Baca sajalah…menarik dari http://teganuku.blogspot.com
Sia-sia saja cinta Wook… Oleh teganuku on Wednesday, July 8, 2009
Demi cinta Wook sanggup berkorban.
Biarpun dia tahu bakal suaminya mengambil dadah tetapi demi cinta mahu mengubah sikap suaminya dia berkorban.
Namun segalanya tidak berbaloi dengan orang yang sudah dikawal dadah.
Cinta buta Wook Kundur, 107, terhadap Mohd. Nor Musa, 38, yang dianggap ‘buta’ dan sanggup apa saja musnah dan berderai bagai berderainya hati Wook.
Perbezaan umur 69 tahun bagi Wook tidak penting kerana baginya Mohd Nor segala-galanya.
Namun takdir Tuhan menetapkan Wook tidak akan dapat menunaikan kemahuannya.
Pergorbanan cinta Wook itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila bukan sahaja hartanya dijual oleh lelaki itu, malah dia bakal ‘kesepian’ apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana mengambil dadah semalam.
Sambil mengakui dia sebelum ini sudah mengetahui bahawa suaminya pernah ditahan di Pusat Serenti Tampin kerana menagih dadah, Wook masih menaruh harapan Mohd. Nor dapat memulihkan diri sepenuhnya dan sentiasa mengingati Tuhan.
Bagaimanapun, menurut warga emas itu, dia tidak sedar bila suami melakukan perbuatan tersebut kerana dia tidak tahu mengesan gerak-geri orang yang mengambil dadah.
“Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia (suami) kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa.
Tapi hari ini (semalam) ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
“Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu,” katanya ketika ditemui di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ajil semalam.