Tahniah Datuk Seri Lajim Ukin.
Bukan sahaja kerana berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno bahagian Beaufort yang disandangnya sejak 1995 sahaja tetapi kejayaan itu tidak akan menyusahkan Perdana Menteri untuk mencari pengganti.
Lajim, 53, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Majlis Tertinggi kini akan meneruskan tugasnya sebagai Ketua UMNO bahagian itu selain sebagai Timbalan Menteri.
Perlantikannya ke jawatan pusat dibuat Perdana Menteri selepas dua pemimpin UMNO Sabah menolak tawaran dan pemilihannya sebenarnya tepat dengan pengalaman dan sumbangannya kepada UMNO Sabah.
Apa yang menarik mengenai Lajim ialah dia juga pernah membuat keputusan penting yang menyebabkan tergoleknya kerajaan PBS.
Lajim adalah pemimpin PBS paling awal ‘meninggalkan PBS’ untuk menyertai Barisan Nasional dan jasanya kepada UMNO juga amat besar.
Keputusan penting dibuatnya membolehkan kerajaan BN dibentuk dengan Ketua Menterinya, Tun Sakaran Dandai dan kemudian Datuk Seri Osu Sukam dan seterus dan seterusnya melalui penggiliran.
Namun, apabila Kerajaan Negeri berjaya dibentuk, ada yang berpendapat beliau sering ‘diketepikan’ dalam Kabinet Sabah, termasuklah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman yang menyebabkan beliau hampir ‘kecewa’.
Apa pun tuah tetap berada di pihaknya apabila ada yang enggan menerima perlantikan sebagai Timbalan Menteri dari Sabah, beliaulah yang dipilih oleh Perdana Menteri.
Jangan menganggap oleh kerana beliau sebagai ‘pemain pengganti’, Lajim tidak penting dan mudah untuk digertak atau diacah untuk dilawan.
Mengejutkan juga apabila pada majlis perasmian persidangan perwakilan Umno bahagian itu di sebelah pagi kelmarin beliau mengumumkan akan meletak jawatan sebagai timbalan menteri jika gagal mempertahankan jawatannya.
Beliau berhadapan dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun, yang menyatakan hasrat berlawan dengan Lajim untuk Ketua Bahagian.
Menurut Lajim, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekiranya tidak dipilih semula sebagai Ketua Bahagian itu.
Katanya: “Saya bukan gila kuasa. Tetapi lebih baik saya undur diri (letak jawatan) dan beri peluang kepada orang lain kalau saya kalah bertanding ketua Bahagian.
Saya rasa janggal untuk memegang jawatan timbalan menteri,’ katanya.
Akhirnya beliau berjaya mengatasi pencabarnya, dengan majoriti 205 undi.
Daripada 555 perwakilan yang mengundi, Lajim meraih 378 undi manakala Azizah Timbalan Menteri Pengangkutan mendapat 173 undi, sementara empat undi rosak.
Itulah Lajim, sikap berani dan kata putus olehnya akhirnya memberikan kemenangan dan kelebihan kepadanya.
Lajim benar-benar pemimpin politik yang mengamalkan pepatah ‘ alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.’
Sunday, October 26, 2008
BENARKAH PEMBANTU NAJIB BERKATA DEMIKIAN?
Pertamanya, saya tidak faham mengapa portal berita berbahasa Inggeris, The Malaysian Insider lebih berminat memetik The Straits Times Singapura daripada Bernama dalam melaporkan beberapa perkara.
Terbaru mengenai kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai Dasar Ekonomi Baru.
Bernama secara jelas melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
Tegas Najib: “Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.
"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," kata beliau dalam wawancara melalui program "Bloomberg Voices" terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di Kuala Lumpur, Jumaat.
Keduanya, dalam portal berita itu, dengan memetik The Straits Times, pembantu Najib disebut sebagai berkata bahawa elemen tertentu dalam DEB memang akan dihapuskan secara beransur-ansur tetapi tidak semuanya (Tajuk rencana itu ialah “Not all NEP elements will go, Najib aide clarifies”.
Sedangkan Najib mengatakan dengan jelas dalam temubual dengan Bloomberg TV itu bahawa “...In the not-too-distant future, we will see all the elements of the New Economic Policy being replaced.”
Apakah makna “all” di sini? Bukankah ini menyatakan semua dan tiada lagi unsur ‘main belakang”.
Memetik pemerhati (konon), laporan itu berkata, kenyataan Najib adalah untuk memenangkan (menyedapkan hati) bukan-Melayu dan golongan muda Melayu yang merasakan dasar ini hanya memberikan kebaikan untuk sebilangan kecil orang Melayu.
Di sini juga portal berkenaan seolah-olah menyoal keikhlasan Najib apabila mengatakan untuk memuaskan hati bukan-Melayu. Hakikatnya sesuatu dasar kerajaan apabila dilaksanakan bukan bertujuan ‘memenangkan hati’ semata-mata tetapi perlaksanaannya adalah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.
Baca petikan berikut:
“KUALA LUMPUR, Oct 25 —Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said he is ready to dismantle a decades-old policy favouring Malays, marking a significant change from the government's staunch defence of the policy in the past. A close aide to Najib, however, told The Straits Times that the Deputy Premier had said there would be a “gradual liberalisation of some of the elements of NEP”, and not the entire programme.
This could take place in the “not-too-distant future”, Najib had earlier said of the New Economic Policy (NEP) set up in 1971 by his father, Tun Abdul Razak, the then-premier, to help the country's Malays. His remarks appear to be aimed at appeasing disgruntled non-Malays as well as disillusioned Malay youth who say the NEP serves only the interests of a select few, say observers. “If we do not change, the people will change us.
In the not-too-distant future, we will see all the elements of the New Economic Policy being replaced,” he said in an interview with Bloomberg. The policy favours ethnic Malays and indigenous groups, or Bumiputeras, in public offerings, housing, government scholarships, procurement and employment. It has repeatedly drawn criticism from non-Malays, who complain it has led to distortions in the economy and cronyism.”
Saya memohon Najib mengenal pasti pembantunya yang membuat kenyataan itu.
Perkaranya ialah dengan mengulas sedemikian, menggambarkan Najib tidak ikhlas kerana di kaca tv mahu hapus semuanya tetapi sebaliknya tidak menyatakan ada perkara-perkara yang disimpan untuk tidak dihapuskan.
Tidakkah ini akan menjadi modal pertanyaan berterusan kepada mereka yang anti-DEB dan kenapa Najib bersikap ‘talam dua muka’ dalam soal ini.
Sebagai bekas wartawan, saya faham portal berita ini mahu kelainan dan sedikit sensasi tetapi ada beberapa persoalan di sini:
1. Apakah dengan memetik pandangan pembantu Najib, isu ini ‘lebih jelas dan menjurus” berbanding kenyataan Najib sendiri?
2. Apa perlunya memetik Straits Times Singapura dalam memperkatakan soal DEB ini dan tidak agensi rasmi Bernama kerana kita sudah begitu jelas mengenai ‘kemarahan’ mereka khususnya dalam isu-isu berkaitan usaha kerajaan membantu orang Melayu dan pribumi lainnya?
3. Apakah Malaysian Insiders sengaja mahu memaparkan kenyataan bercanggah antara Najib dan pembantunya dari segi ‘persepsi dan kewajarannya menghapuskan DEB secara perlahan-perlahan’ oleh kerana orang yang mengawal portal berita itu mempunyai sebab-sebab tersembunyi? dan;
4. Apakah Malaysian Insiders ada agenda tersembunyi terhadap Najib dengan mengatakan bahawa eleman yang akan dihapuskan ‘tidak semua’ yang menggambarkan Najib sebagai tidak ikhlas apabila membuat kenyataan penting seperti ini?
Suatu perkara lagi, berkaitan kenyataan Najib mengenai DEB ini, tidak semena-mena mengaitkan isu DEB ini dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan pemimpin itu akan menghapuskan DEB jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Menurutnya, Anwar turut menggunakan isu DEB ini kerana ramai yang tidak bersetuju mengenainya dan selain sesuai dengan usaha ke arah platform pelbagai kaum. Ini kerana dengan menggunakan isu ini kesannya sedikit sebanyak pakatan pimpinan Anwar mendapat kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya Mac lalu.
Kata portal berita ini, nada Najib ini seperti Anwar dan kenyataan Najib ini mungkin sebahagian usaha UMNO untuk menggembalikan semula sokongan rakyat selepas mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum lalu.
Saya perturunkan petikan bahasa Inggeris kaitan DEB dengan Anwar:
”Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had also capitalised on unhappiness with the NEP while pushing his multiracial platform — which contributed to his coalition's surprise victory in the March polls — and said he would scrap it if he seizes power.
With his latest comments, Najib — who is slated to take over from Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi in March — is beginning to sound like Anwar. His remarks could be part of Umno's efforts to stem a slide in support, which saw it suffering major losses at the polls.”
Yang jelas Bernama melaporkan bahawa Najib berkata: “Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian. Dan saya percaya, keperluan dan sungutan yang berasas oleh setiap anggota masyarakat Malaysia perlu diuruskan. Kami patut dilihat bersikap serius bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Kenyataannya ini tidak merujuk kepada desakan tertentu atau kerana Anwar ada membuat kenyataan mengenai menghapuskan DEB.
Saya tidak pasti tetapi ada angin bertiup kencang bahawa ada individu tertentu di belakang portal ini yang sengaja mahu menimbulkan masalah kepada Najib.
Sedikit menghairankan ialah mereka itu juga daripada kalangan yang rapat dengan kepimpinan UMNO dan kenapa The Malaysian Insider sering memaparkan berita negatif mengenai Najib dan memberikan gambaran baik kepada seseorang serta pihak yang satu lagi.
Apa matlamat dan untungnya kepada mereka melalui The Malaysian Insider ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)