Friday, September 21, 2012
PEMIMPIN ‘DURJANA’ BOLEH HINA ISLAM DAHULU…MINTA MAAF KEMUDIAN
Mudahnya pemimpin parti perkauman DAP mencemar dan menghina Islam. Dengan meminta maaf, pemimpin itu menganggap dia sudah boleh cuci tangan?
Sedangkan perbuatannya yang menghina Islam tidak wajar dilepas begitu sahaja, selain ia amat provokatif.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akhirnya semalam menarik balik dan memohon maaf kepada masyarakat Islam kerana mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempersoalkan tindakan yang diambil oleh umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad dan Islam.
"Saya menarik balik dan memohon maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam laman twitter kerana saya tidak bermaksud sedemikian (menghina Islam)," katanya dalam satu kenyataan.
Namun apakah tindakan itu menggambarkan pemimpin DAP menghormati keharmonian beragama di negara ini?
Bagaimana pula jika ada tindak balas daripada orang Islam terhadap Ngeh seperti yang berlaku di luar negara iaitu siapa yang menghina Islam, hukumannya ‘bunuh’?
Apa tindakan kerajaan terhadap pemimpin ‘durjana’ seperti ini?
Membiarkan sahaja dan menerima kemaafan itu sebagai tanda pihak berkuasa boleh berlembut dalam segala perkara walaupun mencemarkan Islam sebagai agama rasmi negara ini?
DAP mengatakan akan membincangkan isu Ngeh mengenai bantahan umat Islam ekoran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, minggu depan.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan yang dibuat Ngeh akan turut dibincangkan oleh ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
PAS yang ‘kecut telur’ apabila berdepan DAP tidak boleh diharapkan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan kepada DAP untuk menentukan tindakan.
Kata Salahuddin, DAP lebih berhak untuk mengambil tindakan terhadap Ngeh.
Sekadar boleh kata tidak wajar, tidak lebih daripada itu. Itulah PAS ketika ini dan sekadar memberi nasihat kepadanya supaya memikirkan sentiviti setiap kaum.
“Tapi dari segi tindakan, kita rasa baik DAP yang buat keputusan, kita telah nyatakan perasaan tak senang kita kepada beliau," kata Salahuddin.
PAS terpaksa tunduk dalam segala perkara, termasuk menghina Islam apabila berdepan DAP – sekutunya dalam PR.
Harapkan DAP ambil tindakan terhadap pemimpinnya?
Kita menunggu pihak berkuasa bertindak sebagai pengajaran dan peringatan!
Semalam, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham dan mendesak pendirian Pas terhadap perbuatan pemimpin DAP tersebut.
Selasa lalu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" sebagai satu provokatif.
"Koo Ham (Ngeh) harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib mendesak DAP mengambil tindakan disiplin terhadap Ngeh kerana mempersoalkan tindakan bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
Sebagai seorang pemimpin Ngeh telah menunjukkan seolah-olah beliau tidak sensitif langsung terhadap perasaan marah umat Islam dan menganggapnya sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab, demikian kata Zulkarnain.
Ngeh menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik.Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini).
Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Di Ipoh sehingga jam 3 petang semalam, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.
Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, mesej itu dibuat selepas melihat berita dunia di CNN, BBC dan Al Ajazeera yang menunjukkan bantahan dilakukan di seluruh dunia hingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan sebagainya.
Mempertahankan dirinya, Ngeh berkata: “Saya mahu masyarakat kita untuk berfikir lebih mendalam dengan mengambil kira cara kita sebagai tindak balas kepada provokasi atau mana-mana isu yang mendepani kita.
“Saya sama sekali tidak membantah tujuan perhimpunan itu kerana saya sendiri dalam penglibatan politik selama 23 tahun turut terlibat dalam demonstrasi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.
Dalam laporan sebelum ini, beliau tidak mahu isu Twitternya diputar belit seolah menunjukkan beliau anti-Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)