Bukankah tidak menegur perkara pencerobohan seperti ini menggalakan ia terus berlaku? Apa hukumnya menggalakkan orang melakukan kerja haram dan
pencerobohan seperti ini? Bukankah emas dalam tanah itu harta negeri dan rakyat? Nik Aziz
lalai menjaga amanah yang diberikan kepadanya dan biarkan harta rakyat
dirompak!
Demikian nada pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Ini mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Musyridul Am PAS itu lama menyedari wujudnya kegiatan menceroboh lombong emas di negeri Kelantan seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan minggu lalu.
Hakikatnya beliau juga ialah Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli dan perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan berpuluh-puluh tapak lombong emas haram dikesan melibatkan beberapa kawasan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah.
Namun, Nik Aziz yang sentiasa cuba meloloskan diri daripada bertanggungjawab, walaupun menyatakan beliau sedar lebih setahun tetapi TIDAK BERBUAT APA-APA dan dibiarkan pencerobohan itu berjalan terus.
Bukankah tidak menegur perkara pencerobohan seperti ini menggalakan ia berlaku? Apa hukumnya menggalakkan orang melakukan kerja haram dan pencerobohan seperti ini?
Bukankah emas dalam tanah itu harta negeri dan rakyat? Nik Aziz lalai menjaga amanah yang diberikan kepadanya dan biarkan harta rakyat dirompak!
Apakah hukumnya seorang pemimpin yang dilihat SUPER ISLAM seperti Nik Aziz membiarkan pencerobohan dan kegiatan haram terus berlaku?
Balik-balik minta semua ikhlas agar pencerobohan dihentikan. Selepas itu menyalahkan pihak lain khususnya yang menceroboh dan jabatan kerajaan.
“Tindakan seterusnya diserahkan kepada PTG dan mereka mesti bertindak. Saya meminta semua sekali mesti ikhlas…tidak berbaloi dapat emas yang banyak, akhirnya di akhirat nanti masuk neraka, tiada gunanya dan ikhlas kerana ALLAH SWT perlu ditanam di dalam hati,” katanya.
Nik Aziz juga menjelaskan wujudnya dakwaan terhadap Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana diamanahkan, dan baginya pihak tidak bertanggungjawab itu akan menanggung dosa mereka.
Tidak tahulah apakah kenyataan seperti ini boleh dianggap sebagai larangan, arahan atau sengaja ‘melepaskan diri’ daripada tanggungjawab pentadbiran negeri.
Selain itu apa yang mengejutkan, akibat Kerajaan Kelantan tidak campur tangan dalam kegiatan pencerobohan ini, tiga hari lepas berlaku kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan.
Kumpulan 70 penyangak itu bersenjatakan parang dan kayu bertindak menyerang pegawai dan anggota SPRM yang sedang bertugas dalam kejadian pada pukul 9 malam.
Kira-kira 15 pegawai dan anggota SPRM berada dalam keadaan cemas apabila cuba dicederakan dan dikepung lebih empat jam ketika SPRM melakukan kerja-kerja membawa keluar aset yang disita dari sebuah lombong emas yang dipercayai beroperasi secara haram di sungai Emas, berhampiran Felda Perasu.
Apakah Kelantan tidak ada mempunyai undang-undang sehingga kejadian sedemikian berlaku?
Mengulas mengenai perkara ini semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu, berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Dah la buat perkara haram dan benda tak betul. Serang pula lagi pihak berkuasa. Ini menampakan seolah-olah tidak ada undang-undang di sana (Kelantan)," kata Nazri.