"Jangan berterusan mengaitkan Dr Ahmad Zahid sebagai ‘PM Proxy’ dan Shahidan sebagai ‘barua’. Tidak sewajarnya mewujudkan perasaan syak-wasangka di kalangan pemimpin UMNO, apa lagi Pilihan Raya Umum tidak berapa lama lagi."
Membaca komen-komen pada tulisan Raja Petra Kamarudin
bertajuk ‘MAHATHIR WANTS ZAHID
TO REPLACE MUHYIDDIN AS THE PROXY PM’ pada postingnya kelmarin (18 Jun 2016),
kebanyakannya terpedaya dengan mainan kata-kata blogger berkenaan.
Masing-masing jelas bersemangat mengutuk ‘orang tua itu’
yang menurut mereka bagaikan desperado
untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi sebagai proksi Perdana Menterinya jika Datuk Seri Mohd Najib Razak dapat
digulingkan sebagai Perdana Menteri.
Persoalannya, kenapa Raja Petra TIBA-TIBA kini babitkan Dr Ahmad
Zahid pula? Apa tujuan sebenar beliau berbuat demikian?
Siapa yang menyediakan plot cerita ini?
Rekaan Raja Petra atau pihak lain untuk ‘kacau daun’ dan
menimbulkan prasangka buruk di kalangan pemimpin UMNO, khususnya antara Perdana
Menteri dan Timbalannya?
Kita tidak mahu sejarah berulang apabila wujudnya ‘syaitan-syaitan’
yang membisikkan suara jahat yang boleh menimbulkan masalah seperti yang
berlaku ketika Perdana Menteri pertama – antara Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Alhaj dengan Allahyarham Tun Razak, Tun Hussein Onn dengan Tun Dr
Mahathir Mohamad dan antara Dr Mahathir dengan Tun Musa Hitam dan kemudian
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apakah kita rela melihat hubungan keruh antara Perdana
Menteri dan timbalannya?
Kini, bukan sekadar berterusan berusaha memburuk-burukkan Muhyiddin dan
dengan itu serentak mengaitkan Dr Mahathir dengan ‘skandal Muhyiddin’ tetapi wujud pula kononnya akan ada ‘mainan rahsia’ antara Dr Mahathir dengan Dr Ahmad
Zahid.
Tujuannya satu sahaja menurut Raja Petra, iaitu menggantikan
Najib sebagai Perdana Menteri.
Malah berburuk sangka yang ditunjukkan oleh Raja Petra
ialah kononnya, jika Dr Ahmad Zahid bersetuju dengan permainan ini, syarat
penting ialah melantik Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana
Menteri.
Persoalannya ada dua – pertama, kenapa Raja Petra takut
sangat dengan Mukhriz bagaikan mahu menyekat peningkatan politiknya pemimpin muda itu selain mempunyai agenda ‘membunuh karier politik Mukhriz’ sedemikian?
Atau suara Raja Petra ini suara beberapa pemimpin UMNO yang
terlalu bimbang dengan melihat Mukhriz sebagai pesaing berbahaya?
Perkara kedua ialah, apakah ahli UMNO akan membenarkan
cara yang dikatakan oleh Raja Petra – iaitu jalan belakang sedemikian?
Menurut Raja Petra, Dr Mahathir tidak gembira dengan
skandal Muhyiddin kerana beliau ialah rakan seperjuangan (running mate) bekas Perdana Menteri itu dalam
gerakan Kempen Anti-Najib (ANC).
Mulanya Muhyiddin dikatakan akan menjadi Perdana Menteri
proksi sahaja apabila Najib berjaya digulingkan.
Apabila Muhyiddin dilantik, beliau akan menjadikan Mukhriz
sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itulah paksinya, keseluruhan strategi dan isu
sebenar yang berkisar sekitar kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), demikian pendapat Raja Petra.
Bermakna bagi Raja Petra atau mereka yang ‘sewaktu’
dengannya, perjuangan Dr Mahathir melalui Deklarasi Rakyat, khususnya fasa
kedua yang menekankan isu 1MDB bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk
melonjakkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Dengan kata lain, Dr Mahathir berjuang bukan untuk
kepentingan rakyat jelata, bukan untuk mencari kebenaran atau mendedahkan salah
laku pemimpin (jika ada) tetapi menggunakan isu 1MDB untuk membolehkan Mukhriz
menjadi Perdana Menteri.
Tidak tahulah analogi apa yang digunakan. Namun kini
ternyata fitnah bertaburan bukan sahaja terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin
serta Mukhriz, tetapi juga seorang lagi pemimpin UMNO, iaitu Datuk Seri
Shahidan Kassim.
Kata Raja Petra : “So tomorrow (semalam) an emissary will be attending Zahid’s buka
puasa function so that this person can whisper into Zahid’s ear the
proposal from Mahathir. And the proposal is: Mahathir is prepared to make Zahid
the proxy Prime Minister once they manage to oust Najib, but only if Zahid can
agree to appoint Mukhriz as his Deputy.
The whole thing hinges on Zahid agreeing to take Mukhriz as
his number two once he takes over from Najib — if and when Najib is ousted. And
the man who Mahathir plans to send to whisper into Zahid’s ear is Shahidan
Kassim, someone who Mahathir has been using to do such things for more than 30
years.”
Tak pasal-pasal nama Shahidan dikaitkan. Malah lebih
buruk seolah-olah Shahidan juga ‘main belakang’ Najib.
Nika Ghee Siew Yee |
Kata Raja Petra lagi, “Mukhriz might also attend Zahid’s buka
puasa tomorrow semalam) but now that this plan has been exposed he might
just lie low instead and not attend after all like he gave Muhyiddin’s meeting
yesterday a miss.” (Menurut Raja Petra ada satu mesyuarat di rumah Muhyiddin pada
jam 5 petang pada 17 Jun membincangkan dua perkara. Pertama mencari jalan memujuk Nika Gee Siew
Yee menggantikan peguamnya dengan peguam DAP bagi perbicaraan empat hari di
mahkamah bermula Isnin yang ditangguhkan dan berusaha memujuk suami Nika - Stanley Clement Augustin – sama ada menarik
balik Akaun berumpah (SD) atau menandatangani satu SD baru).
Menurut Raja Petra, pada ketika mesyuarat diadakan Dr
Mahathir menelefon Muhyiddin bertanyakan apa bentuk tindakan seterusnya. Namun selepas mendengar penerangan Muhyiddin, ‘orang tua itu’ yakin bahawa ia adalah jalan
penamat untuk Muhyiddin.
Dakwa Raja Petra – menangguhkan kes dan mendapatkan SD
kedua tidak ubah seperti mengakui kesalahan.
Mengenai sama ada Mukhriz datang berbuka puasa di rumah Dr
Ahmad Zahid, seorang pembantu Timbalan Perdana Menteri itu berkata Shahidan memang datang
untuk majlis. Namun bayang Mukhriz langsung tidak menjelma. “Tak da...confirm.”
kata pembantu berkenaan merujuk kepada kedatangan Mukhriz.
Nilailah sendiri
bagaimana Raja Petra membuat andaian untuk spinnya.
Adalah tidak masuk akal kalau Shahidan datang pada majlis
berbuka puasa itu semata-mata mahu berbisik hal sedemikian. Majlis berrbuka
puasa itu untuk sahabat politik Timbalan Perdana Menteri.
Isu parti dan negara yang sangat penting bukan itu
tempatnya untuk dibincangkan.
Tidak tahu apa yang mahu dispinkan oleh Raja Petra mengenai
Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam hubungan antara gerakan ANC dan melonjakkan
Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Mungkin Raja Petra merasakan kini pelurunya sudah
mengena...Muhyiddin berjaya 'dilondehkan' dan Dr Mahathir pula ‘kalah pilihan
raya.’ Ibarat kata Raja Petra, Dr Mahathir kini sudah kena 'penampar rakyat'.
Mungkin strategi seterusnya ialah ‘mengebom Mukhriz’.
Persoalannya senjata bagaimana pula akan digunakan?
Dan siapa pula yang akan dikaitkan?
Jangan berterusan mengaitkan Dr Ahmad Zahid sebagai ‘PM Proxy’ dan Shahidan sebagai ‘barua’.
Tidak sewajarnya mewujudkan perasaan syak-wasangka di
kalangan pemimpin UMNO, apa lagi Pilihan Raya Umum tidak berapa lama lagi.