Thursday, February 16, 2012

TERPAKSA SOKONG ISRAEL, KALAU TIDAK ‘DIE UNTUK ANWAR’

Presiden Mesir Anwar Sadat (kiri),bekas Presiden Carter, dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin di laman Rumah Putih pada March 26, 1979, hari perjanjian damai ditandatangani.

Anwar Ibrahim tidak cakap berbelit-belit. Beliau konsisten dengan apa yang dinyatakan sebelum ini melalui The Wall Street Journal.

Hanya pemimpin PAS yang akan berbelit-belit dan berklu-klek.

Siapa Imam dan siapa pengikut dalam isu negara Yahudi ini selepas ini...

Anwar terpaksa membelasah UMNO sebagai jalan untuk ‘mensucikan’ kenyataan dan perjuangannya dalam menegakkan negara Israel.

Lihatlah sehari dua ini, apa akan Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Datuk Seri Abdul hadi Hadi AWang akan ulas mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Pendekatan PKR dan PAS ternyata berbeza dalam isu penyelesaian kepada kemerdekaan Israel.

Anwar cuba mengheret PAS berkongsi hasrat dan pendirian apabila mengatakan “PKR dan Pas mahu melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.”
Isu sebenar bukan itu tetapi mengenai pengiktirafan negara Israel dan penyelesaian masalah Palestin.

Faktanya?
1. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Selain itu ketetapan Pas ialah menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin yang turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia;

2. Pendirian Anwar dan PKR ialah mengiktiraf kewujudan negara Israel dan sekaligus menyokong usaha penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel itu. Bagi Anwar, sokongan seumpama itu bukan satu pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman Israel.

Ketua Umum PKR itu berhujah, pengiktirafan terhadap Isreal itu dibuat berasaskan kepada kehendak rakyat Palestin sendiri yang mahu mewujudkan keamanan dan memberikan keadilankepada mereka seperti yang dipersetujui Hamas dan Fatah.

Jadi terang lagi bersuluh kenyataan Anwar. Tetapi kita tidak hairan jika PAS tidak menentang pendirian Anwar.
Kerana apa? Memang PAS boleh bersahabat dengan ‘syaitan’, hasrat ke Putrajaya mengatasi segala-galanya dan ketiga, jika tidak ‘bersahabat dengan dua rakannya, PAS tidak ada dana pilihan raya’.

Malah PKR dan pakatan pembangkang terpaksa tunduk kepada pendirian itu kerana tanpa sokongan Yahudi, akan keringlah kantong pembangkang, lebih-lebih lagi PAS.

JIka di Mesir ada Anwar Sadat, di Malaysia kita juga Anwar. Pendirian mereka tidak banyak berbeza.
Kita juga kena faham, banyak sudah pelaburan dibuat oleh pihak yang menyokong pembangkang dan jika Anwar gagal memerintah selepas pilihan raya umum ke 13, bahaya menunggu beliau.

Jangan hairan dengan apa juga pendiriannya kerana pilihan raya umum ke 13 adalah ‘ibu kepada segala pilihan raya’ dan ibarat ‘do or die’ untuknya.

Ini kerana kalau pakatan pembangkang kalah, kemungkinan ‘
Die untuk Anwar’!

HADIR THAIPUSAM...NAJIB TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK



Alhamdulilah, akhirnya dapat jawapan kepada kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Blog ini menyiarkan sepenuhnya kenyataan Harussani baru-baru ini dengan harapan dapat menjawab kerana ia banyak ditohmah oleh blog propembangkang yang bukan main sedap lagi mereka mengata.

Harussani semalam mengatakan kehadiran itu tidak menyalahi hukum syarak dan sebagai pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh.

Jelas apa yang diperkatakan oleh Harussani semalam, mencukupi untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Agama Perdana Menteri tidak menjawap krtikan terhadap Perdana Menteri itu.

Hari ini ramai rakan blogger yang mengulas isu jawapan Harussani, bukan seperti persoalan yang dilontarkan sebelum ini.

Jenguk punya jenguk, saya ingin perturunkan apa yang diposkan oleh www.ohsedapnya.blogspot.com yang memetik daripada sebuah blog lain yang popular untuk kita nilaikan bersama.

Baca berikutnya:

Siapa Yang ‘Gadai Akidah’?

http://www.mykmu.net/(February 16, 2012)

Lanjutan isu ‘gadai akidah’ yang tercetus selepas keluar kenyataan berbentuk teguran oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tempohari, kali ini penulis ingin berkongsi beberapa gambar lain yang di ceduk dari beberapa sumber.

Umum mengetahui, dalam tempoh beberapa hari lepas kebanyakan portal, forum & blog pro Pas dan PKR diketahui agak aktif memanipulasi teguran Tan Sri Harussani itu untuk tujuan mencalar imej Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib di mata khalayak umum khususnya umat Islam.

Dalam artikel sebelum ini, penulis berpendapat teguran Mufti Perak itu ada meritnya walaupun masih boleh diperhalusi sejauh mana jatuhnya hukum syirik apatah lagi bila di ambil kira kehadiran Dato’ Seri Najib adalah atas dasar undangan selaku pemimpin negara kepada rakyat berbilang kaum & agama selain faktor nawaitu & perlakuannya yang tidakpun menghampiri perbuatan syirik.

Perjelasan Perdana Menteri kepada Mufti Perak semalam bagaimanapun telah memberi gambaran lebih tepat sekaligus sedikit sebanyak mampu menjernihkan kembali situasi yang sedikit keroh selepas dimanipulasi secara besar-besaran oleh juak-juak Pas & PKR.

Berita terbaru yang menyusul semalam juga telah memetik kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria yang mengesahkan kehadiran Dato’ Seri Najib di majlis Thaipusam, Batu Cave tempohari tidak bercanggah dengan syarak.

“Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh”. (Sinar Harian)

Malah jika kita imbas kembali gambar Dato’ Seri Najib sewaktu sambutan Thaipusam di batu Caves 7 Februari lepas, tidak satu pun kelihatan melakukan ritual keagamaan Hindu ataupun lain-lain perbuatan yang menjurus kepada keadaan yang menyekutukan Allah s.w.t.

Kecuali, hanya juak-juak Pas dan PKR saja yang agak terloncat-loncat menggembar-gemburkan perkara tersebut untuk kepentingan politik. Sesetengah mereka yang agak lancang pula, tidak segan silu menuduh Dato’ Seri Najib seakan telah murtad dan sesat.

Gambar di atas misalnya adalah paling top di manipulasi oleh juak-juak Pas dan PKR untuk menggambarkan ‘kehancuran akidah’ Dato’ Seri Najib, sedangkan kalungan bunga tersebut tidak lebih sebagai satu penghormatan semata-mata.

Jika gambar kalungan bunga tersebut begitu menusuk hati juak-juak Pas & PKR, manakala penjelasan terbaru Mufti Perak yang mengesahkan Dato’ Seri Najib tidak melanggar syarak tidak mampu menyebabkan juak-juak Pas dan PKR kembali ke alam realiti.

Barangkali gambar & video Anwar yang dipetik dari youtube di bawah ini sewaktu sambutan Malam Mesra Deepavali anjuran PKR pada akhir tahun lepas pula sedikit sebanyak mampu mengetuk pintu hati mereka untuk melihat hakikat dari mata burung dan bukannya gah menuduh itu ini macam katak bawah tempurung.

Ketika Malam Sambutan Deepavali itu di raikan 5 November 2011 dan tatkala Anwar Ibrahim galak berjoget sakan dengan kalungan bunga di leher, malam itu juga ialah malam hariraya AidilAdha Tahun 1432 Hijrah.

Pada saat Anwar Ibrahim bergembira & berjoget bergelek riang di malam tersebut, rata-rata umat Islam yang lain sedang bertakbir raya di merata ceruk masjid, surau & madrasah bagi meraikan kehadiran AidilAdha pada keesokan hari 6 November 2011.

Tika itu, Dato’ Seri Najib, Datin Rosmah dan anggota rombongannya pula meraikan kehadiran hariraya AidilAdha & sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Jika perbandingan gambar & video di atas tidak cukup untuk menusuk hati juak-juak Pas dan PKR, apakata kita saksikan pula pendedahan terbaru oleh blogger RBF yang memaparkan gambar-gambar ’ceria’ Anwar Ibrahim sewaktu perayaan Ponggal (perayaan agama Hindu yang ketiga terbesar selepas Deepavali & Thaipusam).

Untuk juak-juak Pas dan PKR yang begitu seronok selama beberapa hari lalu ingin penulis lontarkan satu persoalan, dengan gambar-gambar terbaru Anwar Ibrahim ini agaknya siapakah yang paling layak untuk anda labelkan sebagai telah ‘gadai akidah’?

Ataupun dalam bahasa yang lebih sopan, siapakah yang begitu kemaruk mengejar undi politik hingga sedia lakukan apa saja hingga lupa mengambilkira sensitiviti umat Islam?

Lu fikirlah sendiri beb!

Tak keterlaluan untuk kita menjangkakan kemungkinan respon negatif dari juak-juak Pas & PKR yang mungkin menafikan keaslian gambar-gambar Anwar Ibrahim ini.

Video CCTV yang menggunakan teknologi night vision infrared pun mereka berani sanggah walaupun 99.9 persen sahih, apa sangatlah beberapa keping gambar itu, tak gitu?

Kot kalau ada yang masih sangsi dengan gambar Anwar di atas, blogger RBF ada bukti lanjut dalam bentuk video yang turut di sokong dengan bukti bertulis dari blog pemimpin PKR sendiri. klik sini.

Kepada RBF dan semua bloggers pro UMNO yang telah mengapungkan artikel & ulasan berkaitan gambar terbaru Anwar Ibrahim si anugerah tuhan ini, syabas diucapkan kerana pantas bertindakbalas.

Melihat kepada riak awal juak-juak Pas & PKR serta bloggers mereka berikutan pendedahan itu, nampaknya telah berjaya menyebabkan ramai antara mereka terpaksa makan berdiri, kencing sambil berlari dan tepuk dahi sampai berkali-kali.

APAKAH POLIS KITA BACUL, SANGGUP DIHINA?

Polis tidak profesional! Polis digunakan kerajaan untuk menutup mulut pembangkang!

Polis mencengkam menggunakan kuasa!

Bukan saya yang kata. Tetapi Naib Presiden PKR N Surendran yang berkata.

Apakah ini bukan menghina, mencemarkan nama baik polis yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin keselamatan negara?

Apakah institusi polis ini buruk sebegitu rupaya? Tidak malukah polis dari Ketua Polis Negara sampai ke pangkat paling bawah sanggup dihina sebegini?

Bacul dan dayuskah anggota polis boleh disifatkan sedemikian rupa?

Kenapa bila orang biasa memaki polis atau mengatakan sesuatu dengan perkataan yang tidaklah seberat ini poliscepat-cepat mengambil tindakan?

Kenapa pemimpin PKR ini sewenang-wenang sahaja mengatakan polis tidak profesional, digunakan kerajaan dan menggunakan kuasa tetapi bebas mengeluarkan kata-kata?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini institusi polis semakin tidak dihormati kerana polis membiarkan diri mereka dihina dan dicaci tanpa ada tindakan sewajarnya dikenakan.

Semalam, Surendren yang juga seorang peguam dipetik Malaysiakini merujuk kepada siasatan polis mengenai perhimpunan haram 901 Januari lalu berkata polis akan menggunakan Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah yang membolehkan polis "sedia menahan" mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram dan disyaki mengganggu ketenteraman awam.

"Jika kamu melihat perkara itu, dan apa yang berlaku kepada saudara Azmin, jelas kerajaan menggunakan polis untuk menutup mulut pembangkang, mencengkam dengan menggunakan kuasa," dakwa Surendran.

"Perkara ini mesti dihentikan dan polis mesti bertindak secara profesional," katanya ditemui pemberita selepas menemani Azmin memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung isu berkenaan.

Tidak tahulah sama ada polis boleh tahan dengan cacian atau bertindak ke atas mereka yang sengaja mencemarkan institusi berkenaan.

Di mata rakyat institusi polis disanjung kerana kecekapannya dan perananya menjaga ketenteraman awam di negara ini.

PERNIAGAAN TUKAR WANG ASING BABIT SPEKULASI HARAM

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di Kota Bharu, semalam.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah," katanya.