Thursday, February 5, 2009

MENUNGGU KEPUTUSAN TUANKU

Bersabarlah.

Ada dua keadaan di Perak sekarang sama ada Barisan Nasional (BN) boleh membentuk kerajaan atau terpaksa menunggu.

Pertama ialah keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan kedua keputusan sama ada akan diadakan semula pilihan raya kecil bagi tiga kawasan DUN yang ahlinya mengumumkan mereka kini ahli Bebas hasil keputusan mahkamah.

Itupun jika kerajaan Perak sekarang jadi memfailkannya.

Berkaitan keputusan Sultan Perak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata: “Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’
Najib keluar dari Istana Kinta jam 11.35 pagi ini, selepas diminta menghadap semula Sultan Azlan Shah bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

Turut bersama Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno dan tiga Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang); Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Najib bersama Adun terbabit kemudian ke Ibu Pejabat Perhubungan Umno negeri sidang akhbar dan sidang akhbar sedang berlangsung.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dilaporkan memfailkan mohon pembubaran tiga kerusi DUN bebas di mahkamah tinggi Ipoh, jam 11 pagi ini.

Jika permohonan itu diterima kerusi DUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

Kerajaan Perak mahu menfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi di Ipoh supaya tiga kerusi DUN yang kini diwakili wakil rakyat bebas diisytiharkan kosong.

V Sivakumar berkata permohonan itu akan difailkannya pagi ini membabitkan kerusi DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang.

"Ini kerana ketiga-tiga Adun yang mengumumkan mereka kini wakil rakyat bebas dan ini bermakna gugur status mereka sebagai Adun kerana sudah meletakkan jawatan," katanya pagi ini.

Menurut Najib, kini terserah kepada Sultan Perak yang mempunyai hak mutlak untuk memutuskan sama ada menerima Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru Perak atau bubarkan DUN negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbarnya jam 11.50 pagi tadi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebanyak dua kali, pagi ini.

Beliau berkata, dalam pertemuannya dengan Sultan Azlan, beliau menerangkan BN kini mempunyai sokongan kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan baru Perak.

Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh BN untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.

Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing - ADUN Bebas - memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak, berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.

“Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.

“Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti.

“Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya Najib pada sidang akhbar di bangunan UMNO di Ipoh

No comments:

Post a Comment