Thursday, February 5, 2009

KU LI NI APA HAL?

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah nampaknya sudah tersilap dan lupa sejarah sendiri dalam mengutarakan pendapat.

Hakikatnya, tiada siapa yang membentuk kerajaan negeri Perak ketika ini – Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO.

Kenapa sekonyong-konyong, Tengku Razaleigh menganggap UMNO tidak bermoral?

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Apa yang cuba diperkatakan oleh Tengku Razaleigh?

Apakah Tengku Razaleigh masih sayangkan kerajaan Pakatan Rakyat? Nasihatlah kalau tidak betul, bukan menghentam parti sendiri!

Kenapa menuduh pemimpin Umno-BN merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak?
Siapa membentuk kerajaan? Siapakah sekarang ini tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak?

Rombongan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd Najib menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak lebih daripada menghadap dan pada pertemuannya dengan Sultan Azlan, beliau menerangkan BN kini mempunyai sokongan kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan baru Perak.
Itu saja.

Razak sudah menjelaskan tengah hari ini: “Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’

Najib keluar dari Istana Kinta jam 11.35 pagi ini, selepas diminta menghadap semula Sultan Azlan Shah bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

Turut bersama Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno dan tiga Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang); Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Kata Tengku Razaleigh seperti dipetik harakahdaily.net: "Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya."

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas Tengku Razaleigh, telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.

Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.

Itu pendapat beliau terhadap dua wakil rakyat berkenaan.

Hakikatnya, soal lompat parti dan mengaggap perbuatan itu sebagai tidak bermoral pun sedikit sebanyak terpalit dengan Tengku Razaleigh sendiri.

Beliau sendiri pun bukannya tidak pernah keluar UMNO dan turut melakukan perbuatan yang sama - kembali semula kepada UMNO.

Bagi saya itu semua tanggapan Tengku Razaleigh semata-mata.

Soal siapa keluar atau masuk tidak penting tetapi sebagai parti, UMNO tetap utuh. Dengan mengatakan orang keluar masuk UMNO tidak bermoral, ia bergantung kepada tanggapan masing-masing, termasuk Tengku Razaleigh sendiri.

Bagi saya, pada ketika ruang dan peluang terdedah seperti ini, Tengku Razaleigh hendaklah menasihat, bukan mengkritik langkah-langkah yang dibuat oleh UMNO dan BN Perak.

Masalah dengan Tengku Razaleigh ialah beliau menganggap beliau sahaja yang betul.

Sewajarnya sebagai ahli politik yang matang dan dihormati, Tengku Razaleigh bertindak sebagai penasihat dalam keadaan genting seperti ini, apa lagi tindakan Najib tidak pun membelakangkan Sultan Perak.

Sila baca kenyataan akhbar berikut:

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.” — BERNAMA

Jelas bahawa Sultan Perak mahukan MB dan exconya meletakkan jawatan dan tidak timbul soal UMNO atau pemimpinnya bersuka ria.

Selain itu Tengku Razaleigh buat-buat macam tidak faham mengenai pilihan raya. Mahu pilihan raya apa kerana Sultan Perak tidak setuju DUN dibubarkan.

Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu.

Entahlah, fikiran apa yang sedang berserabut dalam kepala Tengku Razaleigh ketika ini.
Sealiran dengan titah Sultan Perak itu, Menteri Besar dan seluruh exconya mengosongkan bilik selain memulangkan seluruh aset milik kerajaan.

Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, mengarahkan Nizar memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mana nak dilelongkan Toyota Camry baru tu?

Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
Sementara Speaker Dun, V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Dalam perkembangan terkini, Mohd Nizar dijangka tidak akan melepaskan jawatan selain disebut akan mengadap semula Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membincangkannya.

Mohammad Nizar menegaskan tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah diminta oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar berbuat demikian.

Menteri Besar baru menggantikan beliau dijangka diputuskan petang ini dan mengangkat sumpah hari ini juga.

Antara mereka yang disebut-sebut ialah Setiausaha Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari yang juga ADUN Manong ataupun ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun Zambry ketika dihubungi berkata calon bagi Menteri Besar baru masih belum diputuskan.

"Setakat sekarang kita belum putuskan siapa calonnya dan saya fikir paling cepat kemungkinan esok pagi untuk Menteri Besar baru angkat sumpah," katanya.

Sehubungan itu kata Nizar, beliau akan merayu Sultan Perak agar mengkaji semula keputusannya untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Kata beliau, pihaknya akan merayu untuk menghadap Sultan Perak secepat yang boleh.

MENUNGGU KEPUTUSAN TUANKU

Bersabarlah.

Ada dua keadaan di Perak sekarang sama ada Barisan Nasional (BN) boleh membentuk kerajaan atau terpaksa menunggu.

Pertama ialah keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan kedua keputusan sama ada akan diadakan semula pilihan raya kecil bagi tiga kawasan DUN yang ahlinya mengumumkan mereka kini ahli Bebas hasil keputusan mahkamah.

Itupun jika kerajaan Perak sekarang jadi memfailkannya.

Berkaitan keputusan Sultan Perak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata: “Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’
Najib keluar dari Istana Kinta jam 11.35 pagi ini, selepas diminta menghadap semula Sultan Azlan Shah bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

Turut bersama Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno dan tiga Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang); Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Najib bersama Adun terbabit kemudian ke Ibu Pejabat Perhubungan Umno negeri sidang akhbar dan sidang akhbar sedang berlangsung.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dilaporkan memfailkan mohon pembubaran tiga kerusi DUN bebas di mahkamah tinggi Ipoh, jam 11 pagi ini.

Jika permohonan itu diterima kerusi DUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

Kerajaan Perak mahu menfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi di Ipoh supaya tiga kerusi DUN yang kini diwakili wakil rakyat bebas diisytiharkan kosong.

V Sivakumar berkata permohonan itu akan difailkannya pagi ini membabitkan kerusi DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang.

"Ini kerana ketiga-tiga Adun yang mengumumkan mereka kini wakil rakyat bebas dan ini bermakna gugur status mereka sebagai Adun kerana sudah meletakkan jawatan," katanya pagi ini.

Menurut Najib, kini terserah kepada Sultan Perak yang mempunyai hak mutlak untuk memutuskan sama ada menerima Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru Perak atau bubarkan DUN negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbarnya jam 11.50 pagi tadi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebanyak dua kali, pagi ini.

Beliau berkata, dalam pertemuannya dengan Sultan Azlan, beliau menerangkan BN kini mempunyai sokongan kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan baru Perak.

Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh BN untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.

Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing - ADUN Bebas - memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak, berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.

“Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.

“Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti.

“Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya Najib pada sidang akhbar di bangunan UMNO di Ipoh

YANG MARAH & MANA ANWAR?

Sengaja saya letakkan semula gambar ini.

Bukan main gumbira (gembira) Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan PKR tempoh hari.

Tertipukah Anwar? Atau Anwar ditipu?

Dalam politik segalanya mungkin. Hari ini kawan, esok lawan dan lusa kawan atau sebaliknya.
Jangan marah! Tetapi hakikatnya banyak yang marah, yang kelu dan yang mahu berdiam diri.

Tetapi kalau marah pun jangan sampai menyumpah-nyumpah.

Saya melayari laman m@rhein dan nampaknya penggendali dan rangkaiannya sangat marah kerana runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Yang menjadi sasaran sudah pastilah empat wakil rakyat yang meninggalkan parti mereka dan yang kembali semula kepada UMNO.

AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA.....DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA...TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK....ALLAH HU AKBAR!!!-
Sya~reformis


Saya perturunkan apa yang dipapar di laman m@rhein berkenaan:

“Maaf kepada para pengunjung, tapi ikut bahasa Perak, si ADUN Bota, Yang Bengap Nasarudin Halim ini layak digelar 'Anak Gampang Haramjadah'!

...dan atas permintaan.. gelaran 'Anak Gampang Haramjadah' ini juga wajar diberikan kepada Jamaludin Pariazi, Osman Barualu dan Hee Yit Foongkok. “

Sementara pinkturtle2.wordpress.com pula bertanya “Di mana Anwar Ibrahim dalam meranduk kemelut Kerajaan Perak?”
Menurut blog berkenaan:

“Rata-rata hairan dan terkejut apabila isu dan kemelut yang melanda Kerajaan Perak tidak ditangani secara serius oleh Penasihat KeADILan, Anwar Ibrahim. Banyak kenyataan dikeluarkan oleh para pemimpin PAS termasuk Menteri Besar, Nizar Jamaluddin serta pemimpin utama DAP.

Sanggahtoksago.Com menerima banyak sms dan panggilan telefon bertanyakan di manakah Anwar Ibrahim dalam kemelut yang akan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ini? Sehingga kini, Anwar tidak sesibuk mempromosikan “Kerajaan 16 September” tahun lalu. Realitinya, kemelut di Perak tidak mendedahkan penglibatan Anwar secara tegar sebaliknya banyak membabitkan tangkisan para pemimpin PAS dan DAP.”






















kalau anda lihat gambar dibawah mereka seronok gembira dan tergelak besar apabila mereka berjaya mempermainkan RAKYAT!!!

Namun sabar dulu wahai pengkhianat kerana KUASA TUHAN ITU MASIH ADA….JANGAN MULA MEMAIN RENTAK GEMBIRA KERANA BILA- BILA SAJA TUHAN BOLEH RENTAP APA YANG KAMU LAKUKAN….BUAT ANDA BEREMPAT!!!!AWAS ANDA PERDAYAKAN RAKYAT DAN TUHAN MENJADI SAKSI TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA…..DATO NASA!!!ANDA SEBENARNYA SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA…TUHAN AKAN PERKENANKAN DOA RAKYAT PERAK….ALLAH HU AKBAR!!!

http://syaomel85.blogspot.com


TERIMAKASIH AMIR HAMZAH

Saya menerima ulasan daripada amirhamzah64 terhadap posting saya kelmarin, (3 Februari 2009) bertajuk “FAUZI DITUDUH BERHOHONG, MAHU MEMALUKAN NAJIB”.

Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat sudah rebah namun isu akuan bersumpah Fauzi Muda tetap sah.

Catatan saya kelmarin: “Saya tidak fikir Abah berbohong!Abah atau Datuk Zainal Abidin Zin - bekas guru dan menjadi pemimpin politik yang naik bukan melalui helikopter tidak berbuat sedemikian.”

Ia sebagai merujuk kepada akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Baca komen penuh amirhamzah64:

“Apabila Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen semalam, mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) hampir setahun lalu, masih adakah lagi orang yang percaya?

Persoalannya mengapa baru sekarang Fauzi Muda membuat pengakuan? Setelah Pakatan Rakyat Perak huru-hara baru hendak menuding jari kepada orang lain.

Keisidi menulis "Begitu jahat orang PKR ini, mereka sanggup melakukan apa

Dia ingat DS Najib boleh jampi keluar wang sebanyak itu untuk "disedekahkan" kepada Fauzi..Macam mana DS Najib mahu membicarakan tentang RM50juta di hapadapan ramai orang di tempat terbuka,sungguh tidak lojik langsung.

Kita berharap polis menyiasat sedalam-dalamnya kes ini dan mendedahkan kebenaran.Kita mahu penipu dipenjarakan."

Apabila pembangkang membuat akuan bersumpah maka akan ada ulasan daripada pihak kerajaan bahawa akuan bersumpah itu mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat itu kerana didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh, berkata kenyataan Fauzi yang membuat akuan bersumpah bahawa Najib membuat tawaran berkenaan, adalah berunsur fitnah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat.

Begitu juga apabila ada pihak bersumpah dan melibatkan pemimpin pembangkang ianya juga dilihat seperti ada perkara yang tersirat. Apabila Mohd.Saiful Bukhari b Azlan membuat sumpah laknat mengaku diliwat Anwar yang dibuatnya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008, apakah reaksi pembangkang pada waktu itu?

Saiful telah difitnah, dihina dan dihamburkan dengan kata-kata nista oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat malah telah diwujudkan satu blog khas anti Saiful. Akuan bersumpah dengan sumpah laknat mana satu yang lebih berat?. Satu akuan yang bernilai RM 9.00 kalau dibuat dihadapan Pesuruhjaya sumpah dengan sumpah yang boleh mendatangkan mudharat kepada pesumpah dan keluarganya jika sumpah itu adalah palsu.

Keboleh percayaan adalah bergantung kepada parti mana atau pihak mana seseorang itu berada. Oleh itu 'sumpah' sekarang bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu perkara tetapi 'sumpah' sudah dijadikan satu alat untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik.”

sahaja untuk wang. Fauzi sebenarnya kecewa kerana DS Najib tidak memenuhi tuntutannya iaitu imbuhan wang. Kerana kecewa, dia memfitnah DS Najib kerana cuba merasuahnya RM50juta.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh, berkata kenyataan Fauzi yang membuat akuan bersumpah bahawa Najib membuat tawaran berkenaan, adalah berunsur fitnah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat.

Begitu juga apabila ada pihak bersumpah dan melibatkan pemimpin pembangkang ianya juga dilihat seperti ada perkara yang tersirat. Apabila Mohd.Saiful Bukhari b Azlan membuat sumpah laknat mengaku diliwat Anwar yang dibuatnya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008, apakah reaksi pembangkang pada waktu itu?

Saiful telah difitnah, dihina dan dihamburkan dengan kata-kata nista oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat malah telah diwujudkan satu blog khas anti Saiful. Akuan bersumpah dengan sumpah laknat mana satu yang lebih berat?. Satu akuan yang bernilai RM 9.00 kalau dibuat dihadapan Pesuruhjaya sumpah dengan sumpah yang boleh mendatangkan mudharat kepada pesumpah dan keluarganya jika sumpah itu adalah palsu.

Keboleh percayaan adalah bergantung kepada parti mana atau pihak mana seseorang itu berada. Oleh itu 'sumpah' sekarang bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu perkara tetapi 'sumpah' sudah dijadikan satu alat untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik.”


Amir Hamzah Batu Pahat

www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com