Monday, October 22, 2012

MAHKAMAH SAHKAN MOHD SABU 'SESAT', 'PENYOKONG' KOMUNIS

 

Terjawab sudah siapa Mohd Sabu sebenarnya. Mahkamah mengesah beliau bersalah dengan membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka.

Apa maknanya apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan itu?

Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas, Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Dalam ceramahnya di itu Timbalan Presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mohd Sabu tidak wajar berdalih lagi seperti dilakukan dalam mahkamah apabila disoal dengan menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak ingat’.

Dia boleh berlakun dan mahkamah ‘membenarkan lakonannya’ itu tetapi dia tidak mendapat anugerah sebaliknya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Mohd Sabu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lebih penting kenyataan Mohd Sabu itu menggambarkan dia ‘menyOkong komunis’ dan menganggap mereka pejuang kebangsaan. Amat nyata niat Mohd Sabu untuk menghapuskan sejarah bahawa perjuangan UMNO – orang Melayu dan Islam – serta bangsa lain melalui platform perpaduan melalui Perikatan tidak berjaya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu menunjukkan walaupun Mohd Sabu mahu mencalar maruah Perikatan dan UMNO, perbuatnnya itu lansgung tidak berkesan – tidak berkudis pun!

 Mohd Sabu perlu insaf dan memaaf secara terbuka kepada keluarga anggota polis yang terkorban selain seluruh anggota polis dan kelarga mereka yang masih hidup – sama ada yang masih bertugas dan pencen – kerana tohmahannya itu.

Kegagalan berbuat demikian akan membuktikan bahawa Mohd Sabu adalah manusia yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan rakyat perlu tolak pemimpin yang ‘sesat’seperti ini. 

Mohd Sabu turut menjadi sasaran serangan media arus perdana apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Mereka bukan sahaja membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu hari ini juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Suhaimi Ibrahim manakala Mat Sabu diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Mohamed Hanipa Maidin.