Mengatakan PAS sedia memerintah ‘Malaysia Dengan Prinsip
Islam’ selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), apakah PAS cukup kerusi untuk
membentuk kerajaan?
Kalau menumpang UMNO dan Barisan Nasional (BN), atau juga
bersama pembangkang, PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya untuk membentuk
kerajaan dengan prinsip Islamnya.
Bukankah UMNO sendiri sudah ada prinsip Islam yang
diperjuangkannya iaitu Wasatiyyah?
Kalau dengan kalangan pembangkang pula, PAS kenalah sedar
diri bahawa mereka bukan kelompok terbesar.
PAS kena sedar bahawa untuk memerintah bersendirian, PAS
perlu mendapat majoritI mudah daripada 222 kerusi Dewan Rakyat yang
dipertandingkan.
Apakah PAS akan meletakkan calon lebih 130 orang di semua
negeri pada PRU-14? Apakah ia akan menang besar akan mendapat
sekurang-kurangnnya 112 kerusi?
Meletakkan harapan dan keyakinan besar memang boleh
tetapi pencapaiannya bagaimana?
Yang nyata, PAS tidak pun mencapai keputusan baik pada
pilihan raya umum lalu berbanding dengan DAP dari segi kerusi yang dimenangi,
apa lagi peratus kemenangan. PAS hanya menang di 21 kerusi Parlimen.
Bukan itu sahaja, PAS kekurangan kerusi berbanding dengan
keputusan PRU12.
PAS bertanding di 73 kerusi berbanding DAP sebanyak 51
kerusi dan PKR sebanyak 99 kerusi. BN pula bertanding di 221 kerusi.
Namun keputusannya ialah, BN mendapat 133 kerusi, DAP 38 dan PKR 30. Ini kejayaan paling cemerlang dicapai oleh DAP, walaupun
meletakkan calon paling sedikit berbanding PKR dan PAS.
Dengan keputusan itu, DAP berjaya menambah 10 lagi
kerusi parlimen pada PRU 13 manakala PAS dan PKR bukan sahaja gagal untuk
menambah kerusi, malah hilang pula kerusi yang sedia ada. PAS daripada 23
kerusi parlimen pada PRU12, PAS hilang 2 kerusi menjadi 21 kerusi sahaja.
PAS hanya menang di Kedah (1); Kelantan (9); Terengganu
(4); Perak (2); Pahang (1) dan Selangor
(4).
Manakala PKR pula daripada 31 kerusi parlimen kini
menjadi 30 kerusi setelah hilang 1 kerusi pada PRU13 itu.
DAP mencapai kemenangan 76.47 peratus berbanding PAS hanya 28.7
peratus. PKR pula mendapat 30.3 peratus.
Walaupun mencapai kejayaan, DAP sehingga kini tidak mendabik
dada seperti PAS.
Pada ketika PAS dengan bangganya untuk menjadi Blok Ketiga,
DAP tetap mencari rakan seperjuangan yang membuktikan ia bukan parti TAMAK dan
GELOJOH seperti PAS.
Melihat kepada kedudukan dan keputusan PRU13 lalu, PAS
jangan nak bermimpi di siang hari atau berkhayal sendirian.
Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Norsemalam (5 Disember 2016) berkata di Kuala Terengganu bahawa PAS bersedia untuk
memerintah negara ini dengan membawa prinsip Islam sebagaimana yang ditunjukkan
oleh nabi Muhammad SAW, selepas pada pilihan raya umum kali-14 (PRU14).
Katanya, berasaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar
yang lalu, PAS akan memimpin dan menyadbir perubahan negara dengan membawa
prinsip Islam .
Beliau menegaskan: “Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyah
dengan membawa ‘jahiliyah yang baru’………..jadi PAS dengan prinsip Islam dan kita
yakin dan percaya dengan latarbelakang golongan professional dan aktivis serta
para asatizah.
“PAS mampu mendapat sokongan rakyat pada PRU14
nanti,“ujarnya yakin.
Malah, menurutnya, oleh kerana UMNO telah memalu gendang
perang PRU14 pada Perhimpunan Agungnya minggu lalu, ka di pihak PAS pula telah
bersedia serratus peratus untuk menghadapi PRU14.
Menurutnya, PAS telah menggerakkan seluruh jenteradan
diantara usaha yang akan dibuat ialah mengekalkan momentum tenaga kerja melalui
himpunan-himpunan besar antaranya Himpunan Sokongan RUU355 yang akan diadakan
pada 18 Februari 2017.
Menurutnya, program yang akan didadakan di Lembah Kelang
dijangka menarik lebih 200 ribu orang, bukan sekadar petugas PAS, bahkan para
penyokong dan seluruh jaringan sivil (sivil society) serta para NGO Islam.
PAS juga akan Himpunan Fastaqim 2.0 yang merupakan
kesinambungan Fastaqim 1.0 yang diadakan di Kota Baharu yang telah himpunkan
lebih 100 ribu ahli-ahli PAS.
Dengan program seperti itu, menurut Dr Riduan, PAS
mungkin boleh mengekalkan pengaruhnya tetapi belum tentu dapat menguasai kerusi
untuk membentuk kerajaan.
Di sinilah timbul persoalan, apakah PAS akan memerintah
bersaorangan atau bergabung dengan UMNO/BN atau parti pembangkang, kalau tidak
dapat majoriti yang diperlukan.
Untuk menegakkan cita-cita dan menjayakan nafsunya, PAS
perlu memiliki kerusi secukupnya.
Sementara jika bergabung dengan parti lain, PAS tidak
boleh melakukan sesuka hatinya. Ia perlu bertolak-ansur atau disisihkan
langsung.
Daripada kenyataan Dr Riduan, jelas PAS akan bergerak
secara bersaorangan kerana ia bukan sahaja enggan bekerjasama dengan Pakatan
Harapan kerana wujudnya DAP dan AMANAH tetapi tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN
kerana ‘kegagalan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional’.
Dr Riduan berkata negara di bawah UMNO/BN kini mengalami
krisis ekonomi yang parah dan hari ini dengan hutang luar sebanyak RM800 billion serta kejatuhan nilai ringgit
yang sangat teruk, PAS menentang pemerintahan atau kerajaan yang ada.
Tidak cukup dengan itu, kini inflasi dirasai oleh rakyat
sementara dengan kadar tukaran wang asing yang jauh merosot berbanding nilai
ringgit turut menyebabkan rakyat Malaysia sengsara.
Oleh itu beliau yakin dengan situasi sosio politik
semasa, kelompok kelas menengah Melayu dan majoriti anak-anak muda akan menolak
‘rejim’ UMNO dan Barisan Basional pada PRU 14 nanti.
Malah, menurutnya negeri Terengganu merupakan antara
negeri yang PAS sasarkan untuk mencapai kemenangan, kawasan-kawasan ‘Malay
Belt’ (majoriti orang Melayu) dan perlu diingat bawa Terengganu merupakan
negeri yang pertama PAS menang dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun
1959.
PAS juga mensasarkan untuk mempertahankan Kelantan serta
merampas kembali negeri Kedah yang di menangi pada tahun 2008 yang lalu.
Selepas meneliti apa yang dikatakan oleh Dr Riduan itu,
pertanyaan yan g boleh diakukan ialah, apakah PAS benar-benar yakin dan sedar
dengan keupayaan dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasarnya.
Walaupun mungkin ketika ini PAS sudah ‘menarik diri’ daripada pakatan
pembangkang dengan mengurangkan kerusi
pembangkang (mengambil kira kerusi DAP
dan PKR) dari 90 kepada 69 sahaja tetapi perkembangan mutakhir masih tidak
berubah jauh.
Pembangkang selepas ditinggalkan oleh PAS kini mendapat
tambahan kerusi selepas mendapat SATU
(1) kerusi UMNO yang kini ke Parti
Pribumi Bersatu Malaysia serta DUA (2) kerusi lagi iaitu satu UMNO dan satu PKR ke
Parti Warisan Sabah.
Sebaliknya PAS
kehilangan enam (6) kerusi Parlimen kepada Parti AMANAH. Pada 11 Sep 2015, PKR
mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar. Bermakna
kini PAS hilang tujuh (7) kerusi sejak pengumuman keputusan PRU13.
Ini bermakna di Dewan Rakyat kini, secara keseluruhannya UMNO
menjadi 86 kerusi, DAP kekal dengan kerusinya sebanyak 37, PKR 28 dan PAS 14
sahaja.
Komponen BN paling kuat ialah Parti Pesaka Bumiputera
(PPB) Sarawak dengan 14 kerusi Parlimen sementara MCA 7 kerusi dan PRS 6 kerusi. (lihat jadual di bawah untuk lebih jelas).
PAS sebelum ini mendabik dada mengatakan kemenangan DAP
kerana sokongan ahli mereka. Namun begitu jugalah kemenangan PAS di beberapa
kerusi di Pantai Barat, sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)
adalah kerana DAP dan PKR membantu PAS.
Namun kali ini, jika PAS bersendirian, PAS hanya boleh
harapkan penyokong UMNO dan parti komponen lain menyokongnya untuk menang.
Sedarkah PAS bahawa parti komponen BN sedang menyerang
PAS kerana Akta 355 (Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang sedang menjadi isu negara sekarang?
Sementara DAP pula memainkan peranannya untuk menyatukan
pembangkang dengan berbaik-baik dengan PPBM dan AMANAH selain memujuk ‘pembangkang
senyap’ atau ‘majoriti senyap’.
Pilihan ada di tangan PAS sama ada ia mahu mencuba nasib
secara bersendirian atau bekerjasama dengan parti lain.
Diulangi, pilihan terbaik PAS untuk membentuk kerajaan
ialah secara bergabung.
Namun untuk menegakkan prinsip dan memerintah dengan
prinsipnya, PAS akan berdepan kesukaran.
Ini kerana parti
mana sekali pun, termasuk UMNO tidak akan membiarkan PAS ‘melakukan sesuka
hatinya’.
Di sinilah nafsu besar besar perlu dikorbankan jika
bergabung. Dan jika ia bertanding bersendirian, PAS pula mungkin terkorban
kerana UMNO dan Pakatan Harapan tidak akan membuka jalan kepadanya.
Apakah pilihan PAS untuk bersendirian menjadikan ia akan
dikorbankan atau memang PAS mencari nahas untuk ‘korbankan’ dirinya sendiri?