerajaan Persekutuan untuk menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga 4.5 yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam belanjawan bayangan mereka.

"Sasaran kita realistik kerana pertahankan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus sebagai usaha untuk mengekang bebanan hutang negara," tambahnya.

Bagi saya jika Anwar mahu mempertahankan pendapat dan apa juga unjuran ekonomi itu haknya.

Namun untuk memaksa kerajaan menerima Bajet 2012 Pembangkang adalah kerja orang gila dan menganggap orang lain semuanya tidak bijak dan tidak berupaya.

Bayangkan orang ini kalau jadi Perdana Menteri.

Dia nak dengar nasihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh atau Lim Kit Siang? Jauh panggang dari api!

Saya lihat dia tidak akan menerima pandangan orang lain kerana dialah ‘insan terpilih yang mampu melakukan segala-galanya’!

Patutlah dia boleh melawan dan memperlekehkan orang yang membentuk, menaik dan ‘menatangnya bagai minyak yang penuh’ – Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerana ‘gila kuasa’ Anwar kini menjadi seorang yang ‘gila’ segala-galanya.

Monday, July 12, 2010

ZULKIFLI PEMBOHONG, PARASIT & GILA TALAK

"Dirinya tidak pernah berperanan di mahkamah atau berucap di hadapan hakim untuk membela Datuk Seri Anwar, tetapi hanya menumpang popularitinya (Anwar) untuk hidup...Ini bolehlah diibaratkan seperti parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu... dan sebagai parasit, menggigit kembali (orang) yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa," - Khalid Samad

Bukan Saya kata...Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad kata.

Menurut mStar Online, Khalid menyifatkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong, parasit dan gila talak apabila baru-baru ini mengakui menghadiri beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS.

Menurut Khalid, tindakan bekas Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerus mengaitkan dirinya dengan PAS bertujuan mendapatkan 'talian hidup' demi survival politiknya.

"Sekarang ini terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafikannya, bertambah kronik kes ini kerana beliau bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak.

"Kononnya banyak program bersama PAS, tapi bak kata pepatah, sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya," katanya di sini pada Ahad.

Menulis dalam entri terbaru blognya, www.khalidsamad.com beliau mendakwa, sikap tidak konsisten Zulkifli dalam prinsip perjuangannya jelas demi kepentingan politik
nya.
"Beliau berpindah parti, dari parti Islam (PAS) ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS.


"Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihatnya," katanya.

Sebelum ini Zulkifli melalui blognya berkata beliau telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun kini menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Kenyataannya itu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa beliau dan seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya mereka akan terlibat dalam program jelajah Umno Selangor untuk mendedahkan sandiwara pakatan pembangkang di negeri itu.

Selain itu Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam berkata, Zulkifli juga seringkali menumpang populariti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam sewaktu beliau masih bersama parti itu.

"Dirinya tidak pernah berperanan di mahkamah atau berucap di hadapan hakim untuk membela Datuk Seri Anwar, tetapi hanya menumpang popularitinya (Anwar) untuk hidup.

"Ini bolehlah diibaratkan seperti parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu... dan sebagai parasit, menggigit kembali (orang) yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa," katanya.

Dalam pada itu tegas Khalid, PAS dan PKR tidak akan menerima Zulkifli untuk kembali bersama mereka sebaliknya hanya mahu melihat masa depannya selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak iaitu PAS tidak mahukannya, PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah).

"Umno pula tidak teringin untuk menerimanya... oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan ke mana beliau bersama empat lagi (ahli Parlimen Bebas) yang sekapal dengannya membawa diri," katanya.

Khalid dan Zulkifli sebelum ini pernah berperang mulut dengan masing-masing mencabar agar keluar parti ekoran polemik penggunaan kalimah Allah awal Januari lalu.


Kita tenguklah apa reaksi Zulkifli selepas ini!