"Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan agama, mereka
adalah parasit yang beransur-ansur meruntuhkan etika politik dan bermasyarakat.
Mereka terus menjadi liabiliti dalam masyarakat dengan berlagak seperti
jurucakap tidak rasmi, sedangkan secara praktisnya menjadi punca kepada
konflik."
Saya pernah menulis di Utusan Malaysia mengenai perlunya ulama diberikan
peranan dalam UMNO.
Melalui rencana bertajuk “Beri Ulama
UMNOBerperanan” bertarikh 25 Julai 2012 itu, saya menyebut: “Yang penting Majlis Tertinggi UMNO
memberikan pengiktirafan, peranan serta peluang untuk ahli badan ulama ini
bertanding pilihan raya jika memikirkan ada tokoh ulama yang perlu di
ketengahkan. Peranan mereka kelak bukan sekadar dalam parti tetapi turut boleh
memainkan peranan di Parlimen, khususnya Dewan Rakyat untuk membuktikan UMNO
parti Islam yang 'lebih baik' daripada Pas.”
Selepas pelbagai perdebatan mengenai sama
ada perlu ada badan atau dewan ulama dalam UMNO, semalam sebuah rencana bertajuk ‘Ulama
BerwajahDua’ oleh Pengerusi Tetap Yayasan Sumber Maklumat,
Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul, sangat
menarik untuk direnungi.
Pertama, dengan
mengambil atau memetik pandangan Al-Ghazali yang menjadi sumber rujukan, Dr
Alies Anor sudah pasti berhati-hati dalam tulisannya untuk menjamin apa yang
ditulisnya itu benar-benar mencerminkan ciri-ciri ulama yang sewajarnya
berperanan. Al-Ghazali memerihalkan dengan jelas mengenai peranan ulama sebagai
penasihat.
Dr Alies Anor |
Namun perkara yang
sebaliknya berlaku di Malaysia apabila Dr Alies Anor berkata:
Ulama yang berjiwa
kerdil sentiasa berusaha mencari kesalahan pemimpin, kadangkala kesalahan hanya
kecil tetapi diperbesar-besarkan dengan memasukkan sedikit nilai sejarah. Dalam
masa sama, ulama berkenaan kadangkala muncul sebagai oportunis, mencari ruang
untuk menjatuhkan pemimpin dengan melabelkan pemimpin dalam kategori zalim dan
sombong.
Kedua, penulisan beliau
yang mengaitkan dengan kes di Malaysia menggambarkan betapa pemikiran
Al-Ghazali boleh diguna atau dengan perkaaan lain, relevan sepanjang masa,
lebih-lebih lagi dengan kedudukan dan senario politik di negara ini, masakini.
Namun, apa yang lebih
menarik ialah, kenyataan Dr Alies Ano mengenai wujudnya ulama yang ‘cari makan’
dengan membuat andaian tidak tepat, menabur fitnah dan lebih teruk seperti
‘enau dalam belukar’.
Memetik kata-kata beliau
bahawa: “…Ada sesetengahnya dengan menguasai
jabatan agama dan institusi think thank yang diasaskan oleh
kerajaan. Sesetengahnya pula cuba menguasai tapak intelektual di universiti dan
wacana umum melalui forum-forum ilmiah, diskusi, seminar dan sebagainya. Tidak
kurang juga berusaha menggunakan pena atau bertindak sebagai keyboard warrior
untuk mempromosikan agenda terselubung bila diberikan peluang.”
Persoalannya siapa
kalangan ulama di Malaysia, mempunyai ciri sedemikian? Apakah mereka di
kalangan parti pemerintah (UMNO) atau pembangkang? Rasanya, berdasarkan
pengalaman dan pendedahan yang dialami beliau selama ini, Dr Alies Anor lebih
menjurus kepada mereka dlam UMNO (kalau saya silap, maafkan saya kerana membuat
ramalan yang tidak tepat).
Beliau seterusnya menegaskan:
"Ulama yang
binasa ialah ulama yang tidak dapat memanfaatkan ilmunya dan hanya pandai
bercakap tetapi tidak pandai mengamalkan manakala ulama yang bahagia
selama-lamanya ialah ulama didekatkan oleh Allah. Di zaman akhir ini, ramai
manusia yang ingin meraih kekuasaan politik termasuk dalam kalangan ulama,
tetapi tujuannya bukan untuk meninggikan kalimatullah. Mereka hanya ingin
mendapat kedudukan yang tinggi , tetapi lupa kepada yang Maha Tinggi. Mereka
juga tidak sedar bahawa ‘kenderaan’ yang ditumpanginya bukan kenderaan yang
menuju ke arah mendaulatkan syiar Islam yang sebenar, sebaliknya kenderaan itu
lebih menyerlahkan nafsu duniawi…”
Adalah amaat penting bagi
kita semua untuk menjauhi, malah memerangi mereka yang dikatakan sebagai
“Golongan bermuka-muka atau oportunis” oleh Dr Alies Anor.
Dengan tegas kata Dr
Alies Anor: “(mereka) tidak wajar diberikan peluang
kerana mereka merupakan golongan yang boleh merosakkan keyakinan orang lain
terhadap Islam. Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan agama, mereka
adalah parasit yang beransur-ansur meruntuhkan etika politik dan bermasyarakat.
Mereka terus menjadi liabiliti dalam masyarakat dengan berlagak seperti
jurucakap tidak rasmi, sedangkan secara praktisnya menjadi punca kepada
konflik.”
Kita wajar meneliti dan
memahami apa yang cuba ditimbulkan oleh Dr Alies Anor sebagai seorang yang
berpengalaman dalam bidang pentadbiran politik, malah amat wajar jika kita
berusaha mengenali ciri-ciri ulama yang beliau sebutkan itu.
Malah, jika benar ada
ulama sedemikian dalam UMNO, ia adalah sesuatu yang malang, lebih-lebih lagi
jika mereka berada dekat dengan pusat kuasa.Yang dibimbangi mereka turut
menasihati kepimpinan Negara, sedangkan mereka mempunyai niat yang tidak baik,
malah boleh menjadi ‘tikus yang membaiki labu”.
Kerana itu, tidak kiralah
sama ada dia daripada parti pemerintah atau pembangkang, yang penting mereka
wajar diperangi.
Ini kerana
gara-gara mereka, negara akan porak peranda kerana merekalah ‘punca
konflik’ dan perosak institusi pentadbiran dan rakyat menjadi mangsa.