Wednesday, February 3, 2010

MOHD SAIFUL SAKSI PERTAMA

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.
Menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini, Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhdap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung petang ini, menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini.

Karpal juga berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ahli parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijadualkan hari ini pada bila-bila masa sekarang.

ZULKIFLI SANGGUP TINGGALKAN PARLIMEN, PKR?

Nak letak jawatan apa Zul?

Apakah benar kerana cinta kepada Islam yang mengatasi segalanya, Zul sanggup berkorban walaupun amt saying dan hormati Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Satu laporan portal berita menyebut YB Zulkifli Noordin akan meletakkan jawatan hari ini.

Kata portal berkenaan, walaupun walaupun biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
Apakah bila-bila masa itu bermaksud hari ini?

Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya. Dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur. Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri.

Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini, tegasnya.

Zulklifi sudah diarahkan ssupaya tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad.

Laporan dibuat berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

Zulkifli tidak mempunyai kedudukan dalam Parti Keadilan Rakyat, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu,

Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.

ADA PEMIMPIN TERENGGANU BERSIKAP ‘ANJING GIGIT TUANNYA?’

(kemaskini)

Saya menerima satu email daripada seseorang yang bernama ayubb malam kelmarin yang membuat komen mengenai tulisan saya mengulas tindakan Aduka Taruna mahu atau bersedia meminta maaf dan didakwa.

Menurut komen penjenguk berkenaan, Aduka Taruna disifatkan sebagai seorang yang berjiwa besar dan berani mengakui kesilapan.

Kata ayubb:
Saudara Hambali,

Membaca posting tuan ini serta ulasan dalam blog http://teganukini.blogspot.com terpegun rasa saya apabila pencarian saya terhadap istilah Raja Berperlembagaan telah diberi jawapan. Kuasa Raja dijelaskan sejelas-jelasnya melaui pengesahan daripada Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Dato’ Nazri Aziz dan Dato’ Noh Omar.

Beberapa hari saya telah cuba menghantar komen dalam blog tuan tetapi tidak berjaya, mungkin masalah kepada talian atau masalah teknikal yang lain.

Saya tidak hairan dengan tindakan Adukataruna, mungkin kerana dia masih mentah, pelajaran tidak sampai ke Universiti dah tidak cukup pengalaman dalam mengejar dan menarik pengunjung ke blognya.

Pengunjung yang ramai akan menambah rezeki kepada beliau apabila menjual ruang iklan dan menjual e-buku. Paling tidak dapat meningkat rezeki beliau dan mengelak beliau terjebak dengan aktiviti yang membawa beliau kejalan yang negatif.

Paling tidaknya Adukataruna seorang anak muda yang kreatif dalam usaha memajukan kehidupan beliau dan keluarga dewasa nanti !

Melihat dan menilai komen mengenai sikap Aduka Taruna ini saya menyepikan diri beberapa ketika.

Lantas terfikir oleh saya, bagaimana seorang yang tidak menerima apa-apa anugerah atau kedudukan sanggup meminta maaf sedangkan hakikatnya, beliau hanyalah orang biasa.

Seperti saya sebutkan dalam entri saya sebelum ini, pada ketika Aduka Taruna hanyalah orang biasa (tidak semestinya bebas mencerca Raja), namun di Terengganu, ada pembesar negeri dan bekas pembesar negeri yang pernah menerima anugerah kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Dato' Seri daripada orang yang mengurniakannya, mencerna balik badan tubuh berkenaan.

Mereka sanggup goncang pagar istana dan melakukan apa sahaja kerana tidak berkenan dengan perkenan Raja.

Apakah mereka ini tidak tahu mengenang budi atau memang jenis ‘kacang lupakan kulit’ atau ‘anjing yang menggigit tuannya?”

Ternyata Aduka Taruna menyerlahkan kehebatan dirinya apabila beliau meminta maaf secara terbuka di atas kesedaran diri sendiri dan dengan rendah dirinya beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran beliau berkenaan dengan artikel yang disebut sebagai di luar norma kemanusiaan .

Bagi saya Aduka Taruna adalah seseorang yang berjiwa besar dan bernai bertanggunfjawab, bukan jenis lempar batu sembunyi tangan.

Dengan mengaku bersalah dan memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran beliau serta berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa dan seterusnya menarik semula artikel yang diakuinya luar norma kemanusiaan itu dari blog beliau - menggambarkan betapa seorang insan tidak lepas daripada kelemahan tetapi selepas sedar kesilapan tahu meminta maaf.

Aduka Taruna bukan seperti sesetengah pemimpin Terengganu yang ‘buat muka tembok’ dan ‘tidak mengenang budi’.

Aduka Taruna bukan sekolah tinggi atau lulus cemerlang. Dia bukan jenis lulus dengan kepujian kelas pertama atau sebagainya.

Beliau juga bekas jenis pemimpin yang bertaraf global dan belajar di serata pelusuk dunia. Dia bukan lulusan sekolah bisnes atau peguam terkemuka. Dia bukan pemimpin Hadhari atau bertaraf Ulul Albab.

Aduka Taruna bukan jenis tidak reti meminta maaf – malah dia mlakukannya secara terbuka di atas keterlanjurannya – namun di Terengganu, ada pemimpin yang pernah menjadi penggerak kain rentang yang menggunakan perkataan ‘natang’ tidak reti untuk mengakui kesilapan.
Siapa ‘natang’ sebenarnya? Orang yang dituduh ‘natang’ atau mereka yang mencipta dan menggerakkan sepanduk ‘natang’?

Memalukan kerana beberapa kerat pemimpin Terengganu, termasuk urusetia kumpulan penentang istana ini kononnya seseorang yang begitu mahir dalam bidang agama.

Dia menunjukkan kemampuan yang utuh ketika berdepan dengan kepimpinan PAS khususnya dalam dewan undangan negeri dengan bacaan dan tafsiran Hadith dan Al-Quran. Biarpuan berpengalaman sebagai seseorang penting menjaga hal ehwal ugama namun ternyata apabila dia juga tidak reti atau tidak sedar mengenai sikap dan perangainuya yang menentang ‘pelindung’ agama Islam, apakah jenis manusia seperti ini?

Wajarkah dia berterusan bersikap demikian?

Lebih menarik, salah seorang pengikut kuat kumpulan ini walaupun memakai kebesaran Sultan tidak sampai ketahap Dato’ , tapi dia tahu undang-undang. Namun sebagai bekas dan berpengalaman sebagai penjawat awam dalam pentadbiran perundangan dan kehakiman, orang ini juga bagaikan ‘pekak badak’ dan tidak menghormati perlembagaan negeri dan persekutuan.

Seorang lagi yang tidak berpelajaran tinggi seperti rakan lain (berpelajaran pendek sahaja) tapi lebih menonjol kedepan. Kini heboh dinyanyikan ke seluruh pelusuk negeri kononnya beliau ini berpeluang cerah ke jawatan tertinggi negeri akibat hubungan yang rapat dengan kepimpinan pusat.

Lantas, seperti komen ayubb yang sengaja saya tidak siarkan di sini (kerana sebab-sebab tersendiri), lantas terfikir oleh saya - apakah mereka ini tidak malu dengan tindakan mereka kepada Sultan Terengganu apabila ada kalangan mereka yang memikul bintang tertinggi negeri yang dianugerah oleh Tuanku al-Sultan ?

Malah, dengan kebesaran itu, banyak kegunaan untuk mereka – setidak-tidaknya di pandang tinggi oleh rakyat kerana gelaran. Kalau tidak ada gelaran itu, mereka kini mungkin sudah masuk lubang cacing.

Yang nyata mereka perlu belajar daripada kehebatan Aduka Taruna yang sanggup minta maaf dan mengakui keterlanjurannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi keterlanjuran ini ! Rasanya tidak ada kerugian juka mereka mengikuti contoh Aduka Taruna !

Bak kata ayubb, dengan mengecam Sultan melantik Menteri Besar, selain menentang MB lantikan Sultan, tidak ada bezanya perbuatan itu dengan menentang Sultan.

Sekiranya berterusan begini mereka harus merasa malu dengan bintang kebesaran Sultan yang mereka bawa. Dengan gelaran mulia dan sebutan yang mulia dipanggil oleh rakyat kepada nama mereka, sewajarnya mereka menilai semula kedudukan mereka.

Jika berjiwa besar mereka harus meminta maaf dan memohon keampunan. Atau jika terus berdegil kembalikan semula panggilan ‘terhormat’ yang dianugerahi kepada mereka.
Jika enggan memohon maaf, mereka sebenarnya bukanlah berjiwa besar.

Jangan amalkan politik’baling batu sembunyi tangan’ dan sikap degil berterusan tidak akan membawa ke mana-mana kerana Sultan akan terus berdaulat.

Suka saya nasihatkan mereka, contohilah Aduka Taruna dengan kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan sebagai mana ucapan yang pernah diutarakan bahawa UMNO junjung Perlembagaan, Raja Payung Negara dan Negeri.

Sebaliknya jika merasakan sengaja mahu ‘menentang Sultan’ teruskanlah dan bawalah pingat kebesaran itu ke seluruh pelusuk tanpa berasa malu sedikit pun kerana mereka memang ‘muka tebal’ dan ‘tidak tahu malu’.

MENCARI KEADILAN UNTUK SAIFUL, ANWAR

Syukurlah, Anwar tidak boleh tangguh lagi.

Tuduhan terhadap Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantunya akan mula disebut petang ini.

Kes yang sudah tertangguh lebih 18 bulan akhirnya akan dibicarakan dan akan bermula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Sudah pasti, bukan Ketua Pembangkang itu sahaja yang mahukan keadilan tetapi semua mereka yang mengharapkan keadilan dan mengharapkan Anwar membersihkan namanya, mula menarik nafas lega.Soal penting ialah biarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menegakkan kebenaran – beliau tidak pernah melakukan liwat – akan terjawab.

Sementara Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga mahukan keadilan ditegakkan – menuduh Anwar meliwatnya – juga mendapat pembelaan sewajarnya.

Bukan setakat kedua-dua mereka, keluarga mereka juga menerima aib sejak kes ini diperkatakan di khalayak ramai sementara banyak pihak menunggu dengan penuh tabah – siapa di pihak yang benar dalam kes ini.

Mohd Saiful menolak tanggapan bahawa dia telah dipengaruhi oleh perdana menteri dan isterinya, untuk membuat tuduhan diliwat terhadap Anwar.

"Tidak, tidak, tidak... ianya tidak benar. Saya akan beri keterangan esok," katanya sambil menambah semuanya akan didedahkan di mahkamah.


Pagi semalam, Anwar berkata beliau meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

Saiful pula, apabila ditanya sama ada dia akan menjadi saksi pertama apabila perbicaraan kes liwat Anwar bermula petang esok, berkata dia “tidak pasti tetapi ada kemungkinan besar.”

Menjawab soalan media, Mohd Saiful berkata dia agak letih kerana berada di bilik saksi sejak pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia gembira kerana selepas menunggu selama setahun setengah, dia kini berpeluang memberi keterangan bagi membela dirinya.

Dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah petang semalam yang menetapkan perbicaraan bermula pada pukul 2.30 petang ini apabila menolak permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan – kedua-dua pihak bolehlah bersemuka di mahkamah.

Menurut laporan Bernama, Hakim Mohamad Zabidin berkata tidak wujud keadaan yang istimewa dalam prosiding undang-undang untuk membenarkan Anwar menangguhkan perbicaraan.

Turut hadir di kompleks mahkamah itu semalam ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Perbicaraan dimulakan pada petang ini kerana kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pada sebelah pagi semalam untuk mendapatkan tarikh awal permohonan Anwar bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh berkata kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan bersetuju menemui Hakim Alauddin untuk mendapatkan tarikh sebelum perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perkara itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain menetapkan prosiding pada petang esok kerana beliau tidak mahu lagi menangguhkan perbicaraan itu.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan memberitahu wartawan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk perbicaraan itu dan pihak pembelaan boleh mengeluarkan sapina kepada sesiapa sahaja dan terserah kepada hakim memutuskannya.

Ketika ditanya mengapa beliau bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pertemuan dengan Hakim Alauddin, Mohamed Yusof berkata ia bertujuan mempercepatkan perbicaraan dan pihak pendakwaan tidak mahu perbicaraan itu terganggu dengan permohonan Anwar bagi semakan.

Karpal, yang mengetuai pihak pembelaan, berhujah bahawa prosiding perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Awal semalam, Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan bagi mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat ke sebelah petang selapas Karpal Singh memohon penangguhan kerana baru pagi semalam mereka memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.

Dalam permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin, Karpal Singh menghujahkan bahawa tuduhan liwat itu mala fide (berniat jahat) dan melanggari proses mahkamah kerana laporan perubatan pertama oleh Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Mohd Saiful memberitahu doktor bahawa dia mendakwa diserang di bahagian dubur pada mulanya dengan tusukan plasik.

Laporan perubatan mendedahkan Mohd Saidul mengadu kepada doktor bahawa dia mengalami sembelit selama seminggu.

Namun menurut laporan bertarikh 28 Jun, 2008, doktor tidak perasan sebarang pendarahan pada rektum dan selama seminggu tiada darah pada najis.

Karpal turut berhujah bahawa laporan perubatan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful menyatakan bahawa tiada penemuan klinikal yang konklusif yang mencadangkan berlaku kemasukan ke dalam dubur Mohd Saiful.

Beliau berkata jika laporan Pusrawi dan HKL merumuskan bahawa tiada berlaku kemasukan, atas dasar apakah dakwaan itu boleh dikemukakan kerana mengikut Seksyen 377B, elemen penting bagi membuktikan kes liwat ialah kemasukan.

Mohamed Yusof berhujah bahawa perkataan "plastik" dalam laporan perubatan Hospital Pusrawi hanya ditimbulkan dalam perbicaraan hari ini dan doktor terbabit perlu memberi keterangan dalam mahkamah mengenai perkara itu.

Beliau berkata perkataan itu mungkin dibaca secara salah oleh pihak pembelaan kerana laporan itu ditulis tangan.

Mohamed Yusof kemudiannya memberitahu pemberita pihak pendakwaan akan memanggil ahli kimia mengenai specimen bagi membuktikan kes pendakwaan.

Anwar, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi semalam ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mahkamah dipenuhi oleh petugas media tempatan dan luar negara, anggota keluarga Anwar dan para penyokong serta orang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulangkali ditangguhkan.

Turut hadir ialah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim, bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng.
Peguam Zamri Idrus bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Mohd Saiful.

Selepas prosiding ditangguhkan, pihak pembelaan yang terdiri daripada Karpal, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk berjumpa dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi untuk mendapatkan tarikh awal bagi mendengar semakan itu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Mohamed Yusof dan para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, dan Noorin Badaruddin turut bergegas ke sana.

Bagaimanapun, mereka gagal bertemu sama ada Zaki atau Alauddin dan menurut Karpal Singh, beliau dimaklumkan bahawa Zaki menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.

Karpal Singh memberitahu wartawan di Putrajaya bahawa Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.
"Kami tidak mahu kelewatan tetapi pada satu keadaan kami mahu menggunakan semua remedi perundangan yang ada kepada Anwar.

Perbicaraan ini seharusnya tidak dipercepatkan. Beliau harus dibenarkan menggunakan semua tindakan undang-undang," kata Karpal Singh.

Pada permulaan prosiding hari ini, Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa beliau memfailkan permohonan semakan semula pada pukul 8.40 pagi semalam menerusi Tetuan S.N.Nair and Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan di hadapan Ketua Hakim Negara dan jika Zaki membuat keputusan, Mahkamah Tinggi perlu terikat kepada keputusan itu.

Bagi meyakinkan hakim, Karpal Singh meminta mahkamah membenarkan pihak pembelaan untuk menemui Ketua Hakim Negara bagi mendapatkan peluang terakhir untuk semakan kehakiman bagi membolehkan dokumen-dokumen utama bagi tujuan pembelaan.

"Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan pada 29 Jan. Pagi ini merupakan tarikh terawal yang membolehkan kami memfailkan permohonan semakan. Berilah kami peluang untuk menemui Tun Zaki dan kami akan kembali ke sini pada 2.30 petang (semalam)," kata beliau.
Mohamed Yusof berkata pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.

Dalam permohonan semakan yang difailkan bersama afidavit beliau, Anwar menyatakan Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mendengar dan membuat semakan terhadap keputusannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan.

Dalam afidavit yang diperakui beliau, Anwar berkata hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah tersalah arah diri mereka secara serius apabila merujuk permohonan kes jenayah bagi mendapatkan dokumen.

Antara dokumen utama yang dikehendaki termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful, rakaman kenyataan-kenyataan saksi daripada Mohd Saiful, nota pemeriksaan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, kenyataan oleh pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, dan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), nota ahli kimia dan laporan perubatan serta rakamaan CCTV kondominium pada waktu kejadian.

Pada 29 Januari, panel Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Md Raus Sharif, semasa menolak rayuan Anwar mendapatkan dokumen, memutuskan setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes.