"Apabila orang yang dituduh tidak mahu bersumpah, ia membuka ruang kepada kesangsian dan fitnah yang berlanjutan. Walaupun penuduh dalam kes zina gagal membawa bukti empat saksi mengikut syarak tetapi bukti adillah atau petunjuk yang ditampilkan boleh menyebabkan masyarakat terjerumus dalam dosa fitnah bila membicarakan topik berkenaan."
Oleh KHAZAN CHE MAT, (EXCO Agama dan Penerangan Terengganu)
(Berita Harian, 30 April 2011)
Oleh KHAZAN CHE MAT, (EXCO Agama dan Penerangan Terengganu)
(Berita Harian, 30 April 2011)
BUAT fitnah amatlah dilarang dalam Islam, ia antara dosa-dosa besar
Sebagai Muslim kita wajib menjauhi perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Sebagai agama yang lengkap dan saling melengkapi, Islam bukan saja mencegah sesuatu perkara tetapi ia juga mencegah perkara yang boleh menyebabkan atau mendorong perkara itu berlaku.
Oleh kerana itu dalam pengharaman zina, Islam juga melarang perkara yang menghampiri kepada zina. Dalam masa Islam melarang perbuatan mencuri, Islam juga meminta supaya pemilik menjaga harta dan menyimpannya dengan baik.
Mensabitkan kesalahan mencuri dalam Islam bukan hanya sekadar memastikan tertuduh mengambil barang tanpa izin pemilik, tetapi barang itu juga hendaklah dipastikan sudah disimpan baik yang membuktikan si pengambilnya benar-benar berniat mencuri. Begitulah indahnya Islam, ia bukan saja lengkap bahkan saling melengkapi.
Oleh kerana kes zina adalah jenayah yang besar, untuk mensabitkannya dalam Islam ia memerlukan empat orang saksi yang jujur dan benar-benar menyaksikannya.

Ini bertujuan mengelakkan amalan memfitnah daripada berleluasa lebih-lebih lagi dalam perkara besar sebegini. Sekiranya gagal membawa empat saksi, orang yang menuduh juga dianggap melakukan jenayah qazaf (fitnah zina) yang mana hukumannya hanya 20 peratus kurang daripada hukuman zina bagi pesalah yang belum berkahwin.
Apabila difitnah, seseorang boleh membersihkan nama baiknya dengan penafian dan bersumpah. Sementara orang yang membuat tuduhan pula hendaklah membawa bukti atau saksi yang adil untuk sabitan jika dibawa ke mahkamah. Dalam keadaan seumpama ini apabila ada sebarang keraguan, tertuduh dianggap berada di pihak yang benar. Jika didapati bukti yang kukuh dan tertuduh juga menafi dan bersumpah, maka terserahlah kepada Allah.
Apa yang penting dia telah membersihkan nama baiknya walaupun dia mungkin dihukum bersalah.
Islam adalah agama yang realistik termasuk dalam hal sebegini.
Kelemahan dalam berhujah tidak dinafikan boleh menyebabkan tukang fitnah menang dalam mahkamah. Lantaran itulah Rasulullah SAW dalam satu hadis ada menyebut sesiapa yang mendapat sesuatu yang bukan haknya melalui kebijaksanaan berhujah dia akan mendapat balasan neraka di akhirat nanti.
Apabila orang yang dituduh tidak mahu bersumpah, ia membuka ruang kepada kesangsian dan fitnah yang berlanjutan. Walaupun penuduh dalam kes zina gagal membawa bukti empat saksi mengikut syarak tetapi bukti adillah atau petunjuk yang ditampilkan boleh menyebabkan masyarakat terjerumus dalam dosa fitnah bila membicarakan topik berkenaan.
Kisah fitnah yang membabitkan Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW baik untuk dijadikan teladan, ada sahabat yang telah dihukum 80 pukulan kerana kesalahan qazaf kerana bercakap perkara tersebut sedangkan Abdullah bin Ubai yang memulakannya terlepas daripada tuduhan.
Demi kebenaran dan mengelakkan orang ramai terus terkeliru dan terjerumus dalam dosa fitnah, sepatutnya tidak perlu takut untuk bersumpah menafikan tuduhan atau fitnah. Saya sangat bersetuju dengan pandangan bekas Mufti Perlis yang menyarankan seorang pemimpin pembangkang supaya bersumpah untuk bersihkan nama baiknya.
Jangan kerana hukuman zina dan qazaf tidak dilaksanakan mengikut hukum Islam kita turut menolak untuk membersih nama baik kita mengikut syariat Islam dan membiarkan masyarakat terus dalam kekeliruan dan terjerumus dalam fitnah.
Bukankah itu juga menjadi fitnah?